Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday 4 March 2010

Biografi Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Anak kelahiran Wilayah Bukhara ini terkenal dengan karya agungnya Sahih al-Bukhari yang dinobatkan sebagai kitab kedua paling sahih selepas al-Quran.

Sehingga ke hari ini karya beliau masih berbisa dan relevan di kalangan cendekiawan Islam dan masih berdaya menjadi inspirasi penghasilan lebih banyak karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi.

Kemungkinan besar besar beliau adalah seorang sinestetik yang biasa terjadi setelah seseorang sembuh daripada buta atau pekak sementara seperti yang dialami oleh beliau ketika masih kecil.

Keistimewaan ini banyak membantu beliau membentuk kaedah tersendiri dalam bidang pengajian dan pengkajian ilmu-ilmu Islam semasa yang wujud ketika itu. Ia lebih berasaskan pembelajaran langsung (face-to-face) terutamanya dalam bidang hadis yang sangat memerlukan kekuatan daya ingatan.

Beliau memanfaatkannya dengan berguru sebanyak mungkin ulama semasa pada zaman itu. Beliau dikatakan mempunyai 1018 orang guru.

Kelebihan ini juga membuatkan beliau muncul sebagai seorang prodigi yang cukup luar biasa sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar seawal usianya 17 tahun lagi oleh gurunya. Faktor-faktor ini juga telah menarik berpuluh-puluh ribu orang berguru dengannya. Sambil belajar dan mengajar, beliau gigih berkarya dalam pelbagai bidang agama terutamanya fikah, ilmu kalam dan hadis.

Karya teragung beliau sudah tentulah Sahih al-Bukhari. Keperibadian, kepakaran dan karya-karya beliau mendapat penerimaan baik dan pujian melambung dari kebanyakan ulama.

Harga kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan kepadanya itu sangat tinggi. Seringkali beliau terpaksa menghadapi konflik-konflik yang sangat mencabar. Selain diuji dari pelbagai sudut ilmu pengetahuannya, beliau juga difitnah dek orang yang dengki kepadanya bahawa beliau adalah pendokong ideologi al-Muktazilah: al-Quran itu Makhluk agar sumbangannya ditolak kerana ia bertentangan dengan pendirian majoriti ulama.

Namun, beliau tetap teguh mempertahankan akidah ahli al-Sunnah wal-Jamaah sepanjang hayatnya walaupun diusir dari kampung halamannya sendiri di atas ketegasannya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran agama.

Pahit maung yang ditelan selama ini akhirnya membawa kepada ajal beliau di Khartank, Samarkand pada 1 Syawal 256H bersamaan 31 Ogos 870M. Begitu bermakna hidup beliau dan amal jariahnya terus berjalan menghasilkan pahala yang berterusan sehingga ke saat ini

Komentar: Jika Imam al-Bukhari boleh mengkaji seterperinci itu lebih 10 kurun lalu dengan segala kepayahan dan segalanya secara manual, maka, adalah sesuatu yang mengaibkan bagi kita untuk berpeluk tubuh sedangkan kita hidup dalam progres kemajuan teknologi maklumat yang paling pantas.

Seharusnya, kita mampu berdaya saing dalam penghasilan ilmu pengetahuan dan teknologi global. Perkara yang paling memalukan ialah jika kita masih di takuk lama sebagai penerima maklumat pasif, tanpa dikaji secara terperinci seperti yang mampu dilakukan oleh Imam al-Bukhari walaupun beliau hidup pada zaman yang serba-serbinya sangat terbatas.

Perkongsian maklumat mengenai Imam al-Bukhari berkenaan dengan fakta asal-usul, kelahiran, sifat fizikal, aspek ibadah, keperibadian dan akhlak beliauyang kemudiaannya lebih tertumpu kepada kekuatan mental beliau yang sangat mengagumkan sehingga tersenarai antara orang yang diiktiraf memiliki memori fotografi di dalam Wikipedia di bawah bab Photographic Memory.

No comments: