Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Showing posts with label modal insan. Show all posts
Showing posts with label modal insan. Show all posts
Wednesday, 1 August 2012
Kekuatan Mental Positif
APAKAH agaknya yang sedang anda fikirkan. Jika anda fikir tentang keletihan maka sudah tentu anda akan terus berehat atau tidur. Jika anda fikirkan tentang lapar anda akan terus meluru ke dapur untuk mendapatkan makanan. Jika anda fikir tentang kejayaan yang akan diperoleh, sudah tentu anda akan lebih bersemangat untuk belajar tanpa apa-apa halangan.
Begitulah tindakan kita yang kebiasaannya dipengaruhi oleh fikiran. Samuel A. Cypert, (2002) dalam bukunya “17 Prinsip Kejayaan” telah meletakkan sikap mental positif sebagai urutan yang pertama dalam prinsip menuju kejayaan.
Prinsip ini merupakan suatu proses yang boleh membuat diri anda berubah kepada sesuatu yang lebih baik. Perubahan ini hanya boleh dilakukan oleh anda sendiri kerana sikap anda dikuasai oleh anda sendiri. Orang lain hanya boleh membantu dan membimbing anda tetapi andalah orangnya yang dapat mengendalikan fikiran anda sama ada menerima yang baik atau yang jahat.
Sikap mental positif mengikut Samuel,2002 merupakan suatu usaha secara sedar untuk mengganti fikiran-fikiran lain yang negatif yang mampu merosak diri anda sendiri kerana ia hanyalah untuk tujuan melayani nafsu semata-mata.
Sebagai contoh fikiran yang tertumpu untuk melakukan kejahatan seperti mencuri dan menipu akan terhasil untuk memenuhi kehendak dalaman yang penuh dengan sifat kesyaitanan. Setelah kehendak dalaman dipenuhi maka dalam keadaan tertentu barulah timbul rasa kekesalan yang mungkin tidak berguna lagi kerana nasi telah menjadi bubur.
Dalam hal ini kekuatan mental perlu diperkasa dengan memasukkan unsur-unsur positif. Ia memerlukan latihan dan kesabaran dalam proses membuat perubahan. Kawalan diri merupakan mekanisme yang paling utama untuk menangani segala bentuk gejala fikiran negatif.
Diri boleh dikawal dengan cara melambatkan tindakan yang bercorak negatif itu. Hal ini bertujuan memberi ruang dan peluang bagi diri anda untuk berfikir dan membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
Misalnya, jika anda terniat untuk ponteng kelas, jangan terus ponteng tetapi fikir dahulu risikonya seperti kesan terhadap pelajaran, kesan terhadap imej diri, kesan terhadap nama baik ibu bapa dan seturusnya kesan terhadap masa depan anda.
Insyaallah jika anda berfikir masak-masak anda akan membuat pilihan yang tepat yang akan menguntungkan diri sendiri.
Mari Belajar Cara Belajar Yang Betul
Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
Pertama - Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.
Kedua - Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
Ketiga - Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.
Keempat - Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.
Kelima - Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.
Keenam - Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
Ketujuh - Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
Kelapan - Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.
Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.
Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.
Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.
Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.
Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).
Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.
Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Ke sembilan belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.
Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.
Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.
Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Cita-cita Penggerak Usaha
KEBIASAANNYA apabila anda ditanya tentang cita-cita anda, jawapannya mungkin dirujukkan pada sesuatu kerjaya yang memberi faedah, berjawatan tinggi serta menarik minat anda. Terdapat juga segelintir murid yang tidak memberi apa-apa jawapan ataupun sekadar mengatakan “tidak tahu”.
Pada golongan ini mereka menganggapkan cita-cita itu mungkin terlalu jauh untuk dicapai ataupun masih tidak dapat menentukan apakah cita-cita yang sebenarnya yang perlu dimiliki.
Sebenarnya cita-cita itu ialah sebahagian daripada matlamat dalam kehidupan. Walaupun seseorang itu tidak dapat menjangka apakah yang akan terjadi pada kehidupannya dalam masa sepuluh atau dua puluh tahun yang akan datang, tetapi sekurang-kurangnya mampu membentuk satu gambaran di hati dan di mindanya di peringkat awalan. Gambaran inilah yang menjadi penyuluh serta menyinari kehidupannya pada masa akan datang.
Dalam erti kata yang lain, cita-cita yang tertanam di jiwa murid-murid mampu memberi bimbingan dan panduan hidup dalam proses penentuan ke arah mencapai kejayaan. Mereka yang tidak mempunyai cita-cita boleh dianggapkan sebagai satu perjalanan di waktu malam tanpa sinaran cahaya yang mungkin terpaksa menanggung risiko di sepanjang perjalananya.
Apakah setiap cita-cita itu akan tercapai? Ramai juga murid-murid yang berkata, “Buat apa saya bercita-cita, ia tidak semestinya tercapai”! Memang betul setiap cita-cita itu tidak semestinya berjaya, dicapai tetapi sekurang-kurangnya ia menjadi daya penggerak untuk berusaha.
Sebagai contoh anda mungkin bercita-cita untuk menjadi doktor perubatan iaitu satu bentuk cita-cita yang memerlukan usaha yang gigih serta komitmen yang sepenuhnya dalam memberi tumpuan ke arah pembelajaran.
Dalam hal ini cita-cita yang begitu tinggi yang anda telah letakkan pada diri anda akan menyebabkan anda mampu mendisplinkan diri untuk belajar tanpa dipaksa. Walaupun anda gagal untuk menjadi doktor perubatan tetapi pastinya anda akan beroleh kejayaan lain yang setimpal dengan usaha yang anda lakukan.
Ini menunjukkan bahawa setiap cita-cita itu akan menjadi daya penggerak kepada diri anda untuk terus belajar serta mampu menghadapi cabaran demi mengejar cita-cita tersebut.
sebaliknya jika anda tidak mempunyai sebarang cita-cita atau hanya sekadar bercita-cita untuk mendapat bidang pekerjaan yang rendah dan mudah, maka usaha anda juga tidak dimaksimumkan, justeru kemungkinan besar anda akan berakhir dengan kegagalan.
Bentukkan satu gambaran cita-cita yang mampu menggerak daya usaha anda sekarang. Pastinya kehidupan anda akan lebih terkawal dan diri anda lebih bermotivasi untuk belajar demi mencapai kejayaan.

Sunday, 1 July 2012
Ma'ahad Al-Ehya AsSyariff, Gunung Semanggol
Gunung Semanggol, namanya tidak asing lagi bagi mereka yang menatapi sejarah pendidikan Islam tanah air. Sebut sahaja nama Gunung Semanggol kita tentu tidak akan lupa pada sekolah agama yang terkemuka suatu masa dahulu iaitu Ma'ahad Al-Ehya Asshariff. Di Gunung Semanggol ini jugalah tempat bertunasnya sebuah gerakan Islam, Hizbul Muslimin yang digeruni oleh Inggeris ketika itu. Seperti Gunung Semanggol yang tidak dapat dipisahkan dengan Ma'ahad Al-Ehya Asshariff, begitulah juga hubungan sekolah ini dengan seorang tokoh pejuang Islam, iaitu As-Sheikh Abu Bakar Al-Baqir yang menjadi tunggak masyarakat dan perkembangan pelajaran Islam di Gunung Semanggol.
Rentetan Sejarah perkembangan pelajaran agama di sini bermula sejak tahun 1918 lagi dengan adanya pondok Ar-Rahmaniah pimpinan Tuan Haji Abd. Rahman Mahmud. Keperluan terhadap tempat belajar semakin dirasakan apabila pelajar-pelajar lepasan sekolah rendah tidak mempunyai tempat untuk meneruskan pelajaran. Di atas kesedaran tentang masalah ini di samping usaha-usaha menyebarkan ilmu secara lebih teratur dalam menyebarkan risalah Islam, maka masyarakat Gunung Semanggol telah berpadu tenaga mewujudkan sebuah sekolah agama.
Di atas tumpahan keringat masyarakat, terbangunlah sebuah sekolah pada 1 Muharram 1353 bersamaan 15 April 1934 yang diberi nama Madrasah Al-Ehya Asshariff. Di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Madrasah ini telah maju setapak demi setapak. Dengan terdirinya Madrasah ini juga, pondok Ar-Rahmaniah telah dibubarkan oleh Tuan Guru Haji Abd. Rahman yang turut sama memerah tenaga membangunkan Madrasah Al-Ehya Asshariff pimpinan menantunya Ustaz Abu Bakar al-Baqir itu. Pemimpin-pemimpin masyarakat seperti Tuan Guru Haji Abdullah Ibrahim, Tuan Haji Abd. Manaf dan lain-lain turut berkorban harta serta masa untuk menjayakan madrasah ini.
Di bawah mudir pertamanya, iaitu Ustaz Abu Bakar, Madrasah Al-Ehya Asshariff telah berkembang pesat dengan pelajar-pelajarnya semakin bertambah berbanding dengan hanya 144 orang pada waktu pembukaannya dalam tahun 1934 dahulu. Untuk menguruskan pertambahan pelajar ini, jawatankuasa pentadbiran dibentuk yang terdiri daripada Allahyarham Tuan Haji Abd. Rahman, Allahyarham Tuan Haji Abdul Manaf dan Allahyarham Ustaz Yahya Abdullah. Pada tahun 1936 dengan permuafakatan masyarakat setempat dan para pelajar sendiri, mereka telah bergotong royong membina sebuah bangunan bagi kelas-kelas tambahan. Sebuah bangunan sekolah kayu dibina dalam tahun 1940 hasil daripada sumbangan derma orang ramai. Pada tahun ini juga Madrasah Al-Ehya ini telah ditukar namanya kepada Ma'ahad Al-Ehya Asshariff.
Perkembangan pesat sekolah agama rakyat ini tentu sekali memerlukan sumber kewangan untuk perbelanjaannya. Untuk itu, sebuah badan ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan Maahad ini, iaitu Persatuan Al-Ehya Asshariff yang didaftarkan pada 22 Febuari 1940 dibawah fasal 19, Undang-undang Kompeni Bab 58 dengan nombor pendaftaran 1016-A serta keahliannya terbuka kepada setiap Muslimin.
Hasil kerjasama orang ramai dan para dermawan persatuan ini dapat mengumpul sejumlah harta bagi membiayai perjalanan Ma'ahad Al-Ehya Assahariff. Di antara sumbangan yang diterima oleh persatuan ini ialah tanah, dusun dan lain-lain harta yang diwakafkan oleh para dermawan seperti Y.A.M Che Teh, Tengku Permaisuri Perak, Allahyarham Tuan Haji Abd. Manaf, Penghulu Gunung Semanggol, Tuan Haji Awang serta dermawan-dermawan yang lain.
Seperti kata pepatah, muafakat membawa berkat, begitulah dengan Ma'ahad ini. Hasil dari permuafakatan masyarakat sekitarnya yang kuat mendokong cita-cita Islam, mereka telah berjaya memajukan institusi pendidikan Islam ini walaupun tidak mendapat bantuan pemerintah. Pada tahun 1941, Ma'ahad ini mempunyai lebih 400 orang pelajar lelaki dan 100 orang pelajar wanita. Sebanyak 270 buah pondok asrama disediakan oleh jawatankuasa pentadbiran sekolah ini dan pada tahun yang sama juga institusi pendidikan agama ini mempunyai harta kira-kira 50 ekar kebun dan sawah.
Apabila meletus Perang Dunia Kedua, perjalanan Ma'ahad Al-Ehya Asshariff terbantut seketika, hanya sebilangan kecil para pelajar meneruskan pelajaran dalam suasana perang itu. Walau bagaimanapun selepas Perang Dunia Kedua tamat, Ma'ahad ini telah pulih dan semakin aktif menyebarkan pendidikan Islam.
Di antara tahun 1948 - 1952 Ma'ahad bagaikan anak yatim kehilangan ibu bila mana mudirnya Ustaz Abu Bakar Al-Baqir ditahan dan dipenjarakan oleh Pentadbiran Inggeris kerana keterlibatan beliau dalam Hizbul Muslimin, sebuah parti politik Islam yang memperjuang cita-cita kaum muslimin dalam menegakkan Daulah Islamiah di negara ini.
Setelah dibebaskan pada tahun 1952, beliau telah berusaha bersungguh-sungguh memajukan semula Ma'ahad ini. Malah di atas usaha gigihnya harta kepunyaan Persatuan Al-Ehya Asshariff yang menjaga kepentingan Ma'ahad telah bertambah dengan pembinaan dua buah kilang padi dan mewujudkan bekalan elektrik kepada penduduk sekitar Gunung Semanggol. Ia juga dapat menanam modal dalam beberapa buah syarikat.
Selepas merdeka, Ma'ahad Al-Ehya Asshariff semakin berkembang maju dan pihak pemerintah juga telah mula memberi perhatian dengan bantuan dua buah asrama baru yang telah dirasmikan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1959. Selain itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIP) juga menghulurkan bantuan RM 500 sebulan pada Ma'ahad, sementara Kementerian Pelajaran memperuntukan sebanyak RM 5,300.00 setahun membantu sekolah agama ini. Pada tahun 1960 pelajar-pelajar Ma'ahad meningkat ke angka 722 orang, dan dalam tahun 1964 apabila peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) mula-mula diperkenalkan di sekolah ini, kejayaan yang dicapai oleh sekolah ini amat cemerlang sekali.
Pada masa ini Ma'ahad Al-Ehya Asshariff tetap meneruskan cita-cita perjuangannya ke arah melahirkan insan yang berilmu dan bertaqwa di samping berusaha menyebarkan risalah Islam kepada generasi muda agar mereka lebih memahami tuntutan fikrah Islamiah dan menghayati tasawwur Islam sebagai `Ad-Din' yang syumul seperti mana perjuangan yang telah didokong oleh bekas tokoh-tokoh pengajar Ma'ahad ini seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain lagi.
Sumber: Arkib Negara Malaysia
Friday, 4 May 2012
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang
ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar
cemerlang akan:
- Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
- Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
- Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
- Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)....Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
- Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum
- Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
- Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
- Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
- Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
- Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
- Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
- Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
- Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
- Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
- Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
- Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
- Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
- Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
- Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
- Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
- Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
- Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
- catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
- Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
- Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
- jangan melihat kemaluan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
- Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
- Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
- Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
- Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
- Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
- Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
- Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
- Pelbagaikan tempat belajar.
- Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
- Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
- Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran
Friday, 13 January 2012
Monday, 24 October 2011
Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran
Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
[1] Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan di bawah.
Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini...
Friday, 25 March 2011
Usaha Tangga Kejayaan
" Sepanjang belajar, saya tidak pernah hilang fokus dan sentiasa memastikan setiap kerja kursus yang diarahkan berjaya disiapkan. Saya juga tidak pernah mengabaikan solat lima waktu malah kerap membaca surah Yasin,".
- Ameerul Ashraf Harunarashid, pelajar tunggal Melayu daripada 21 pelajar yang mendapat 11 A+ peringkat negeri Melaka dalam semua mata pelajaran bagi SPM 2010. -
Sila baca juga artikel-artikel di bawah:
1. Madu rahsia pelajar cemerlang SPM
2. Berulang 40km sehari bukan penghalang
3. Ingin lihat ibu gembira kunci kejayaan kembar seiras
4. Ulang kaji pelajaran lebih dua jam berbaloi
5. Anak penjaja ikan hargai pengorbanan bapa

17,303 Anak Luar Nikah Didaftar 2009: Berakhirnya Peradaban Sebuah Bangsa ?
KUALA LUMPUR: Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, berkata bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Alwi menjelaskan dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah adalah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Sepanjang tempoh ini, 214,033 bayi pelbagai bangsa didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf, termasuk kes anak yang tidak berbapa 104,834 orang dan 109,199 orang mengikut Seksyen 13, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299),” katanya kepada Berita Minggu.
Mengikut Seksyen 13, bayi itu dianggap anak yang dilahirkan hasil ikatan perkahwinan tidak teratur atau tidak sah mengikut undang-undang negara.
Ini termasuk anak hasil hubungan luar nikah bagi orang Melayu/Islam atau pernikahan tidak didaftarkan mengikut undang-undang negara.
Bayi yang lahir kurang enam bulan dari tarikh pernikahan ibu bapanya juga termasuk dalam status sama. Bagi anak pasangan bukan Islam, kebanyakan kes merujuk kepada anak dilahirkan sebelum tarikh pendaftaran perkahwinan atau anak yang tidak mempunyai bapa.
Dalam tempoh lima tahun dari 2005 hingga 2009, pendaftaran ‘anak luar nikah’ membabitkan orang Melayu menduduki tempat kedua dengan 74,723 kes, di belakang kaum-kaum lain dengan 91,922 kes, diikuti India (23,696 kes) dan Cina (23,692 kes).
Beliau berkata, bayi tanpa bapa daripada keturunan Melayu/Islam diletakkan nama diikuti ‘bin’ atau ‘binti’ Abdullah atau mana-mana nama pilihan Asma Al-Husna (nama-nama Allah).
“Keputusan itu selaras ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan ia juga selaras format baru sijil kelahiran yang memerlukan nama penuh bayi berserta bin atau binti dipaparkan pada sijil kelahiran.
“Bagaimanapun, hanya maklumat ibu akan dimasukkan dalam sijil kelahiran bayi berkenaan dan nama pada MyKad kanak-kanak itu kekal menggunakan nama dalam sijil kelahiran,” katanya.
Bagi kes bayi pasangan yang berkahwin di luar negara tanpa mendaftar semula di Malaysia, beliau menasihatkan mereka menyelesaikan urusan dengan pihak berkaitan termasuk majlis agama atau mahkamah.
“Jika anak dilahirkan di luar negara, daftar dengan kedutaan dan apabila pulang ke Malaysia, daftar semula dengan JPN.
“Bagi kes yang tidak mendaftar perkahwinan mereka tetapi sudah mempunyai anak, mereka boleh mendaftar terus untuk dapatkan sijil kelahiran tanpa perlu dokumen daripada mahkamah, tetapi nama bapa tidak akan dimasukkan dalam rekod.
“Maklumat itu boleh diganti dengan nama sebenar bapa selepas mendapat pengesahan status perkahwinan,” katanya
Sumber: Berita Harian Online, Sabtu, 26 Mac 2011

Saturday, 23 October 2010
Sejarah Penubuhan Maktab Mahmud
Maktab Mahmud atau Al-Maahad Al-Mahmud merupakan sebuah Sekolah Agama dibawah naungan Sultan Kedah. Pembelajaran akademik dan silibus dari Universiti al-Azhar diajar di sini.
Hari ini, telah terdapat banyak cawangan Maktab Mahmud seantero Kedah. Lokasi utamanya ialah di Alor Star, Kedah. Motonya ialah 'Al-Ilmu Nur'
Maktab Mahmud telah ditubuhkan pada hari hari Jumaat 29 Rabiul Awal 1355 H bersamaan 19 Jun 1936 M. Perletakan batu asas telah disempurnakan oleh DYMM Tunku Mahmud Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarramul Shah, Regent and President State and Council Kedah. Maktab Mahmud kemudiannya dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darulaman pada ketika itu.
Tujuan utama baginda adalah untuk menjadikannya sebagai pusat penyebaran agama Islam, Bahasa Arab serta mengeluarkan tokoh-tokoh agama. Tambahan pula baginda berpendapat negeri Kedah memerlukan sebuah institusi pendidikan bertaraf 'kolej Islam' agar setanding dengan sekolah-sekolah Inggeris pada masa itu, yang mana sistem pendidikannya menggunakan sistem yang digunakan di Universiti Al-Azhar.
Antara sumbangan terbesar Maktab Mahmud melahirkan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menentang Malayan Union dengan menubuhkan Persatuan Ulama Kedah pada 9 Februari 1946 yang telah berjaya menyatukan keseluruhan ulama Kedah menentang Malayan Union.
Maktab Mahmud dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Kedah Darulaman dan dinaungi oleh Sultan Kedah. Pada asalnyaMaktab Mahmud hanya terdiri daripada pelajar-pelajar putera sahaja semenjak awal penubuhannya sehingga 31 Disember 1972.
Sekolah Agama Tarbiah Islamiah, Jalan Pegawai dicantumkan dengan Maktab Mahmud dan disatukan dibawah pentadbiran Lembaga Maktab Mahmud menurut Enakmen Lembaga Maktab Mahmud 1967.
Lembaga yang ditubuhkan bertanggungjawab menguruskan urusan-urusan pentadbiran, kewangan, perkhidmatan, pendidikan dan lain-lain.
Bermula dari penyatuan itu, Maktab Mahmud telah membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar puteri.
Sumber: Wikipedia
Wednesday, 13 October 2010
Rahsia Pengurusan Masa Pelajar Cemerlang
- Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
- Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti No.1)
- Masa bangun tidur. Subuh/pagi.(bayangkan pelajaran semalam).
- Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
- Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
- Masa bercermin (Lekatkan nota penting pada cermin)
- Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
- Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
- Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
- Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
- Masa berjalan ke sekolah ( tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
- Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
- Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
- Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkasan buku-buku)
- Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
- Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
- Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
- Masa rehat selepas makan (baca novel/ majalah)
- Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar dan lain-lain)
- Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Tuesday, 28 September 2010
Pidato Saidina Ali
Berikut adalah merupakan petikan pidato Saidina Ali bin Abu Talib selepas dilantik sebagai khalifah;
"....Bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidah dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain...Patuhilah perintah Allah dan janganlah sekali-kali derhaka dan ingkar kepada-Nya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah, dan apabila kamu melihat kejahatan, maka tinggalkanlah."
Sumber: al-Tabari, Jil. 2:701

Thursday, 29 July 2010
PUI Kembali Lagi...
Mulai tarikh 19 Julai, Program Ulangkaji Intensif (PUI) kembali lagi ke bumi SMIAAG sebagaimana lazim tahun-tahun sebelumnya. Saban tahun, pelbagai agenda dirancang bagi mencapai tahap akademik terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM, tidak terkecuali subjek Sejarah.
Dengan silibus kebanyakan subjek telah berjaya ditamatkan, maka proses ulangkaji menjadi sesuatu yang agak agresif dalam gerak kerjanya.
Sesi pembentangan tajuk, latih tubi menjawab latihan topikal dan modul, perbincangan dalam kumpulan, bengkel menjawab, menjawab soalan pra/ pasca percubaan, sesi kaunseling dan klinik adalah sebahagian agenda penting yang mewarnai proses PUI pada setiap tahun.
Buat anak-anak didikku di Al-Amin, banyakkanlah bersabar menempuh badai 'ganas' PUI dengan tenang dan keyakinan yang tinggi kepada Allah Swt, kerana di akhirnya nanti bibit-bibit kejayaan menanti, demi sebuah kemenangan yang penuh gilang-gemilang. InsyaAllah.
Eksplorasi Sejarah Spm 2010
Pada hari khamis lalu bersamaan 22 Julai 2010, satu kumpulan terpilih 12 orang pelajar SMI Al-Amin telah mengikuti satu program bengkel menjawab Sejarah SPM anjuran Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Maktab Tentera diRaja (MTD).Program yang lebih dikenali dengan Eksplorasi Sejarah SPM 2010 dikendalikan oleh dua orang pembentang yang cukup berpengalaman iaitu Guru Cemerlang (GC) Puan Masariah Mispari dan Cikgu Mahendran. Program diadakan sepenuhnya di Dewan Pendekar, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bersebelahan dengan MTD.
Program yang berlangsung mulai jam 9.00 pagi sehingga jam 2.30 ptg itu sarat dengan pelbagai input berguna seperti analisis soalan, gaya belajar sejarah dan membuat nota efektif. Kaedah fasilitator 1+1 yang digunapakai dilihat banyak membantu dengan konsep 'teach other' menjadi landasan dominan membantu penguasaan pelajar dalam topik-topik penting.
Adalah diharap program ini dapat membantu mengukuhkan penguasaan Sejarah para palajar di samping meningkatkan pencapaian gred 'A' Sejarah Spm SMIAAG pada tahun ini. InsyaAllah.
Sunday, 25 July 2010
Cipta Sejarah: Komputer Riba Termurah di Dunia
India berjaya menghasilkan komputer riba dengan teknologi skrin sentuh yang bakal dijual pada harga sekitar AS$35 (RM111) seunit.Komputer riba itu dihasilkan melalui kerjasama Institut Teknologi India dan Institut Sains India untuk kegunaan mahasiswa bermula tahun hadapan, sebelum dijual kepada golongan murid dan pelajar.
Jurucakap Kementerian Pelajaran, Mamta Verma berkata, kerajaan juga bercadang memasang kemudahan jalur lebar di kesemua 22,000 kolej seluruh negara untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa dunia pendidikan.
Antara aplikasi yang tersedia dalam komputer riba edisi khas ini adalah pelayar Internet dan kemudahan sidang video. Kos menghasilkan komputer riba berkenaan akan disubsidikan kerajaan supaya mampu dibeli pelajar dan mahasiswa.
"Usaha juga sedang diambil untuk mengurangkan kos pembuatan dengan cara menggunakan teknologi tempatan supaya komputer riba ini boleh dijual pada harga serendah AS$10 (RM32)," kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia, Kapil Sibal semasa melancarkan komputer riba berkenaan di New Delhi pada 22 Julai lalu.
Sunday, 25 April 2010
Resepi Kejayaan
"Saya tidak sesekali menghafal untuk lulus periksa tetapi mentelaah dan memahami pelajaran yang diajar oleh guru secara konsisten""Saya tiada resepi rahsia. Untuk berjaya tidak wajib bangun awal pagi atau kerap tidur lewat malam untuk belajar. Yang paling penting kita memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar,".
Gladys Tan Yee Kim, Pelajar Cemerlang SPM 2009 dengan memperolehi 10 A+
Friday, 16 April 2010
Musim Temuduga
Salam Sejarah buat semua pengunjung setia Sejarah2u yang dihormati.Dalam beberapa minggu ni dan sejak bulan lepas lagi, bolehlah dikatakan ia merupakan tempoh untuk bermulanya 'musim temuduga'.
Ini penulis maksudkan dengan permohonan untuk mendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian, tak kurang juga temuduga untuk kemasukan ke menara gading samada IPTA, IPTS mahupun permohonan untuk menyambung pelajaran hatta ke universiti luar negara.
Bagi calon-calon yang telah selamat ditemuduga, sudah pasti kelegaan jelas terpancar dengan harapan apa yang diimpikan kelak dimakbulkan demi memenuhi sebuah impian menggunung.
Bagi yang belum atau sedang menanti panggilan temuduga, bersedialah untuk memberikan hanya yang terbaik dengan adab dan etika temuduga yang baik, di samping menambah pengetahuan semasa sedia ada bagi memberi nilai tambah semasa berlangsungnya sesi temuduga nanti.
Akhir bicara, Sejarah2u mendoakan kejayaan buat semua yang telah dan bakal menghadiri sesi temuduga. Moga berjaya menjawab semua soalan yang ditanya dengan rasional dan bernas dan selamat maju jaya hendaknya.
Thursday, 18 March 2010
Fikrah
" Pemimpin dengan orang bawahan (rakyat) ini umpama tayar kereta dengan skrunya. Tayar harganya mahal, RM300 atau RM400, tetapi skru dalam RM2 sahaja. Tetapi jika skru itu longgar, tidak ikat tayar dengan kuat, tayar boleh tercabut juga walaupun tayar mahal. "Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - Menteri Besar Kedah
Thursday, 20 August 2009
Agama Itu adalah Nasihat

Hadith : Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda: “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?”
Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.” (Bukhari & Muslim)
Huraian:
1. Dalam usaha membina individu dan mendidik masyarakat, Islam amat mementingkan ketinggian akhlak seperti benar dalam percakapan dan tindakan, penuh rasa tanggungjawab (amanah), menepati janji, toleransi, pemaaf, penyantun dan sebagainya.
2. Seorang pendakwah itu hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah melalui perangai atau akhlak yang baik (qudwah hasanah) merupakan media yang paling efektif kepada masyarakat yang akan menjadikannya sebagai contoh (ikon) untuk diikuti.
3. Sesungguhnya orang yang pernah menyuruh orang lain berbuat baik sementara dirinya sendiri melanggarnya adalah orang yang bakal menempuh siksaan yang amat berat di hari akhirat kelak. Keadaanya samalah seperti ‘ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus ‘. Oleh itu hiasilah diri dengan akhlak yang terpuji, penampilan yang baik, etika pergaulan yang bersopan dan sifat-sifat mulia yang lain supaya tidak tergolong di kalangan orang-orang yang ‘cakap tak serupa bikin’.
Saturday, 9 May 2009
Pendidikan Asas Kecemerlangan Tamadun
Dalam tradisi Islam, pendidikan adalah satu profesional yang tinggi nilainya. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, 'Ihya Ulumuddin telah mengungkapkan sesuatu yang berkaitan dengan pendidikan. Katanya:" Seseorang yang berilmu dan kemudian bekerja dengan ilmunya itu ibarat minyak kasturi yang baunya dinikmati orang lain dan ia sendiri pun harum. Sesiapa yang bekerja di bidang pendidikan, maka sesungguhnya ia telah memilih pekerjaan yang terhormat dan yang sangat penting, maka ia hendaklah memelihara adab dan sopan santun dalam tugasnya."
Pendidikan itu dianggap penting kerana ia mempengaruhi pembentukan generasi sesuatu masyarakat dan kecemerlangan sesuatu tamadun dan peradaban. Sebab itu peribahasa Cina ada menyatakan, yang bermaksud:
" Jikalau kamu merancang untuk satu tahun, tanamlah gandum. Jikalau kamu merancang untuk sepuluh tahun, tanamlah pokok. Jikalau kamu merancang untuk seribu tahun atau lebih lama dari itu, maka 'tanamlah' manusia."
Subscribe to:
Posts (Atom)