
Banyak kenangan pahit manis yang terukir dalam ingatan sepanjang menempuh zaman persekolahan.
Hakikatnya, sekolah adalah tempat kita dapat menimba ilmu pengetahuan demi menjalani kehidupan dan masa depan yang lebih bermakna.
Di sekolah jugalah tempatnya kita belajar erti adab dan mematangkan diri dengan pengalaman kepimpinan, muamalah yang sihat dan menyanjung tinggi nilai seorang murobbi (guru) dan diri sendiri selaku penuntut ilmu.
Ketika ini, pasti di mana pun anda berada dan jawatan apa pun yang anda sandang kini..maka di sekolahlah bermula segalanya.
Sejarah2u mengucapkan salam 'Selamat Kembali ke Sekolah' kepada semua pelajar dan guru. Agar tahun baru 2010 ini memberikan kita kekuatan untuk terus beriltizam kukuh menuntut ilmu dan memperkasakan ilmu dalam penghayatan kehidupan seharian. InsyaAllah.
2 comments:
Tiada masa yang dapat gantikan masa di sekolah :) Selamat Kembali ke sekolah juga ustaz! :D
Salam Isyraf Imrani.
Betul tu Isyraf. Selamat kembali juga buat enta dan rakan2 tingkatan empat yang akan mula belajar pada hari isnin depan. Salam perjuangan!
Post a Comment