Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label negara bangsa. Show all posts
Showing posts with label negara bangsa. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

Patriotisme Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa


 Patriotisme adalah suatu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.
    Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.
Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayangkan negara yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cintakan tanah air.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.Tan Sri Dato' DR

Friday, 22 October 2010

Pindaan Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR: Pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya membabitkan kedudukan Melayu hanya boleh dibuat dengan kelulusan Majlis Raja-Raja walaupun memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz (kanan), berkata sebarang pindaan membabitkan kedudukan Melayu, termasuk Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, perlu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua pertiga majoriti pada bacaan kali kedua dan ketiga

“Selepas itu, pindaan berkenaan perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja berdasarkan peruntukan Perkara 38 (Majlis Raja-Raja) Fasal 4 dan Fasal 5 dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Fasal 4, Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan menyebut: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja”.

Fasal 5, Perkara 38 pula menyebut: “Majlis Raja-Raja perlu dirujuk sebelum membuat apa-apa perubahan mengenai dasar mengenai tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153”.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyentuh perizaban kuota mengenai perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu.

Beliau mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengenai kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera hanya boleh dipinda selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja yang dianggotai sembilan Raja Melayu walaupun mendapat dua pertiga majoriti di Parlimen.

Shamrahayu menjelaskan pindaan kepada undang-undang dan perlembagaan di Parlimen boleh dilakukan melalui empat cara iaitu dengan mendapat majoriti mudah di Parlimen, majoriti dua pertiga, majoriti dua pertiga dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri/Gabenor Sabah dan Sarawak (pindaan membabitkan negeri terbabit) dan majoriti dua pertiga dengan kelulusan Majlis Raja-Raja bagi pindaan membabitkan kedudukan Melayu.

Sumber: Berita Harian Online, Jumaat, 22 Oktober 2010

Monday, 6 April 2009

Peristiwa Hartal dalam Sejarah Negara kita

Peristiwa Hartal dalam sejarah negara kita telah berlaku serentak di semua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia hingga Singapura pada 20 Oktober 1947.

Ia adalah konotasi daripada gabungan usaha All Malayan Council Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) demi membantah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948. Sebelum itu, AMCJA-PUTERA telah menggubal satu perlembagaan untuk Tanah Melayu yang mereka namakan sebagai 'Perlembagaan Rakyat', tapi ditolak oleh pihak British.

Dalam peristiwa Hartal, majoriti kedai telah ditutup selama sehari dan ini menyebabkan segala urusan perdagangan dan jual beli di Tanah Melayu menjadi lumpuh serta mengakibatkan kerugian urusniaga bernilai jutaan ringgit.

Peristiwa ini melambangkan usaha protes terancang yang dikendalikan AMCJA-PUTERA demi memastikan 'suara rakyat' didengari oleh penjajah British.

Meskipun tindakan ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi dan kepentingan British di Tanah Melayu, namun mereka tetap meneruskan perlembagaan PTM, 1948 demi kepentingan mereka.

Friday, 29 February 2008

Revolusi Inggeris 1688

Salam Sejarah buat semua anak2 didik serta pelawat2 blog yang dirahmati Allah Swt. Pagi tadi dan t/hari semalam ust sempat membincangkan tajuk berkaitan kesedaran pembinaan negara dan bangsa di Eropah dalam kelas Sejarah kita.
Kita setuju bahawa idea negara bangsa di Eropah berkait rapat dgn beberapa revolusi politik yg berlaku spt revolusi Inggeris, Perancis dan perang kemerdekaan Amerika. Cuma, kerana kekangan masa, ust tidak sempat membahaskan tentang revolusi Inggeris secara terperinci. Sbg rujukan dan info tambahan, ust sediakan sedikit nota ttg revolusi Inggeris, 1688. Semoga memberi manfaat ilmu. InsyaALlah

Revolusi Inggeris 1688

Kedaulatan parlimen dan hak manusia.

1. Kemajuan dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian menimbulkan pelbagai
reaksi politik.
2. Cara pemerintahan beraja mutlak mula terjejas di England pada kurun ke-17 apabila

Revolusi Inggeris tercetus pada tahun 1688.
3. Revolusi ini merupakan puncak pertikaian di antara golongan tuan tanah yang kaya dengan

raja atas kedaulatan dan hak parlimen.
4. Masa itu golongan tuan tanah adalah orang yang paling berpengaruh. Mereka juga menguasai

parlimen kerana rakyat yang berharta dan bertanah tidak dibenarkan mengundi menjadi ahli
parlimen.

Antara faktor-faktor pertikaian antara raja-raja dan tuan tanah :-

- golongan tuan tanah tercabar apabila raja mengenakan pelbagai sekatan kepada mereka.
- golongan taun tanah tidak berpuas hati akan tindakan raja dengan memungut cukai tanpa
kelulusan parlimen.
- Bulan Mei tahun 1628, parlimen telah mengemukaan Petition Of Right kepada Raja Charles I.


Petition Of Right

a) mengutuk raja yang bersikap autokratik
b) amalan raja memungut cukai tanpa kelulusan parlimen ditentang
c) sesiapa pun tidak boleh dipenjarakan dengan sewenang-wenangnya.

# Raja Charles I telah menandatangani perjanjian tetapi tidak mematuhinya dan bertindak
melampaui batas.
# Beliau menjalankan pemerintahan tanpa parlimen selama kira-kira 11 tahun.
# Perbalahan antara parlimen dengan Raja Charles I mencetuskan perang saudara di England .

Antara kesan daripada perang saudara ialah:-

* Raja Charles I tertewas dan dihukum bunuh .
* ketua penentang raja (Oliver Cromwell) menjadi pemerintah.
* England menjadi Republik.
* Cromwell melaksanakan corak pemerintahan diktator

- Satu kumpulan radikal (Levellers) cuba merampas kuasa pemerintahan dan mereka mahukan
kesemua rakyat diberi peluang untuk mengundi tanpa mengira miskin atau kaya.
- Desakan yang levellers dan corak pemerintahan diktator daripada Cromwell menyebabkan

golongan berharta mahukan semula perentihan beraja.

Percubaan memulihkan kuasa raja

- Pemerintahan beraja kembali pulih apabila Richard Cromwell diganti oleh Charles II ( anak
Charles I )
- Pemulihan kuasa raja ini dikenali sebagai Restoration.
- Parlimen bertindak menentukan kedudukan dan kuasa raja dalam pentadbirannya .
- Namun begitu, peraturan ini enggan dipatuhi oleh Raja James II yang mengantikan Charles II . - Raja James II bermazhab katolik .
- Golongan parlimen-parlimen pula bermazhab Anglican.

Test Act tidak dipatuhi oleh James II kerana :-

i) golongan-golongan katolik atau bukan Anglican tidak boleh memegang jawatan didalam
jawatan kerajaan.
ii) mereka juga tidak boleh menyertai pentadbiran awam dan pasukan keselamatan .

- James II mengistiharkan Declaration Of Indulgance dan membantah yang memberikan
kebebasan beragama kepada semua rakyat.
- Tindakan tersebut telah menjejaskan kedaulatan parlimen belia dan membuktikan bahawa

raja boleh memansuhkan dan menggubal undang-undang tanpa kelulusan parlimen.
- Parlimen begitu bimbang yg. england akan terus dikuasai oleh raja bermazhab Katolik

apabila Raja James II mendapat putera pada tahun 1688

Ini telah mencetuskan Revolusi Inggeris akibatnya :-

- Raja James II digulingkan
- Mary II (anak kepada Raja James II) yang bermazhab Protestant memerintah England

bersama suaminya Willian Of Orange dari Belanda.