Arahan: Jawab soalan struktur di bawah dengan jawapan yang munasabah.
Soalan 1:
a) Apakah maksud nasionalisme? (2 markah)
b) Natakan dua faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara. (2 markah)
c) Senaraikan dua dasar penjajah Barat yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat di negara jajahan. (2 markah)
d) Namakan dua pertubuhan agama yang telah mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. (2 markah)
e) Bagaimanakah karya kesusasteraan membantu membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara? (2 markah)
Soalan 2:
a) Nyatakan punca kemunculan gerakan nasionalisme di Thailand pada tahap pertama dan tahap kedua? (2 markah)
b) Namakan dua pemimpin Parti Rakyat. (2 markah)
c) Senaraikan tiga tindakan Phibul Songramsemasa menjadi Perdana Menteri untuk mengurangkan pengaruh orang Cina di Thailand. (3 markah)
d) Apakah maksud Thailand? (1 markah)
e) Thailand merupakan satu-satunya negara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada dasar pemerintahan Thailand? (2 markah)
No comments:
Post a Comment