Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label nota t2. Show all posts
Showing posts with label nota t2. Show all posts

Tuesday, 2 February 2010

Negeri-Negeri Selat

Negeri-Negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pusat pentadbirannya di peringkat awal ialah di Pulau Pinang.

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh Residen.

Pada tahun 1826, ketiga-tiga negeri tersebut digabungkan bagi membentuk Negeri-negeri Selat. Penggabungan itu bertujuan untuk menyeragamkan serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran.

Pemindahan pentadbiran ke London pada tahun 1867 adalah kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) di India tidak mengambil berat kebajikan Negeri-Negeri Selat. Desakan oleh para saudagar yang tidak berpuas hati dengan dasar Pejabat Tanah Jajahan British di India dan cadangan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk menghapus taraf pelabuhan bebas Singapura mengancam kemajuan perdagangan di Negeri-Negeri Selat.

Kemasukan pendatang dari China secara tidak terkawal menyebabkan berlaku kekacauan akibat penubuhan kongsi gelap dan penduduk membantah tindakan Pejabat Tanah Jajahan British di India yang menjadikan Singapura sebagai tempat pembuangan banduan dari India telah mempercepatkan pemindahan pusat pentadbirannya ke London.

Friday, 22 January 2010

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Perjanjian Inggeris-Siam 1909 dikenali juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909 atau Perjanjian Anglo Siam 1909. Perjanjian ini diadakan di Istana Raja Thailand di Bangkok yang diusahakan oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat iaitu Sir John Anderson.

Britain tidak dapat bertangguh lagi untuk menguasai seluruh Tanah Melayu kerana negeri-negeri ini kaya dengan biji timah dan sesuai ditanam dengan getah. Tambahan pula negeri-negeri Melayu ini amat sesuai disatukan kerana mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu sama dari segi bahasa, agama, bangsa, cara hidup, kebudayaan dan lain-lain.

Untuk mempengaruhi Siam agar bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856. Siam sedar bahawa Inggeris begitu serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju untuk mengadakan perundingan. Rundingan telah diadakan dan akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909.

Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian:

Pakatan Inggeris-Perancis 1904

Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam, sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan Inggeris-Perancis pada 8 April 1904.

Pakatan ini telah manamatkan ancaman peluasan kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya.

Kemungkinan besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas Battambang dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan Siam-Kampuchea.

Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap berkecuali. Hal ini merugikan Siam.

Kebimbangan campur tangan kuasa asing yang lain

Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina terusan di Segenting Kra sebab tertarik dengan kepesatan perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara.

Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari Jerman untuk membina jalan keretapi yang akan menghubungkan Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam kepentingan Inggeris di situ.

Pembatalan hak-hak wilayah asing

Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit (1897).

Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris. Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala hak wilayah asing di Siam.

Masalah kewangan Siam

Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta kepada Kedah.

Syarat-syarat perjanjian:

1. Siam memindahkan segala haknya ke atas keempat-empat buah Negeri-negeri Melayu Utara di bawah pemerintahannya iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, termasuk semua pulau yang dimiliki oleh negeri-negeri itu kepada Inggeris.


2. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya kepada kuasa-kuasa asing tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Inggeris.

3. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menanggung segala hutang keempat-empat buah negeri yang diperolehinya. Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu juga akan memberi pinjaman wang sebanyak £4 juta kepada Siam untuk membina jalan keretapi di Selatan Siam.

4. Inggeris menyerahkan hak wilayah asing yang diperolehinya dari Persetiaan Persahabatan dan Perdagangan pada tahun 1855.

5. Inggeris berjanji tidak akan campur tangan di wilayah-wilayah Siam yang lain.

6. Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 1897 dibatalkan.

Kesan-kesan perjanjian:

1. Negeri-negeri Melayu Utara berpindah tangan dari Siam kepada Inggeris dan negeri-negeri itu menerima seorang Penasihat British yang tugasnya seperti Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

2. Selanjutnya Penasihat British dilantik untuk berkhidmat di Perlis, Kelantan dan Kedah. Terengganu menerima Penasihat Inggeris pada tahun 1919.

3. Perjanjian ini telah menetapkan sempadan di antara Siam dengan Tanah Melayu.

4. Perjanjian ini menjamin Inggeris agar dapat menjalankan dasar monopoli perdagangannya di Semenanjung Tanah Melayu.

Monday, 3 August 2009

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dibentuk pada bulan Julai 1896 yang terdiri daripada negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Penubuhannya adalah bertitik tolak daripada kelemahan yang terdapat dalam Sistem Residen. Melalui sistem pemerintahan NNMB ini:

1. Kuasa pemerintahan dibahagi dua antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

2. Seorang Residen Jeneral akan dilantik mengendalikan kerajaan pusat bagi memastikan Residen-residen di setiap negeri tidak bertindak sewenang-wenangnya.

- Sir Frank Swettenham -

3. Residen Jeneral pula akan diawasi oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang juga menyandang Gabenor Negeri-negeri Selat.

4. Mewujudkan keseragaman dari segi perkhidmatan awam, polis, gaji, dasar pelajaran, undang-undang tanah dan sistem pos.

Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral yang pertama mengetuai NNMB. Sistem NNMB ini terus berjalan dengan pelbagai penyesuaian bagi mengatasi kelemahan yang timbul seperti pemilikan kuasa yang terlalu banyak oleh Residen Jeneral dan peranan Majlis Mesyuarat Negeri yang tidak berfungsi.

Sistem ini berakhir apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948.

Tuesday, 24 February 2009

Perjuangan Belum Selesai

"Bangsa yang besar jiwanya adalah bangsa yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik mereka yang berjuang dengan senjata untuk mempertahankan negara dengan mengorbankan jiwa raga, atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan akal fikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan maruah bangsanya."

"Jika kita ingin sejarah penaklukan oleh kuasa asing tidak berulang hendaklah kita sedar bahawa kemerdekaan dan kebebasan kita boleh dihapuskan dalam masa yang singkat. Setelah hilang kemerdekaan kita tidak mudah untuk mengembalikannya."

Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia