Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday, 18 March 2010

Cipta Sejarah: Antara Gladys dan Nurazlina

"Saya terkejut dan sukar nak percaya bila diberitahu yang saya pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di negara ini," kata Gladys Tan Yee Kim.

Gladys memperoleh semua A+ dalam 10 subjek yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fiziks, Kimia dan Biologi.

Dalam pada itu, Gladys yang gemar bermain piano dan membaca buku memberitahu, mendekatkan diri kepada tuhan merupakan faktor penting yang banyak membantu kejayaannya selama ini.

Beliau yang banyak menghadiri aktiviti keagamaan di Gereja Hope Kuching pada setiap hujung minggu berkata, dia percaya setiap perkara yang dilakukan tidak akan berjaya sekiranya tidak diberkati dan direstui tuhan.

"Tanpa tuhan, sudah tentu saya tidak dapat melakukan perkara ini (10A+) dan saya tujukan kejayaan ini kepada tuhan dan ibu bapa saya. ''

Sumber: Utusan Online, 12/3/2010
.............................................................................................................................................

Sebaik terbaca akan kejayaan Gladys dan rutin kehidupannya yang dinobat sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan membuatkan penulis teringat akan kelibat dan kecemerlangan yang berjaya dicapai oleh seorang anak didik penulis iaitu, Nurazlina yang kini sedang melanjutkan pengajian di Darul Qur'an (pensijilan UIAM).

Bukan untuk terlalu berbangga, tetapi tidak keberatan jika penulis menobatkan Nurazlina selaku pelajar terbaik di hati penulis dengan pencapaian cemerlang memperoleh 13 gred A+ (B.Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, B. Arab Tinggi, Pendidikan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Perakauanan) serta gred A dalam Biologi.

Mengenali Nurazlina, beliau bukan sahaja agak 'genius' dalam akademik, tetapi turut cemerlang dalam kokurikulum bila mampu menghafaz 30 juzu' Al-Qur'an, prolifik dalam penulisan, serta pernah mewakili sekolah ke pertandingan debat hatta ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebagaimana Gladys, Nurazlina juga menjadikan ALLAH sebagai inspirasi utama dengan kewajipan bekerja untuk Ad-Deen-Nya dengan cara berdakwah. Selain itu, penulis mengira hubungan kekeluargaan beliau terhadap ibu bapanya yang cukup jitu dan begitu harmonis telah menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan kejayaan yang cukup manis dalam peperiksaan SPM sesi 2009 yang lalu buat beliau.

Akhir kata, sekalung tahniah penulis ucapkan buat Nurazlina, Gladys dan semua calon yang telah memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan lalu. Moga kejayaan akan terus dijulang demi kemajuan negara dan umat seluruhnya.

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u :)"

Fikrah

" Pemimpin dengan orang bawahan (rakyat) ini umpama tayar kereta dengan skrunya. Tayar harganya mahal, RM300 atau RM400, tetapi skru dalam RM2 sahaja. Tetapi jika skru itu longgar, tidak ikat tayar dengan kuat, tayar boleh tercabut juga walaupun tayar mahal. "

Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - Menteri Besar Kedah

Terkini: Separuh Markah Kokurikulum untuk Sukan Mulai 2011

Mulai tahun depan, separuh daripada 10 markah penglibatan kokurikulum pelajar akan diperuntukkan kepada aktiviti sukan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu di pejabatnya di Parlimen pada 17 Mac lalu berkata, keputusan itu sebagai langkah menggalakkan pembangunan sukan di peringkat sekolah.

Sila baca juga:
1) Geran perkapita dinaikkan 100%
2) Sukan sekolah diperkasa 2011

Monday, 15 March 2010

Salam Tahniah!

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi lagi dihormati.

Sejarah2u ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syukur di atas kejayaan anak-anak didik SMIAAG serta semua calon SPM 2009 yang telah mengambil keputusan masing-masing, khususnya bagi kertas Sejarah.

Setinggi kesyukuran juga kerana segala daya usaha dan keringat yang telah diikhtiarkan selama ini memberikan natijah yang cukup bermakna buat kita semua.

Semoga kejayaan yang penuh bererti ini akan diteruskan tempo kegemilangannya walau di mana jua pun kalian bakal berada selepas ini, terutamanya apabila menjejakkan kaki ke menara gading kelak.

Akhiru kalam, salam tahniah sekali lagi serta berusahalah memelihara amanah ilmu demi mengembalikan kegemilangan tamadun umat pada suatu hari nanti. InsyaAllah

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u".. :)

Wednesday, 10 March 2010

Debaran 11 Mac

Minggu ini penulis lalui dengan rasa penuh debaran memuncak di hati memandangkan pada tarikh 11 Mac ini adalah tarikh 'keramat' buat semua calon yang telah menduduki peperiksaan SPM dan STAM 2009 yang lalu.

Ini kerana pada tarikh tersebut akan terzahirlah segala natijah atas usaha penuh gigih dan tekad membara para pelajar untuk mengambil keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.

Secara jujur, setiap kali saat pengumuman keputusan diisytiharkan, maka penulis akui perasaan ini sukar untuk ditenangkan.

Jika tahun-tahun sebelum ini, debaran itu tidaklah sekencang mana. Namun, pada tahun ini ia agak 'suspen' sedikit kerana penulis juga merupakan guru kelas kepada tingkatan 5 Salman al-Farisi, yang mana ia boleh dianalogikan 'debaran hati seorang ayah kepada nasib 34 orang anaknya'...cukup untuk menjadikan penulis tidak dapat tidur lena hingga keputusan setiap orang daripadanya dapat diketahui.

Selain itu, selaku Ketua Panitia Sejarah..penulis turut merasakan debaran akan nasib pencapaian calon terhadap subjek sejarah. Apatah lagi bila ramai murid dimaklumkan oleh pelbagai sumber betapa susahnya soalan sejarah pada SPM kali ini. Ini dapat dirasakan bila dapat berjuang bersama-sama 'anak-anak gigih dan ceria' hingga selang sehari sebelum hari peperiksaan SPM bermula, baik ketika dalam bengkel mahupun kelas intensif ulangkaji yang sememangnya cukup meletihkan tapi puas nian rasanya.

Buat semua pelajar yang akan mengambil slip peperiksaan masing-masing pada 11 Mac ini, didoakan agar kalian berjaya dengan penuh gemilang. Terimalah dengan redho dan penuh pasrah akan segala ketentuan dari-Nya, kerana pasti di sana DIA mahu menguji kita samada kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur ataupun sebaliknya.

Di pihak penulis berharap, agar debaran 11 Mac akan segera berlalu dengan penuh sinar ceria dan harapan...agar bisa pula menghadirkan kembali lena, ditemani mimpi-mimpi indah dalam rahmat-Nya. Allahu A'lam :)

Salam Kecemerlangan Untuk Semua..

Thursday, 4 March 2010

Biografi Imam al-Bukhari

Imam al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Ju'fi al-Bukhari (194H-256H) adalah seorang tokoh hadis yang paling unggul dalam sejarah perkembangan ilmu Hadis sehinggalah ke hari ini, ketokohan beliau masih tiada tolok bandingnya.

Anak kelahiran Wilayah Bukhara ini terkenal dengan karya agungnya Sahih al-Bukhari yang dinobatkan sebagai kitab kedua paling sahih selepas al-Quran.

Sehingga ke hari ini karya beliau masih berbisa dan relevan di kalangan cendekiawan Islam dan masih berdaya menjadi inspirasi penghasilan lebih banyak karya-karya ilmiah yang bermutu tinggi.

Kemungkinan besar besar beliau adalah seorang sinestetik yang biasa terjadi setelah seseorang sembuh daripada buta atau pekak sementara seperti yang dialami oleh beliau ketika masih kecil.

Keistimewaan ini banyak membantu beliau membentuk kaedah tersendiri dalam bidang pengajian dan pengkajian ilmu-ilmu Islam semasa yang wujud ketika itu. Ia lebih berasaskan pembelajaran langsung (face-to-face) terutamanya dalam bidang hadis yang sangat memerlukan kekuatan daya ingatan.

Beliau memanfaatkannya dengan berguru sebanyak mungkin ulama semasa pada zaman itu. Beliau dikatakan mempunyai 1018 orang guru.

Kelebihan ini juga membuatkan beliau muncul sebagai seorang prodigi yang cukup luar biasa sehingga diberi kepercayaan untuk mengajar seawal usianya 17 tahun lagi oleh gurunya. Faktor-faktor ini juga telah menarik berpuluh-puluh ribu orang berguru dengannya. Sambil belajar dan mengajar, beliau gigih berkarya dalam pelbagai bidang agama terutamanya fikah, ilmu kalam dan hadis.

Karya teragung beliau sudah tentulah Sahih al-Bukhari. Keperibadian, kepakaran dan karya-karya beliau mendapat penerimaan baik dan pujian melambung dari kebanyakan ulama.

Harga kelebihan-kelebihan yang dianugerahkan kepadanya itu sangat tinggi. Seringkali beliau terpaksa menghadapi konflik-konflik yang sangat mencabar. Selain diuji dari pelbagai sudut ilmu pengetahuannya, beliau juga difitnah dek orang yang dengki kepadanya bahawa beliau adalah pendokong ideologi al-Muktazilah: al-Quran itu Makhluk agar sumbangannya ditolak kerana ia bertentangan dengan pendirian majoriti ulama.

Namun, beliau tetap teguh mempertahankan akidah ahli al-Sunnah wal-Jamaah sepanjang hayatnya walaupun diusir dari kampung halamannya sendiri di atas ketegasannya dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebenaran agama.

Pahit maung yang ditelan selama ini akhirnya membawa kepada ajal beliau di Khartank, Samarkand pada 1 Syawal 256H bersamaan 31 Ogos 870M. Begitu bermakna hidup beliau dan amal jariahnya terus berjalan menghasilkan pahala yang berterusan sehingga ke saat ini

Komentar: Jika Imam al-Bukhari boleh mengkaji seterperinci itu lebih 10 kurun lalu dengan segala kepayahan dan segalanya secara manual, maka, adalah sesuatu yang mengaibkan bagi kita untuk berpeluk tubuh sedangkan kita hidup dalam progres kemajuan teknologi maklumat yang paling pantas.

Seharusnya, kita mampu berdaya saing dalam penghasilan ilmu pengetahuan dan teknologi global. Perkara yang paling memalukan ialah jika kita masih di takuk lama sebagai penerima maklumat pasif, tanpa dikaji secara terperinci seperti yang mampu dilakukan oleh Imam al-Bukhari walaupun beliau hidup pada zaman yang serba-serbinya sangat terbatas.

Perkongsian maklumat mengenai Imam al-Bukhari berkenaan dengan fakta asal-usul, kelahiran, sifat fizikal, aspek ibadah, keperibadian dan akhlak beliauyang kemudiaannya lebih tertumpu kepada kekuatan mental beliau yang sangat mengagumkan sehingga tersenarai antara orang yang diiktiraf memiliki memori fotografi di dalam Wikipedia di bawah bab Photographic Memory.

Keputusan SPM/STAM diumum Khamis depan

KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumumkan 11 Mac ini (Khamis).

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam kenyataan hari ini berkata, calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Katanya, calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos, yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Jumlah keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM 2009 ialah 465,853 manakala STAM 6,920 calon

Sumber: Berita Harian Online