Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday, 11 October 2010

Konvoi Asia ke Gaza

NEW DELHI - Hampir 500 aktivis kemanusiaan dari 17 negara Asia sudah bersedia untuk menyertai konvoi melalui jalan darat dan laut bagi menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Konvoi itu dijadualkan bertolak dari New Delhi, India pada 2 Disember nanti dan dijangka tiba di Gaza pada 27 Disember.

Dari India, konvoi akan bergerak melalui Pakistan, Iran, Turki, Syria, Lubnan dan Jordan.

Apabila tiba di Syria, kesemua aktivis berserta trak, bas sekolah dan bantuan kemanusiaan yang dibawa akan meneruskan perjalanan menggunakan jalan laut menuju ke Gaza.

Antara negara Asia yang menghantar wakil menyertai konvoi kemanusiaan terbaru ini adalah Malaysia, India, Pakistan, Indonesia, Jepun, Afghanistan, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Iran, Iraq, Turki, Syria, Mesir, Jordan dan Lubnan.

Para aktivis dijadualkan menyertai perhimpunan khas di semua negara yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Gaza.

Sumber: Sinar Harian, 12/10/ 2010

Saturday, 9 October 2010

Format Baru PMR Dan UPSR Mulai 2016

SYDNEY: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akanmempunyai bentuk dan format yang agak berbeza.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

"Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016.

"Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini...tapi kohort yang baru masuk mungkin pada 2011, maka ujian yang pertama ialah pada 2016," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, Sabtu.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian.

"Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umum bersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah.

"Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai," katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu.

"Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad," katanya.
Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.


Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah.

Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya.

Sumber: BERNAMA, 9hb Oktober 2010

Wednesday, 6 October 2010

History of Commonwealth Games

While the whole world is getting ready for the 2010 Commonwealth Games which will be held at Delhi, it is important to know about the history of the fascinating sporting event. This multinational sport event has a long history.

Considered as the second biggest sports event in the world after Olympics, the history of Commonwealth Games dates back to 1930s when the event was held for the first time. However, the concept of conducting a sports event like this trails back to1891.

It was Reverend Astley Cooper, who for the first time proposed for a common platform of sports for the members belonging to the British Empire. The underlying aim behind organizing for a sporting event like this was to increase better understanding and goodwill of the British Empire. The idea for organizing Commonwealth Games took shape during the Olympic Games of 1928. The first Commonwealth Games were held in Canada in Hamilton in the year 1930. The name of the event during that time was British Empire Games.

The first British Empire Games or Commonwealth Games were attended by 400 athletes coming from 11 nations. The name was changed to British Empire and Commonwealth Games in the year 1954. The year 1978 is witness to the final change in name from "British Empire and Commonwealth Games" to its present day name "Commonwealth Games." This world famous sporting event is held every four years and mainly involves the participation of the most talented athletes of the Commonwealth.

Presently there are 53 Commonwealth of Nations members. Out of the 71 teams, which individually participate in this event, only six teams have participated in all the Commonwealth Games that include nations like England, Australia, Scotland, New Zealand, England and Wales.

Commonwealth Games is often known as 'Friendly Games'. Some of the sports included in this grand sporting event include swimming, water polo, aquatics, diving, athletics, basketball, table tennis, shooting, weightlifting, fencing, boxing, rugby sevens, hockey, cycling, netball, squash, triathlon, badminton, synchronized swimming, bowls and gymnastics.

While Australia has scored the maximum number of times in the Commonwealth Games for ten games, England is the second highest scoring team for seven games; this country is followed by Canada for one.

Tuesday, 28 September 2010

Perkembangan Enjin Berkuasa Wap dalam Pengangkutan

Lokomotif ciptaan George Stephenson, the Rocket

Awal tahun 1800-an : Enjin berkuasa wap digunakan untuk memacu bot di air

Tahun 1820-an : Enjin berkuasa wap mula digunakan untuk memacu kenderaan di darat

Tahun 1829 : Lokomotif rekaan George Stephenson dengan jayanya dipacu menggunakan enjin berkuasa wap. Lokomotif tersebut, Rocket, bergerak selaju 16 batu sejam di atas rel yang baru dibina di antara Liverpool dan Manchester.

Tahun 1840-an : Menjelang dekad ini era pembinaan kereta api dan rel telah bermula di Eropah dan Amerika Syarikat.

Tahun 1879 : Kereta api pertama beroperasi di Tanah Melayu di antara Port Weld dan Taiping.

Pidato Saidina Ali

Berikut adalah merupakan petikan pidato Saidina Ali bin Abu Talib selepas dilantik sebagai khalifah;

"....Bekerjalah dengan jujur demi perpaduan umat Islam. Orang Islam yang sebenar ialah orang yang selalu menjaga lidah dan tangannya daripada mencaci dan mengambil hak orang lain...Patuhilah perintah Allah dan janganlah sekali-kali derhaka dan ingkar kepada-Nya. Apabila kamu melihat kebaikan maka kerjakanlah, dan apabila kamu melihat kejahatan, maka tinggalkanlah."

Sumber: al-Tabari, Jil. 2:701

Wednesday, 22 September 2010

Salam Kecemerlangan

Sejarah2u mengucapkan salam kecemerlangan kepada adik-adik yang sedang menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah bermula pada 21 September lepas. Semoga kalian beroleh ketenangan dan berkeyakinan tinggi menjawab semua soalan hingga ke akhirnya.

Buat semua calon SPM Sek Men Islam Al-Amin yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2010 sehingga 1 Oktober depan, didoakan berjaya dengan harapan menggunung kejayaan. Gapailah kecemerlangan dengan usaha gigih tanpa mengenal erti penat dan jemu. Nescaya kejayaan pasti berada dalam genggaman anda. InsyaAllah

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u" =)

Di Balik Tirai Besi Bilik Kebal Jabatan Muzium

Pembantu muzium di repositori sedang memeriksa keadaan artifak. - Foto THE STAR

PERANAN
dan fungsi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang paling utama ialah memulihara bahan-bahan sejarah dan artifak negara.

Ia bagi memastikan kelangsungan kesemua bahan-bahan berkenaan supaya dapat disaksikan atau dikaji bagi mengenal pasti susur galur sosiobudaya tanah air sejak zaman-berzaman.

Kawasan yang paling bernilai di JMM ialah bilik kebal yang menempatkan pelbagai khazanah dan artifak tidak ternilai.

Wartawan Mingguan mStar baru-baru ini secara eksklusif dibawa masuk meninjau di balik tirai besi yang berkeluasan kira-kira tiga gelanggang badminton.

Di balik tirai besi bilik kebal Jabatan Muzium

Fizikalnya saling tak tumpah seperti pintu bilik besi yang biasanya terdapat di bank-bank untuk menyimpan wang tunai, dokumen penting berkaitan aset dan jongkong emas, tetapi pintu besi ini dikenali sebagai Bilik Kebal di repositori milik Jabatan Muzium.

Tiada anggota polis lengkap bersenjata mengawal 24 jam, namun Jabatan Muzium tidak berkompromi terhadap perlindungan dan keselamatan artifak.

Untuk memasukinya, perlu melalui tiga pintu iaitu pintu utama repositori, pintu ke bilik kebal dan pintu besi sekaligus membuktikan keselamatannya adalah pada tahap maksimum.

Kebiasaannya pintu besi memerlukan kod rahsia untuk membukanya merupakan pintu terakhir ke bilik kebal tetapi andaian penulis ternyata silap.

Ini kerana terdapat satu lagi pintu di sebaliknya dengan jeriji besi tidak ubah seperti lokap.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang ‘meneropong’ di pintu masuk utama repositori dengan setiap urusan keluar masuk memerlukan mereka yang mempunyai urusan diwajibkan mendaftar sebanyak dua kali.

Apa ada dengan bilik kebal ini sehingga kawalannya diselia rapi sebegitu rupa.

Ia adalah elemen paling utama di Bahagian Repositori dikendalikan oleh penolong kurator kanan, penolong kurator dan pembantu muzium yang bertangungjawab menyelia dan memantau operasi.

Jabatan Muzium mempunyai tiga repositori iaitu dua di jabatan dan satu di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Saiz repositori di Bandar Baru Bangi itu bersaiz gudang menghimpunkan banyak koleksi, kebanyakannya bersaiz besar serta keperluan minimum.

Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak.

Setiap koleksi yang disimpan dalam bilik kebal ini amat bernilai mencecah jutaan ringgit.

Sebaik sahaja melangkah masuk, kelihatan deretan rak menghimpunkan pelbagai jenis tembikar yang kebanyakannya bersaiz besar.

Ia tidak ubah seperti tembikar perhiasan biasa, namun faktor ia disimpan di sini bukan dipengaruhi nilai wang ringgit tetapi kerana ia sukar didapati lagi pada masa ini.

Difahamkan, bilik kebal tersebut bertujuan menyimpan semua koleksi muzium bernilai tinggi, unik, sukar didapati dan sensitif.

Ini termasuk artifak yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga.

Simpan rapi

Bilik kebal itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti tembikar, senjata, barangan kemas, pingat kebesaran, matawang dan meriam lama.

Bagaimanapun, jurugambar tidak dibenarkan mengambil gambar barangan kemas itu secara dekat atas faktor keselamatan.

Antara artifak yang terdapat di bilik itu, ialah Keris Besar Madura bersaiz panjang dipercayai digunakan dalam majlis isitiadat kebesaran diraja.

Dikatakan, matanya terdapat motif naga yang dipercayai oleh masyarakat Melayu mempunyai kuasa luar biasa sehingga mampu melumpuhkan pihak lawan.

Antara lain, acuan mata wang yang diperbuat daripada tembaga merah mempunyai reka bentuk tujuh bulatan seperti bunga.

Ia didapati di Kelantan semasa membongkar Istana Sultan Ahmad I yang ditemui tertanam sedalam kira-kira satu meter.

Terdapat juga baju perisai berusia kira-kira 200 tahun sebagai benteng pertahanan daripada tikaman dan tetakan senjata musuh dalam peperangan.

Sebenarnya banyak koleksi yang disimpan di sini dengan label pendaftaran seperti bekas menghidu minyak wangi berantai berusia lebih 200 tahun.

Ini termasuk kotak tembakau atau dikenali celepa yang diperbuat daripada emas berusia kira-kira 200 tahun dipercayai milik sebuah keluarga bangsawan Melayu.

Sumber: mStar Online