Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday, 5 November 2010

Kuasa Pencipta: Letusan Merapi

SLEMAN: Merapi mencatatkan letusan paling kuat awal pagi semalam, dengan semburan gas panas setinggi 8,000 meter ke udara, selain menghasilkan hujan abu volkanik, hujan pasir serta kerikil sehingga ke Yogyakarta, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari gunung berapi itu.

Gas panas yang disembur lebih jauh dari yang dijangkakan itu menyebabkan rumah di pinggir zon bahaya terbakar, lalu mencetuskan pemindahan lebih ramai penduduk dan menyaksikan jumlah kematian meningkat melebihi 100 orang sejak gunung berapi itu mula meletus 26 Oktober lalu.

Kejadian itu semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 78 maut, menjadikan jumlah kematian 122 orang.

Kepulan debu kelihatan sekurang-kurangnya 4 kilometer dari atas kawah Gunung Merapi ketika pihak berkuasa memindahkan perkampungan dalam sekitar lingkungan 20 km dari gunung berapi terbabit, kata pakar gunung berapi tempatan, Surono.

Sumber: Reuters/BERNAMA, Jumaat, 05 November 2010

Thursday, 4 November 2010

Keputusan UPSR 2010

PUTRAJAYA, 4 Nov — Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan pada 11 Nov ini, menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran hari ini.

Kenyataan itu menyebut calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari berkenaan.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan adalah seramai 486,321 orang manakala bakinya sebanyak 8,172 orang adalah calon sekolah swasta. — Bernama