Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Wednesday, 4 February 2009

Minda Sejarah: Kad Tema

Salam Sejarah buat semua pengunjung yang dikasihi lagi penulis hormati. Apa khabar kalian? Diharap agar kalian sihat-sihat sahaja dalam kerangka memartabatkan subjek sejarah sebagaimana satu ungkapan daripada sekian banyak ungkapan motivasi yang sangat penulis suka gunakan dalam pembelajaran dan pengajaran sejarah iaitu, "History: Prepare Students For the Future by Teaching About the Past!."

Pada kali ini penulis akan berkongsi tentang satu lagi tip paduan belajar sejarah iaitu dengan menggunakan kad tema. Untuk catatan, kaedah ini adalah pengalaman penulis sendiri semasa zaman persekolahan menengah dahulu dan lebih penting ia adalah sangat membantu pencapaian subjek sejarah penulis.

Bagaimana membuatnya?

Langkah pertama, dapatkan kad manila atau apa-apa sahaja yang boleh dipotong seperti separuh kad perniagaan atau lebih kecil mengikut kesesuaian anda.

Langkah kedua, tulis tema-tema penting topik-topik yang anda pelajari di dalam kelas atau yang anda telah baca. Untuk tujuan menulis tema ini, sila dapatkan pandangan dan nasihat guru tentang apa yang dimaksudkan tema atau konsep penting terlebih dahulu. Ingat! satu kad hanya ditulis satu tema sahaja.

Langkah ketiga, gunakan formula 5W+H untuk mengulangkaji setiap kad tema dalam koleksi anda. (Nota: '5W' merujuk kepada persoalan Who, When, Where, Why, What dan 'H' merujuk kepada How)

Contoh penggunaan kad tema: 'Perjanjian Pangkor'
Persoalan - Siapakah yang terlibat dalam perjanjian ini?
- Mengapakah diadakan perjanjian ini?
- Bilakah perjanjian ini diadakan?
- Di manakah perjanjian ini berlangsung?
- Apakah faktor-faktor kepada berlakunya? / Apakah isi-isi kandungan perjanjian?
- Bagaimanakah perjanjian ini mengukuhkan kuasa British di Perak dan negeri-negeri Melayu?

Bila anda boleh menggunakan kad tema?

Anda boleh menggunakannya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja samada sedang menunggu bas, menunggu giliran mengambil makanan, selepas solat, menunggu guru masuk ke kelas, ketika masa senggang mahupun ketika sedang berehat santai.

Dalam erti kata lain, penggunaan kad tema adalah sangat praktikal dan memanfaatkan ruang masa yang ada. Ingat! 'Masa adalah Kehidupan.'

Cadangan tambah nilai

Selain mengulangkaji bersendirian menggunakan kad tema yang anda hasilkan, untuk menjadikan ia lebih menarik ialah dengan anda berkongsi penggunaannya dalam kumpulan studi anda bersama kawan-kawan yang lain. Ini akan mengukuhkan lagi pemahaman di samping menguatkan ingatan anda untuk jangka panjang.

Selain subjek sejarah, kad tema juga praktikal untuk diimplementasikan dalam subjek-subjek lain khususnya yang melibatkan banyak aktiviti pembacaan.

Semoga perkongsian tidak seberapa ini dapat diambil manfaatnya. Sehingga bertemu lagi dalam Minda Sejarah yang akan datang untuk kaedah dan tip belajar sejarah secara lebih efektif. InsyaAllah.

"Ingat Sejarah....Ingat Sejarah2u :p"

Negara Warisan Dunia: Turkmenistan


1) Ibu negara - Ashgabat

2) Penduduk asal Turkmenistan dengan etnik Russia, Armenia dan Azerbaijan sebagai golongan minoriti.

3) Hanya berada 250 km dari Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.

4) Letaknya di antara padang pasir Kara Kum dan banjaran pergunungan Kopet Dag.

5) Sebelum 1991, bandar raya itu dieja Ashkhabad dalam bahasa Inggeris, perkataan yang diterjemah daripada bahasa Russia. Ia juga dieja Ashkhabat dan Ashgabad.

6) Nama itu dipercayai diambil daripada bahasa Parsi iaitu Ashk-abad yang bermakna `bandar raya Arsaces'.

7) Satu lagi versi mengatakan nama itu diambil daripada bahasa Arab iaitu perkataan 'eshg' yang bermakna cinta dan abad, bermakna `tempat yang bertamadun' atau bandar raya yang mana jika diterjemah menjadi 'bandar raya cinta'.

8) Negara ke-52 terbesar dunia, yang kecil sedikit berbanding Sepanyol tetapi lebih besar dari California.

Monday, 2 February 2009

Serikandi Bahasa Melayu

" Untuk mendidik pelajar-pelajar memahami bahasa Inggeris bukan dengan menukar subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Banyak lagi cara lain untuk menguasainya. Menukar bahasa dalam subjek Sains dan Matematik hanya akan menyusahkan pelajar-pelajar terutamanya di luar bandar " - Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim

Baca juga Serikandi Bahasa Melayu

Skor A Siri 3/09

Arahan: Jawab soalan-soalan struktur di bawah dengan jawapan yang munasabah. Selamat menjawab.

[1] a) Apakah matlamat pendidikan di Athens? (2 m)
b) Jelaskan matlamat pendidikan di Sparta. (2 m)
c) Nyatakan kemahiran yang diberi penakanan dalam sistem pendidikan Tamadun China pada peringkat tinggi. (1 m)
d) Jelaskan tiga falsafah yang terdapat dalam Tamadun India. (3 m)
e) Mengapakah masyarakat dalam tamadun China sangat menghargai pendidikan? (2 m)

[2] a) Apakah peranan Chandragupta Maurya dalam pembentukan empayar Maurya? (2 m)
b) Jelaskan usaha Asoka dalam mengukuhkan empayar Maurya. (3 m)
c) Apakah perjuangan Shih Huang Ti untuk membentuk empayar Dinasti Chin? (2 m)
d) Apakah peranan Alexander The Great kepada Tamadun Yunani. (2 m)
e) Berikan satu perubahan kesan perluasan kuasa. (1 m)

Jawapan anda boleh juga diemelkan kepada saya untuk disemak di isharsmiaa@gmail.com

" Sesungguhnya Allah Swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu sendiri yang akan mengubah nasib dirinya" - Al-Ayat

Saturday, 31 January 2009

Hari Wilayah Persekutuan 2009

Salam Sejarah2u buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah 2009 pada hari ini. Untuk catatan, Hari Wilayah tidak hanya disambut oleh warga Kuala Lumpur sahaja, tetapi turut juga melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan yang terbaru Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Bagi penduduk Kuala Lumpur, malam tadi boleh diibaratkan malam bercahaya kerana langit bandaraya dilimpahi sinaran bunga api yang pelbagai warna dan memukau sesiapa jua yang berkesempatan menikmatinya. Hari Wilayah disambut pada tarikh 1 Februari setiap tahun, di mana warga Wilayah Persekutuan dan mereka yang bekerja di Kuala Lumpur menikmati satu hari cuti untuk sama-sama meraikannya.

Tahukah anda bilakah bermulanya sambutan Hari Wilayah dan sejarah kewujudan Kuala Lumpur?

Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor. Ia telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1 Februari 1974. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mula membangun dengan begitu pesat sesuai dengan gelaran bandaraya yang diperolehinya pada tahun 1972.

Pembangunan Kuala Lumpur boleh dikatakan sebahagian daripada rentetan sejarah lampau Kuala Lumpur setelah ditemui oleh pelombong bijih timah berbangsa Bugis, Raja Abdullah. Hasil perut bumi yang ditemui di Sungai Gombak dan Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.

Migrasi pelombong Cina dan juga India sebagai pekerja ladang akhirnya mewujudkan tiga bangsa utama di negara ini. Kepelbagaian kaum yang wujud sejak generasi ke generasi ini menjadi kesinambungan citrawarna budaya yang unik lagi menarik hingga ke hari ini.

Aktiviti perlombongan ini menjadi titik tolak kepada perkembangan pembangunan ekonomi di Kuala Lumpur.Hasil daripada perkembangan ekonomi telah menukar wajah Kuala Lumpur daripada perkampungan tradisional dengan rumah beratap rumbia kepada bangunan moden dan pencakar langit seperti Bangunan Sultan Andul Samad dan Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Muzium Negara, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terbahagi kepada 11 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras dan Bandar Tun Razak.

Pautan lain yang bermanfaat:

Tahukah Anda? - Teluk Guantanamo

Pada tahun 1903, Cuba telah meminjamkan Guantanamo kepada Amerika Syarikat selepas pendudukan Amerika ke atas negara itu pada 1898 ketika berlakunya perang Sepanyol -Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, pemimpin Cuba yang sedang sakit, Fidel Castro menuntut supaya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengembalikan pangkalan tentera udara Amerika Syarikat di Guantanamo itu kepada Cuba tanpa sebarang syarat dan mendakwa pemimpin baru itu menyokong penghapusan kaum Palestin oleh Israel. (Nota: Obama berikrar untuk menutup Kem Guantanamo menjelang penghujung tahun 2009 ini)

Beliau yang sebelum ini memuji Obama sebagai jujur dan mulia menyerang pentadbiran presiden itu kerana Washington tidak akan menyerahkan Guantanamo jika ia mempunyai kegunaan tentera bagi Amerika Syarikat dan tanpa konsesi.

"Mempertahankan sebuah kem tentera di Cuba bertentangan dengan kehendak pelanggaran prinsip kemanusiaan undang-undang antarabangsa," tulis Castro dalam satu kolum yang dihantar ke halaman web kerajaan.

"Tidak menghormati kehendak Cuba adalah perbuatan angkuh dan melanggar kuasa terhadap sebuah negara kecil," kata Castro.

Castro mendakwa pangkalan berkenaan diambil secara haram.

Selain Castro, Presiden Venezuela, Hugo Chaves turut meminta Obama menyerahkan wilayah Guantanamo kepada Cuba demi menghormati hak kedaulatan dan hak rakyat Cuba.

Pada hari ini, ia adalah sebuah kawasan pengkalan tentera Amerika di mana tawanan-tawanan perang dipenjara dan diseksa oleh pihak berkuasa Amerika. kawasan ini terkenal kerana Amerika menempatkan tawanan perang Afghanistan yang dikatakan pejuang-pejuang Taliban dan Al-Qaeda di sana. Lebih ironinya ialah hampir semua tahanan terdiri dari orang-orang Islam yang kononnya dituduh melakukan serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001. Tuduhan yang tidak disertakan bukti yang jelas hingga sekarang.

Di sana, tawanan diseksa dan diberi layanan seperti haiwan. Antaranya dibogel, dirantai tangan dan kaki dan dibiarkan berjemur di bawah panas matahari ataupun cuaca musim sejuk di dalam kandang besi yang tidak berbumbung selama berhari-hari. Misai dan janggut dicukur dan mereka disuntik dengan ubat pelali serta mata ditutup seolah-olah mereka bukan lagi manusia tetapi binatang liar yang ditangkap di hutan dan dibawa keluar untuk diseksa dan dihapuskan.

Tawanan-tawanan ini kemungkinan dijatuhkan hukuman mati tanpa suatu perbicaraan pun. Ia tidak ubah seperti apa yang kita biasa lihat dalam filem-filem ganas ciptaan mereka sendiri kerana apa yang mereka paparkan adalah realiti yang wujud tetapi kita masih menganggap ia hanya semata-mata lakonan di dalam filem.

Negara Amerika Syarikat ini juga dengan jelas telah melanggar Konvensyen Geneva di mana 'tawanan perang' berhak dan wajar diberi layanan penuh perikemanusiaan serta hak perbicaraan yang adil dan saksama.

Friday, 30 January 2009

"Kamu Bunuh Mereka"

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: “Kamu bunuh mereka.”

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: “Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu (Peres) bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.”

“Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.”

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.

Nota: Umat Islam hari ini sedang menantikan Salahuddin Al-Ayyubi ke-2 yang diharap bakal membebaskan bumi suci Baitulmaqdis dan Palestin. Jika Salahuddin yang berbangsa kurdish di Utara Iraq dan bersempadan dengan Turki, maka tidak menghairankan konotasi protes Erdogan, Perdana Menteri Turki dan cabarannya kepada pemimpin dunia banyak diinspirasikan oleh ruh jihad Salahuddin al-Ayyubi, pahlawan Islam era Perang Salib. Selain itu, sejarah pernah merakamkan bahawa empayar Turki Uthmaniyyah pernah berdiri megah sebagai sebuah Khilafah Islamiyyah yang menaungi dan mempertahankan negara-negara Islam pada zaman kegemilangannya.

Baca juga:

1) Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos
2) PM Turki tinggalkan sidang Davos setelah kecam Israel
3) Erdogan pulang disanjung
4) Erdogan Gets Hero's Welcome Over Gaza
5) Erdogan hailed after Davos walkout
6) Erdogan wants Obama to redefine terrorism in Mideast
7) Hamas puji keberanian Erdogan