Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday, 24 October 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

[1] Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan di bawah.

Untuk bacaan lanjut, sila klik di sini...

Teknik Rantaian

- Fakta-fakta sejarah (buat kata kunci)
- kata kunci dirantaikan menjadi sebuah cerita.
- cerita biarlah yang melucukan / tidak logik/ keterlaluan – akan mudah ingat
- kita berusaha membayangkannya (imaginasi) – mesti nampak

Contoh:
Zaman Paleolitik [Ting. 1]
Kata kunci:
pindah-randah, batu, berburu, hasil hutan, ikan, Bukit Jawa, Gua Niah, Tingkayu

Cerita:
Pada suatu hari Abu ni duduk di Kuala Besut, tapi kena pindah sebab keluarga dia suka berpindah randah, setiap kali berpindah Abu suka kutip anak batu. Ayah Abu pula suka benar pergi berburu, emak dia pula kutip hasil hutan, masa tengah kutip hasil hutan, tiba-tiba emak si Abu terjumpa ikan atas bukit, masa si emak nak gi ambik ikan tu, terjumpa pula asam jawa atas bukit .Tepi bukit tu pula ada gua, emak diapun masuk dalam gua lalu terjumpa dengan budak nama ANiah dalam gua dok bertapa. Niah tu petik jari lalu berbunyi ‘ting’ maka terbukalah pintu kayu tepi gua tu.’tingkayu’…..

Sumber: Cikgu Anna, SMK Permaisuri Nur Zahirah

Kertas Sejarah Peperiksaan Percubaan SPM Negeri 2011

Kertas 1 Percubaan SPM 2011 SBP
Kertas 2 Percubaan SPM 2011 SBP
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Terengganu
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Terengganu
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Kedah
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Kedah
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, N Sembilan
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, N Sembilan
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Pahang
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Pahang
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Perlis
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Perlis
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Johor
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Johor
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Kelantan
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Kelantan
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, P.Pinang
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, P.Pinang
Kertas 1, Percubaan SPM 2011, Perak
Kertas 2, Percubaan SPM 2011, Perak

Wednesday, 3 August 2011

PUI Kembali Lagi

Salam mahabbah fillah selembut bayu buat semua pengunjung setia Sejarah2u yang dikasihi..

Tahun demi tahun berlalu, dan kelas Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) tetap setia menjengah demi usaha berterusan dan gerak kerja lebih padu dalam mempersiapkan para calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM yang bakal kunjung tiba.

Bagi para murid, semakin sibuk dengan bebanan tugasan yang semakin bertambah dan lebih serius lagi untuk ditelaah..bagi para guru yang terlibat, sentiasa merancang strategi terbaik bagi digunapakai demi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kecemerlangan anak-anak didik masing-masing.

Bengkel, pembentangan, nota, latih tubi soalan adalah resam tradisi menjelang PUI setiap tahun..semuanya bersedia untuk dua kemungkinan yang pasti..menghadapi peperiksaan percubaan (trial) dan peperiksaan SPM sebagai kemuncaknya..sebagai kayu ukur menilai segala persediaan yang telah dibuat selama hampir tiga bulan lamanya.

Diri ini mendoakan agar diberi kekuatan serta ketabahan menempuh segala halangan berliku di samping mengharapkan kekuatan luar biasa, motivasi dalaman anak-anak didik..yang pastinya bertunjang dan bersandarkan hanya kepada-NYA..

Dan terus sabar menanti hari-hari terakhir PUI sehinggalah hari dan saat penamatnya peperiksaan-peperiksaan itu yang acapkali menghadirkan debaran, dititip doa-doa penguat semangat yang akhirnya dizahirkan pada hari kita 'menuai hasil' dengan air muka ceria dan kelapangan hati yang terpapar jelas di wajah mereka yang berusaha demi sebuah kecemerlangan..hakikat dambaan, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat..Allahu A'lam.

Salam Perjuangan..

Tuesday, 28 June 2011

Tahukah Anda? - Sekinchan

SEKINCHAN! Pasti ramai tahu mengenai kawasan ini apabila mendengar namanya, namun jika ditanya maksud nama berkenaan, sudah tentu ramai tertanya-tanya.

Terletak di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, pasti ramai beranggapan nama berkenaan merujuk kepada perkataan Jawa berikutan rata-rata penduduk di sana berketurunan Jawa.
Namun, sebenarnya ramai tidak tahu bahawa perkataan Sekinchan sebenarnya tidak ada dalam mana-mana kamus bahasa di dunia.


Menurut Ketua Kampung, Selamat Buryani, 64, lucunya nama Sekinchan sebenarnya diambil daripada pelat Cina yang merujuk kepada perkataan ‘second chance’ yang bermaksud pilihan kedua.

Katanya, ini kerana kawasan berkenaan dibuka ketika zaman keganasan komunis dan kebanyakan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberi pengampunan dan pilihan kedua oleh British untuk keluar daripada parti komunis.

“Sebenarnya kawasan ini majoriti dulunya dihuni kaum Cina. Namun, ketika darurat di Tanah Melayu sekitar 1946 hingga 1960, lokasi ini menjadi satu laluan dan tumpuan mereka.

“Ini kerana banyak komunis yang datang, khususnya dari Perak, menjadikan lokasi ini sebagai kawasan untuk mendapatkan bekalan makanan daripada penduduk dan kerana itu juga, tempat ini memang turut menjadi antara kawasan hitam ketika itu,” katanya.

Berikutan itu, berlaku banyak peristiwa membabitkan keganasan komunis di mana ada penduduk turut dibunuh manakala wanita dilarikan.

Disebabkan kekerapan komunis menyerang kawasan itu, ramai penduduk dihasut untuk menyertai kumpulan berkenaan di mana ada antaranya bertindak sebagai ‘mata-mata’ komunis selain menghantar bekalan makanan kepada mereka.

Keadaan berkenaan menyebabkan British yang memerintah Tanah Melayu ketika itu mengambil keputusan membina kem pengasingan dan kem pemulihan bagi memantau keselamatan dan kegiatan penduduk.

“Tidak silap saya, di sini saja tiga kem pemulihan dan pengasingan dibina bagi menempatkan penduduk Cina.

“Langkah itu dibuat British setelah ramai penduduk pada waktu itu dikesan menjadi tali barut komunis kerana ada yang membekalkan makanan selain menjadi pengintip pengganas,” katanya.

Ternyata, usaha itu berjaya menyekat komunis daripada bermaharajalela di kawasan Kuala Selangor apabila sedikit demi sedikit mula mengundur ke utara tanah air.

Ini kerana, sepanjang mengikuti tempoh berkurung itu, penduduk hanya dibenarkan keluar pada waktu siang sama ada untuk membeli makanan atau bekerja.

Disebabkan barangan keperluan makanan dicatu, kumpulan komunis mula merasakan untuk mendapatkan bekalan hingga akhirnya mereka mengundur ke Perak,” katanya.

Menurut Selamat, sepanjang tempoh keganasan komunis hingga tamatnya darurat, kedatangan penduduk luar, khususnya kaum Cina, pasti menarik perhatian penduduk tempatan.

“Dulunya, jika ada orang tak dikenali datang ke kawasan sekitar Kuala Selangor, khususnya kaum Cina, penduduk pasti bertanya asal mereka. Bukan apa, ia untuk memastikan mereka bukan tali barut komunis yang mungkin ada niat jahat.

“Jika mereka sebut Sekinchan (second chance), kami tahu mereka adalah penduduk yang diletakkan dalam kem tahanan itu. Lama-lama, perkataan itu melekat di bibir penduduk hinggalah kawasan berkenaan kekal disebut Sekinchan hingga ke hari ini,” katanya.

Sebagaimana kawasan lain, Sekinchan juga tidak lari daripada arus pembangunan semasa. Jika dulu ia bagi menempatkan kem tahanan sementara, kini Sekinchan menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Sabak Bernam yang membabitkan lima perkampungan iaitu Kampung Pasir Panjang, Kampung Baru Sekinchan, Kampung Sungai Leman, Kampung Parit Empat dan Kampung Baru Sentosa

Sumber: Harian Metro

Cipta Sejarah: Lagarde, wanita pertama ketuai IMF

Menteri Kewangan Perancis Christine Lagarde, 55, dinamakan sebagai wanita pertama akan mengetuai Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Lagarde bersaing dengan wakil Mexico Agustin Carstens bagi mengisi jawatan itu, meskipun kenyataan IMF berkata kedua-dua mereka “sangat layak” bagi mengetuai badan antarabangsa ini.

Beliau menerima sokongan daripada Amerika Syarikat dan Eropah selain China, India dan Brazil.

Kerusi itu kosong ekoran keputusan Dominique Strauss-Kahn, yang berhadapan dengan kes serangan seksual, meletakkan jawatan.

“Keputusan sudah ada, saya rasa ini satu penghormatan dan terharu dengan kepercayaan yang diletakkan oleh lembaga bagi saya memegang jawatan MD IMF,” kata Lagarde (gambar) menerusi akaun Twitternya yang dipetik oleh laporan BBC.