Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday, 28 February 2009

Skor A Siri 5/09

Arahan: Takrifkan tema-tema/konsep-konsep di bawah:

1) Dekolonisasi:
2) Kerakyatan Terbuka:
3) Status quo:
4) Jus Soli:
5) Negeri Naungan:
6) Raja Berperlembagaan:
7) Rakyat Raja:
8) Rakyat British:
9) Feudal:
10) Min Yuen:
11) Perintah Berkurung:
12) Konferensi Nasional:
13) Konvensi Nasional:
14) Sekolah Vernakular:
15) Manifesto:

Sejarah Pembesaran Masjidil Haram

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi. Pernahkah anda mengunjungi kota suci Islam, Makkah al-Mukarramah?

Ketika artikel ini ditulis, Masjidil Haram sedang melalui transformasi baru dalam usaha membesarkan ruang dan saiznya dengan kemudahan yang lebih selesa dan terkini.

Pembesaran ini mengambil kira bahawa dalam lima tahun akan datang Masjidil Haram dijangka bakal dikunjungi antara lapan hingga 10 juta jemaah haji.

Sewaktu Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam.

Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya.

Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah.

Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam (courtyard) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah.

Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang.

Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah.

Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.

Kaum Quraisy yang merupakan ketua puak Arab direkodkan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pembesaran pertama sekeliling Kaabah iaitu pada 604. Diikuti sekurang-kurangnya 10 fasa pembesaran Masjidil Haram.

Yang pertama padan zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini telah menetapkan sempadan dan yang terakhir dilakukan semasa pemerintahan Al-Malik Fahd, kerajaan monarki Arab Saudi yang kelima.

Walau bagaimanapun, sehingga pembesaran pertama pada 1955 di bawah Raja Abdulaziz Al-Saud, masjid itu hanyalah sekadar ruang terbuka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan beratap yang bersebelahan, sekali gus menandakan sempadan.

Khalifah ketiga, Othman bin Affan merancang semula terutamanya untuk ruang tawaf dengan merobohkan khemah-khemah yang kurang penting.

Pada 1988, sekali lagi Masjidil Haram melalui pembesaran secara besar-besaran pada masa pemerintahan Al-Malik Fahd. Selepas perluasan itu, keluasan Masjidil Haram menjadi 117,480 meter persegi iaitu 16,745 peratus lebih besar saiznya pada zaman Baginda Rasulullah SAW.

Penambahan kawasan lantai yang lebih teguh serta pertama kalinya diperkenalkan pengunaan penghawa dingin merupakan pembesaran kali kedua Masjidil Haram.

Pembesaran kali kedua ini juga melibatkan kawasan berbumbung yang terbuka untuk tujuan solat dan tawaf serta pelebaran perkarangan di pintu gerbang Bab Al-Malik dan Bab al-Salam.

Hamparan jernih batu marmar yang berkilat di laluan perkarangan pintu masuk turut memberi keselesaan kepada tetamu Allah terutamanya sewaktu mendirikan solat di sebelah malam.

Namun yang paling penting ialah penambahan penyediaan kemudahan tandas dan tempat berwuduk yang dibina di bahagian bawah tanah, telah berjaya menjadikan urusan jemaah haji lebih selesa dan dapat memberi tumpuan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT.

Friday, 27 February 2009

Contohi kegemilangan Islam Andalusia

PEMBINAAN negara maju hendaklah berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunah serta nilai-nilai asas universal yang baik yang tidak bertentang dengan kedua-duanya agar sesuai dengan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur (negara yang baik dan mendapat berkah dari Allah).

Demikianlah salah satu daripada resolusi 'Seminar Baldatun Tayyibah: Model Andalusia' anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Selangor di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid Negeri itu diisi dengan pembentangan lima kertas kerja ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir.

Menurut Pengarah seminar, Rumaizi Ahmad, seminar tersebut cuba mengupas tentang tamadun Islam Andalusia dan kaitannya dengan pembinaan sebuah negara maju zaman moden berdasarkan konsep baldatun tayyibah wa rabbun ghafur sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran dalam Surah Saba' ayat 15.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PUM Cawangan Selangor berkata, banyak teladan yang boleh dipelajari daripada sejarah kegemilangan tamadun Islam di Andalusia yang kini merupakan negara Sepanyol dan Portugal.

Justeru adalah sangat tepat pada masanya bagi sebuah negeri seperti Selangor ini untuk mencontohi dan meneladani Andalusia.

Kata Rumaizi, walaupun zaman yang dirujuk telah berlalu berabad lamanya namun Andalusia tetap relevan.

Ini kerana sehingga kini tidak ada negara baik di Barat mahupun Timur, waima negara Islam sendiri yang mampu mencapai seperti apa yang dicapai oleh empayar Islam Andalusia itu.

"Perkara ini tidak mustahil untuk dilakukan berikutan kedudukan demografi politik dan pola penduduknya mempunyai persamaan dengan realiti Selangor dan negara kita amnya yang multi-etnik dengan pelbagai kepercayaan agama."

"Kita boleh mempelajari bagaimana masyarakat yang pluralistik (terutama antara Islam, Kristian dan Yahudi) di Andalusia boleh hidup secara harmoni dan saling bekerjasama membangunkan sebuah tamadun yang amat memberikan sumbangan besar kepada era renaissance di Eropah kemudian hari di bawah pemerintahan yang berteraskan Islam," katanya.

Pembentangan kertas kerja dimulakan dengan tajuk 'Selangor Maju: Mengapa Andalusia?' oleh Pengerusi PUM Cawangan Selangor, Zamri Shafik.
Ia diikuti kertas kerja oleh Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor, 'Sejarah Perkembangan dan Kejatuhan Pemerintahan Islam di Andalusia: Teladan dan Sempadan', 'Faktor-faktor Kejayaan Andalusia' oleh Felo Penyelidik, di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM, Dr. Khalif Muaamar, 'Perkembangan Fiqh dan Usul di Andalusia' oleh Pensyarah di Pusat Pengajian Umum, UKM, Hasnan Kasan dan 'Peranan dan Kewarganegaraan Bukan Islam di Bawah Kerajaan Islam Andalusia' oleh pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Berahim.

Sebanyak tujuh resolusi dihasilkan dalam seminar ini. Antaranya: "Dalam ruang lingkup keadilan dan kedaulatan undang-undang serta perlembagaan; menyuburkan dan meluaskan dialog dan perbincangan antara kaum dan agama demi memupuk toleransi bermasyarakat atas asas kesefahaman, keharmonian dan saling hormat-menghormati.

"Di samping menegakkan keadilan dan kedaulatan undang-undang; mengukuhkan institusi ilmu, menyebarluaskan ilmu pengetahuan dan dakwah Islamiah serta mengangkat martabat ilmuwan khususnya ulama dan cendekiawan di semua peringkat; dan membentuk kebudayaan dan kesenian masyarakat yang menjurus kepada mendidik jiwa dan membentuk keperibadian".

Seminar tersebut menghimpunkan para ulama, cendekiawan Muslim, aktivis pertubuhan bukan kerajaan dan beberapa pemimpin politik termasuk dari luar Selangor.

Resolusi seminar itu nanti bakal diserahkan kepada Menteri Besar Selangor untuk dijadikan panduan asas membangunkan negeri sesuai dengan status Selangor Negeri Maju.

Namun apa yang penting, pihak penganjur diharapkan dapat membuku kertas-kertas kerja yang dibentangkan sepanjang seminar ini.

Ini kerana pada faktanya Andalusia, sebuah empayar yang dirakam betul dan tepat apabila pemimpinnya yang bijaksana mampu menjadikan Kota Kordoba (Cordova) memiliki hampir 600 masjid, 900 tempat mandi umum, 50 hospital dan pelbagai lagi perkembangan tamadun yang berada di puncak gemilang.

Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin tersebut mesti dicontohi oleh para pemimpin yang ada hari ini agar kepimpinan mereka itu tidak dipersoalkan di akhirat kelak.

Andalusia, bukan menjanjikan fenomena untuk umat Islam berkhayal dan mimpi, pada mereka ada sejarah yang meminta umat sekarang mencontohi mereka. Begitu juga kegemilangan Madinah, Bani Umaiyah, Bani Abbasiah hatta kegemilangan Islam di Melaka dan di Aceh.

Jika semua sejarah ini diambil pengajaran, wajarkah umat Islam berwajah yang rata-ratanya memilukan? Ini jika kita menyebut mengenai pelarian Islam Rohingya sehinggalah yang paling lama menunggu kedamaian, Palestin!

Sumber: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor

Tuesday, 24 February 2009

Perjuangan Belum Selesai

"Bangsa yang besar jiwanya adalah bangsa yang tahu menghargai jasa pahlawannya, baik mereka yang berjuang dengan senjata untuk mempertahankan negara dengan mengorbankan jiwa raga, atau mereka yang berjuang dengan kepintaran siasah dan akal fikiran untuk mencapai kemerdekaan dan mengembalikan maruah bangsanya."

"Jika kita ingin sejarah penaklukan oleh kuasa asing tidak berulang hendaklah kita sedar bahawa kemerdekaan dan kebebasan kita boleh dihapuskan dalam masa yang singkat. Setelah hilang kemerdekaan kita tidak mudah untuk mengembalikannya."

Tun Dr Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia

Sunday, 22 February 2009

Bicara Hati Seorang 'Bapak'

" Pemimpin yang sudah beredar hati nurani bangsanya, saya namakan sebagai pemimpin bertelinga satu dan berlidah dua. Tidak begitu mendengar dan tidak begitu jujur untuk menyatakan kebenaran. Banyak pemimpin jenis begini yang saya lihat sekarang".

"Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki. Apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan, bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang menguncupkan bahasa ini."

"Saya tak mahu sampai menggunakan perkataan 'pengkhianat' tetapi saya lebih suka gunakan perkataan 'penguncup bahasa'. Mereka yang menentang secara sedar atau tidak sedar akan keupayaan bahasa ibundanya sendiri. Bagi saya mereka adalah 'penguncup bahasa'. Bahaya mereka ini kerana selepas jadi penguncup ia akan jadi 'penazak' bahasa. Selepas penazak mereka akan jadi 'pengubur' bahasa. Itu lebih bahaya."

"Saya bukan orang politik, saya cuma berjuang demi melestarikan bahasa ibunda saya. Dalam usia sebegini, saya tidak mungkin diperalatkan. Tetapi demi bahasa Melayu, maka saya akan pergi ke pihak yang mahu berjuang melestarikan bahasa saya. Kalau ada pihak yang tidak senang saya di pentas oposisi, maka mereka jangan semudahnya menguncup, menazak dan kemudian menguburkan bahasa ibunda saya."

"Kalau ada calon yang menentang bahasa ibundanya, kita harus tentang mereka dengan tidak undi mereka. Kenapa kita mesti pilih orang yang mahu menguncupkan bahasa ibundanya sendiri. Kita ada undi. Ajar mereka dengan undi kita."

A. Samad Said
Sasterawan Negara

Sumber: Fikrah, Bil 1417

Friday, 20 February 2009

Pejuang Bangsa: Rosli Dhobi

Panggilan-Mu yang Suci

Wahai pemuda harapan bangsa
Segeralah bangun membuatkan jasa
Kebangunanmu menyedarkan Melayu bangsa
Kehalusan kemajuan aman sentosa

Wahai pemuda bercita suci
Kekalkan Sarawak negara kita yang asli
Meskipun bagaimana ancaman terjadi
Hendaklah sehidup semati

Mengibarkan bendera menggambarkan hati
Menunjukkan rupa bangsa dan negeri
Mengenangkan hak di tanah air sendiri

Wahai pemuda yang bersemangatkan gelisah
Insaflah pada perjuangan bangsa
Lambat-bangat ditakzir Allah
Bangsa dan tanah air tetap merdeka

Nota: Petikan sajak ini telah ditulis oleh Rosli Dhobi dengan menggunakan nama samaran Lidros.