Tahukah anda bahawa reka bentuk tugu negara hampir menyerupai atau lebih tepat adalah kembar kepada USMC War Memorial di Arlington, Virginia, United States? Tugu USMC War Memorial juga dikenali sebagai Tugu Peringatan Iwo Jima.

USMC War Memorial siap dibina pada 1945 manakala Tugu Negara kita pula siap dibina pada 1966. Ini bermakna Tugu Peringatan Iwo Jima ini dibina dahulu sebelum tugu kita. Jadi, siapakah yang diberikan ilham untuk membuat tugu yang hampir serupa untuk negara kita?
Tidak lain tidak bukan, idea tersebut datang dari ilham Perdana Menteri pertama kita yang juga lebih dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman. Tunku mendapat ilham ketika lawatannya ke Amerika pada Oktober 1960.

Jika Tugu Negara kita mendapat ilham daripada Tugu Peringatan Iwo Jima, maka dari mana pula Tugu Peringatan Iwo Jima mendapat ilham pembinaannya?
Tugu Peringatan Iwo Jima dibina berinspirasikan sebuah gambar foto askar-askar Amerika yang mendirikan bendera mereka, The Stars and Stripes di Gunung Suribachi, Iwo Jima, Jepun. Tugu ini dibuat sempena foto berjudul 'Raising the Flag on Iwo Jima' yang memenangi Anugerah Pulitzer.
No comments:
Post a Comment