Perang Falkland ataupun Perang Malvinas (Bahasa Sepanyol: Guerra de las Malvinas), merupakan peperangan antara Argentina dan United Kingdom merebut kepulauan Falkland, juga dikenali dalam bahasa Sepanyol sebagai Islas Malvinas, antara Mac dan Jun 1982.
Kepulauan Falklands terdiri daripada dua pulau besar dan banyak pulau kecil di Lautan Atlantik Selatan timur Argentina, yang hak miliknya telah lama menjadi pertikaian.
Argentina berada di tengah-tengah krisis ekonomi yong teruk dan penentangan umum terhadap junta kerajaan tentera yang menguasai Argentina pada tempoh sebelum perang. Kerajaan junta, yang diketuai oleh Presiden Jeneral Leopoldo Galtieri, kian terdesak untuk mengekalkan kuasanya.
Lalu beliau memutuskan untuk memainkan sentimen kebangsaan yang lama terpendam dengan melancarkan perang terhadap tentera British di kepulauan Falkland. Beliau menyangkakan kepulauan ini boleh ditawan dengan cepat dan mudah.
Ketegangan mengenai Kepulauan Falklands meningkat pada 19 March apabila 50 orang Argentina mendarat di (British dependency) Georgia Selatan dan mengibarkan Bendera Argentina mereka, tindakan yang dilihat sebagai serangan pertama dalam peperangan.
Pada 2 April, Galtieri memerintah penjajahan Kepulauan Falkland, memulakan Peperangan Falklands. Walaupun pada mulanya dikejutkan oleh serangan Argentina dipulau Selatan Atlantik, Britain melancarkan (task force) tentera laut untuk menangani tentera laut dan tentera udara Argentina, dan menghantar Royal Marines di lapangan.
Selepas pertempuran sengit, pihak British akhirnya berjaya dan kepulauan itu kekal dibawah kuasa British, walaupun sehingga 2005, Argentina masih tidak melepaskan tuntutannya keatas Kepulauan Falkland.
Kesan politik peperangan tersebut amat dirasai dikedua buah negara. Kekalahan Argentina merupakan satu tamparan yang hebat kepada kerajaan tentera di Argentina, yang mengakibatkan kejatuhannya. Sementara gelombang perasaan patriotik melanda United Kingdom, memperkukuhkan kerajaan British Perdana Menteri Margaret Thatcher.
Peperangan itu juga merupakan tema utama dalam kebudayaan kedua buah negara, dan telah menjadi tajuk beberapa buku , wayang, dan lagu, walaupun akibat jumlah mangsa yang rendah dikedua pihak, ingatan peperangan tersebut mulai pudar dari ingatan kedua-dua buah negara.
Sumber: Wikipedia
Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment