Tuesday, 30 December 2008

Watak Kucing dalam Kehidupan Masyarakat Mesir Purba


Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.

Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba. Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.


Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.

Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.

Komentar: Kucing juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah Saw. Kasih Rasulullah Saw kepada kucing menyebabkan para sahabat juga menyayangi kucing sehingga seorang sahabat besar Nabi Muhammad Saw terkenal dengan jolokan Abu Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'.

Sunday, 28 December 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430H


Muharam adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Doa Akhir Tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1430H daripada Sejarah2u buat semua pengunjung yang dirahmati Allah Swt. Hijrah menuju Allah dan RasulNya. Ameen

Thursday, 25 December 2008

Tahukah Anda? - Terusan Suez


Salam Sejarah buat semua...

Dalam pembelajaran teks Sejarah peringkat Menengah, khususnya dalam silibus tingkatan 4 dan 5, kita telah didedahkan tentang usaha penjelajahan dan penjajahan oleh Imperialis Barat pasca era Renaissance. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan menjadi antara 'kunci terpenting' yang mendorong kepada usaha-usaha tersebut.

Tahukah anda bahawa pembinaan Terusan Suez telah menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar Imperialisme Barat ke Timur? Justeru, marilah sama-sama kita mengamati sejarah pembinaan Terusan Suez yang peranannya cukup relevan dan signifikan hinggalah ke hari ini.

Terusan Suez, 1869

Ia dibina oleh Perancis dengan pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Sebaik dibuka, terusan ini dikendalikan oleh syarikat awam yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh Khedif, Gabenor Mesir dan pedagang Perancis yang berpengaruh.

British sangat berminat menguasai Terusan Suez kerana ia menjadi laluan utama sebilangan besar kapal dagangnya serta jalan singkat ke India, Asia Tenggara, China dan Australia.

Pada tahun 1875, akibat banyak berhutang dan hampir muflis telah menyebabkan Khedif terpaksa menjual sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez. Kesempatan ini diambil oleh Disraeli, Perdana Menteri British ketika itu untuk membeli 45 peratus jumlah saham dalam kompeni tersebut yang bernilai 4 juta paun sterling (modal besar pada masa itu).

Dengan bantuan pinjaman daripada Rothschilds, iaitu sebuah firma bank antarabangsa yang terkenal, Disraeli mempunyai cukup wang tunai untuk membeli saham tersebut, seterusnya menguasai kompeni dan terusan Suez.

Berikutan dengan ini, Mesir juga telah jatuh ke tangan British dan kemaraan imperialisme Barat tidak dapat dibendung lagi pada kurun ke-19.

Musafir Qurban 2: Empangan Beris


Salam ukhuwwah dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Sejarah2u yang penulis kasihi dan dirahmati Allah Swt.

Syukur kerana sekali lagi kita dipertemukan dalam posting Musafir Qurban ke2 dan terakhir ini. Diharap semangat berkorban yang diinspirasikan oleh Allah Swt melalui kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ini menjadikan kita lebih beriman dan bertaqwa di sisiNya. InsyaAllah.


Sambungan dari kisah yang lalu, penulis ingin mengajak kalian ke kampung ayah penulis di Sik iaitu Kampung Telaga Batu. Seronoknya ialah ia kini terletak betul-betul di pinggir empangan Beris yang siap dibina pada tahun 2003. Apalagi, sebaik selesai proses sembelihan dan sempat menikmati sup daging lembu segar, penulis dan keluarga berkesempatan bersantai di kaki bukit empangan Beris.

Jika dulu sekitar kampung penulis dikelilingi pokok getah dan hutan, kini ia diliputi panorama luas empangan buatan manusia yang berfungsi untuk membekalkan air bersih buat kawasan selatan Kedah dan Pulau Pinang. Pemandangan dari atas bukit menghadap empangan begitu memukau lagi mempersonakan penulis. Subhanallah hanya kepadaNya. Maka di sini penulis ingin berkongsi sedikit fakta tambahan berkenaan sejarah pembinaan empangan Beris :-)

1) Terletak di daerah Sik, Kedah. Berhampiran dengan Tasik Pedu.
2) Jauhnya tasik ini dari Pekan Sik adalah lebih kurang 24 km atau dari Alor Setar iaitu 90 km dan kira-kira 1.6 km dari pertemuan antara
Sungai Beris dan Sungai Muda.
3) Ketika Tasik Beris dalam proses pembinaan lebih seribu kubur telah dipindahkan pada tahun 2002.

4) Kampung yang telibat ialah Kampung Batu Seketol, Kampung Sungai Batang (Kampung Kuala, Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Paya dan Kampung Besar), Kampung Ternas dan sebahagian Kampung Telaga Batu.

5) Penduduk-penduduk kampung tersebut sekarang ditempatkan di Bandar Baru Beris Jaya (BBBJ) kira-kira 10 kilometer dari Pekan Sik dan 5 kilometer dari Pekan Jeniang


Sekian sahaja untuk catatan perjalanan kali ini. Sehingga bertemu kembali dengan izin Allah Swt dalam catatan perjalanan Musafir Qurban pada tahun Hijrah 1430 kelak.

Salam pengorbanan fillah...

Tuesday, 16 December 2008

Konvensyen Majlis Guru Islah (MGI) ke-4


Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dirahmati Allah Swt.

Pada 13 Disember (Sabtu) tempohari, penulis telah dijemput untuk menyampaikan satu slot perkongsian pengalaman yang bertajuk, "Aplikasi Blog dalam P&P". Konvensyen diadakan di dewan Kejuruteraan UIAM. Seramai hampir 70 guru-guru MGI dari seluruh negara berkampung di UIAM sehingga lewat petang hari tersebut.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak urusetia Majlis Guru Islah (MGI) yang sudi menjemput penulis untuk berkongsi serba sedikit ilmu dengan rakan-rakan guru MGI yang lain. Diharap perkongsian pintar ini akan terus diadakan serta menjadikan pihak seketariat MGI terus unggul dalam menjulang profesionalisme para guru selaras dengan tema konvensyen kali ini iaitu, "GURU: KERJAYA CEMERLANG, DAKWAH DIJULANG".

Monday, 15 December 2008

Skema Kertas 1 Sejarah SPM 2008

Salam Sejarah buat semua pelajar yang telah berjaya menduduki peperiksaan SPM 2008. Didoakan semoga kalian beroleh kecemerlangan di dunia dan di akhirat hendaknya. InsyaAllah.

Suka diingatkan bahawa untuk skor Sejarah A1 dengan lebih mudah, kalian sewajarnya betul lebih 30 soalan untuk kertas objektif (K1). Tapi, kalian tidak perlu khuatir jika gagal mendapat betul lebih 30 soalan sekiranya kalian yakin soalan K2 telah dijawab dengan sebaiknya.

Jika kalian telah bersedia untuk membuat semakan bagi kertas 1
,
sila klik di sini dengan penuh keyakinan. Dan selebihnya sama-samalah kita serahkan kepada Allah Swt yang maha Kuasa.

Salam perjuangan...

Wednesday, 10 December 2008

Sang Murabbi: Catatan Sejarah Seorang Dai'e Teladan


Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung Sejarah2u. Pada kali ini penulis berkesempatan untuk berkongsi tentang sebuah filem bernuansakan Islam yang hangat diperkatakan kini. Seperti biasa, kehangatannya datang dari negara penduduk terbesar ummat Islam, iaitu Indonesia.

Filem yang penulis maksudkan bertajuk 'Sang Murabbi'. Filem ini berkaitan kekayaan spiritual, pengalaman dakwah, dan humanisme para ulama pejuang Indonesia. Ia berkisah tentang kisah benar mengenai perjalanan dakwah almarhum Ustadz Rahmat Abdullah.

Bagi yang masih belum berkesempatan menonton, di sini penulis catatkan sedikit ulasan ceritanya. Tapi, langkah yang terbaik adalah dengan kalian sendiri menonton perjalanan filem tersebut. Selamat menonton!

Ulasan filem Sang Murabbi:

Almarhum Ustadz Rahmat, menimba ilmu di pesantren Asy Syafiiyah di bawah asuhan KH Abdullah Syafii. Bakat besar dan pemikirannya yang genius, menjadikan Ustadz Rahmat dikagumi oleh setiap orang, terutama gurunya, KH Abdullah Syafii, yang menjadikan Ustadz Rahmat sebagai murid kesayangannya.

Ustadz Rahmat mulai merintis kariernya sebagai guru setelah lulus dari Asy Syafiiyah. Selain di almamaternya, ia juga mengajar di sekolah dasar Islam lainnya di kawasan Kuningan, Jakarta Selatan. Perjalanan karier yang dipilihnya itu kemudian mempertemukannya dengan guru keduanya, Ustadz Bakir Said Abduh yang mengelola Rumah Pendidikan Islam (RPI). Melalui ustadz lulusan pergurusan tinggi di Mesir itu, Ustadz Rahmat banyak membaca buku-buku karya ulama Ikhwanul Muslimin, salah satunya adalah buku Da'watuna (Hasan Al-Bana) yang kemudian ia terjemahankan menjadi Dakwah Kami Kemarin dan Hari Ini (Pustaka Amanah).

Ustadz Rahmat menggunakan pendekatan yang masih sangat asing di kalangan da'i, yaitu dengan grup teater yang didirikannya. Para pemuda itu diasuhnya dalam organisasi bernama Pemuda Raudhatul Falah (PARAF) yang menghidupkan masjid Raudhatul Falah di kawasan Kuningan dengan kegiatan-kegiatan keIslaman.

Ustadz Rahmat yang juga aktif dalam Partai Keadilan Sejahtera (PKS), terpilih sebagai wakil rakyat di Dewan Perawakilan Rakyat (DPR) Pusat. Namun, ia kerap dilihat menaiki bas kota untuk mendatangi sebuah undangan. Ia kerap terlihat jalan kaki untuk jarak yang cukup jauh. Tak ada yang berubah, karena ia sedar bahwa langkah itulah yang dimulainya dulu sebagai permulaan di jalan dakwah.

Hingga akhirnya, suatu hari , Ustadz Rahmat merasakah tanda-tanda kesihatannya terganggu. Namun, rasa tanggung jawabnya yang besar terhadap amanah dakwah, membuat ia tak begitu mempedulikan tanda-tanda itu.Ia masih terlibat dalam sebuah syura penting. Lalu, saat adzan berkumandang dan ia beranjak untuk memenuhi panggilan suci itu, ia berjalan ke tempat wudhu. Saat berwudhu, tanda-tanda itu makin kuat terasa dipembuluh darah di bahagian lehernya.

Disaksikan oleh Ustadz Mahfudzi, salah seorang muridnya, Ustadz Rahmat nyaris terjatuh. Ustadz Mahfudzi cepat memapahnya, lalu mencuba menyelamatkan situasi. Tetapi Allah lebih sayang kepada Ustadz Rahmat Abdullah. Innalillahi wa innailaihi raaji'uun...Syaikhut Tarbiyah itu meninggalkan kita dengan senyum yang amat tulus...hujan air mata dari seluruh pelosok tempat mengiringi kepulangan beliau.

Ada kelainan yang dibawa filem baru ini. Memuntahkan kembali ingatan pada sisi terpuji sosok seorang pendakwah bukanlah hal yang mudah. Semuanya harus kelihatan sempurna tanpa cela. Walaupun tidak semua manusia mengakui bahawa Tuhan itu Esa, sisi mulia Rahmat Abdullah bagi saya layak untuk diteladani meski ia tidak dilihat daripada sudut pandang agama. Ia menyantuni segenap masyarakat.

Bermula dengan sapaan lembut terhadap jiran-jirannya sehinggalah ia terpilih ke Dewan Permesyuaratan Rakyat, almarhum Rahmat Abdullah merupakan lambang konsistensi dan membawa contoh keazaman yang sangat tinggi. Risalah Islam yang disebarkannya tiada lain untuk mengangkat martabat umat.

Pengajarannya pelbagai. Catatan ringkas seperti ini tidak mungkin mampu mengungkap makna yang tersirat dan berselirat dalam perjalanan panjang Syaikh Tarbiyah ini. Bagaikan hujan yang juga sebenarnya sedang turun saat itu, pemergian selamanya Rahmat Abdullah ditangisi dan dengan berat dibiarkan pergi. Ya. Semuanya kerana ia adalah Sang Murabbi. Seorang guru, juga sahabat yang tidak pernah membiarkan hidupnya kosong tanpa isi untuk mendidik umat ke arah agama yang ia cintai.

"Mereka yang keruh nurani, selalu melihat dengan angan-angan panjang. Seakan kematian hanya berlaku atas orang lain. Orang-orang seperti itu harus kerap diajak menurunkan jenazah ke liang lahat, melepas kerabat di akhir nafas, atau berbiduk di lautan dan gelombang yang ganas. Bila tak mempan, takbirkan empat kali bagi kematian hati nuraninya" - K.H. Rahmat Abdullah, Beternak Mimpi

Musafir Qurban 1: Terowong Menora

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dimuliakan AllahSwt.

Apa khabar semua?. Hari ini penulis sekadar ingin menukilkan sedikit catatan perjalanan hasil pengalaman balik beraya qurban ke kampung ayah penulis di Kedah.

Perjalanan berkonvoi bersama keluarga besar penulis melibatkan lima kenderaan memang menyeronokkan, meski di corong radio penulis dimaklumkan keadaan kesesakan di lebuh raya telah menjadi semakin teruk pada pagi Sabtu ni.

Namun, semua berita tersebut tidak mematahkan semangat kami sekeluarga untuk pulang beraya korban bersama atok dan wan di Sik. Rindu benar rasanya kepada mereka.

Keadaan kesesakan semakin pulih sebaik kami melepasi tol Jelapang dan memasuki lebuh raya Changkat Jering - Ipoh. Di sinilah keseronokan semakin mengujakan bila penulis melalui sebuah terowong membelah bukit di bawah banjaran Keledang.

Bagi yang biasa menuju ke utara melalui lebuh raya, terowong ini pasti akan kalian lalui. Tahukah kalian nama terowong tersebut? Pasti ramai yang tidak tahu kan bahawa itulah terowong Menora yang terkenal itu.
Sambil penulis memandu menelusuri terowong tersebut, terdetik akan kebesaran Allah Swt yang mengilhamkan manusia akan teknologi pembinaan terowong tersebut.

Maka, di sini penulis ingin berkongsi sedikit fakta berkenaan Sejarah terowong Menora tersebut:

1) Terowong ini terletak di bawah banjaran Keledang, negeri Perak
Darul Ridzuan.
2) Terowong ini 622 meter panjangnya.
3) merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara-Selatan, antara
Plaza Tol Jelapang dengan Kuala Kangsar dan Changkat Jering di
KM 260 atau 2 km di utara Plaza Tol Jelapang.
4) Terowong Menora ini dibuka secara rasmi pada tahun 1986.
5) Ada dua terowong sebelah menyebelah. Selepas terowong ini ke
arah selatan, keadaan lebuh raya agak curam dan berselekoh dan
banyak kenderaan berat seperti lori dan bas tersasar
atau terbabas hingga ke kaunter tol di Plaza Tol Jelapang.

Sekian saja untuk catatan perjalanan kali ini.Sehingga bertemu kembali dengan izin Allah Swt dalam Musafir Qurban 2.

Juruterbang kudung cipta SEJARAH!

ARIZONA - Jessica Cox mencatat sejarah sebagai individu pertama di dunia yang berjaya memperoleh lesen juruterbang walaupun dia kudung di bahagian tangan.

Wanita berumur 25 tahun dari Tucson, Arizona itu mengambil masa selama tiga tahun untuk mendapatkan lesen dengan bantuan tunjuk ajar daripada gurunya, Parrish Traweek.

Usaha gigih Parrish dan ketekunan Jessica akhirnya membolehkan wanita itu berjaya mengawal pesawat Ercoupe 415 menggunakan kakinya dengan begitu sempurna.

“Menerbangkan pesawat adalah sesuatu yang menakjubkan dan juga perasaan paling hebat di dunia” kata Jessica.

Akhbar tabloid Jerman, Bild melaporkan bahawa Jessica dibantu oleh organisasi Able Flight yang bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya meningkatkan keyakinan diri mereka dengan melakukan penerbangan.

Jessica dilahirkan tanpa lengan dan mula menanggalkan tangan palsunya ketika berusia 13 tahun untuk menikmati kebebasan hidup.

Biarpun kurang sempurna, Jessica masih mampu berhias, berenang, menaip di komputer dan memiliki tali pinggang hitam dalam seni bela diri taekwondo.

Sumber: Akhbar Sinar Harian

Moral:

Setiap hari Allah Swt memberi kita peluang dalam kesempurnaan penciptaan kita untuk kita mencipta Sejarah buat diri sendiri dan ummat. Ketahuilah bahawa kita adalah 'JUARA' hakikatnya. Buktinya daripada jutaan telur-telur senyawaan yang ingin lahir ke dunia ini, Allah Swt telah memilih kita untuk diberi amanah kehambaan dan khalifah di sisiNya.

Adakah kita bersyukur dengan kesempurnaan ini? Justeru, malanglah jika kita merosakkan diri dan mensia-siakan peluang yang telah sedia terhidang ini. Nah, inilah masanya untuk kita terus mengorak langkah sebagai ummah terbilang dan terbaik demi mencipta sebuah Sejarah yang akan memartabatkan nasib ummah ini di kemudian hari. Allahu A'lam

Friday, 5 December 2008

Salam Aidil Adha 1429H

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi,

Di kesempatan ini sejarah2u ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat berkorban kepada semua. Sambutan hari raya ini yang diilhamkan hasil pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s menuntut keikhlasan kita berkorban semata-mata mengharapkan redho Allah Swt.

Bagi mereka yang akan balik beraya ke kampung halaman, Sejarah2u mendoakan agar selamat sepanjang perjalanan pergi dan balik, serta pandulah dengan berhati-hati..dan ingatlah insan yang tersayang.

Sehingga bertemu kembali selepas raya kelak. InsyaAllah.

Wednesday, 3 December 2008

Talqin Terakhir untuk Bahasa Melayu??

Menurut satu teori sejarah yang kuat, bahasa Melayu dikatakan berpunca daripada bahasa Austronesia, yakni asal usul bangsa Melayu yang berasal dari daerah Yunnan (bermaksud awan selatan) di China. Kemudiannya, bangsa Melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu Proto setelah berhijrah ke Asia Tenggara ketika zaman batu sehingga terbentuknya masyarakat Melayu Asli di Semenanjung Malaysia, dayak di Sarawak, Batak dan Komering di Sumatera.


Kata nama Austronesia itu sendiri membawa maksud ‘Kepulauan Selatan’, diterjemahkan daripada Bahasa Latin, ‘australis’ yang bermaksud ‘selatan’ dan bahasa Yunani, ‘nesos’ yang bermaksud ‘pulau’. Bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan tersebar luas ke merata dunia, dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sehinggalah ke Selandia Baru (Aotearoa) di hujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sehinggalah ke Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.

Menurut tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam kategori atau filum bahasa Austris yang diletakkan bersama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Bahasa Melayu termasuk di dalam bahasa-bahasa golongan Sumatera bersama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.

Justeru itu, status Bahasa Melayu di Malaysia sepatutnya dipertahankan dan diangkat oleh semua bangsa yang mengaku dirinya warganegara Malaysia kerana citra bangsa dan nilai ketamadunan tanah airnya.

Hujah pihak-pihak tertentu yang cuba mempertikaikan hak Bahasa Melayu dengan alasan ia milik bangsa Melayu sahaja dan cuba menenggelamkan hak bahasa etnik lain adalah tidak dapat diterima sama sekali.

Pemikiran cetek golongan yang mengatakan ketidakupayaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu serta penyatuan bangsa adalah pendapat individu yang tidak sedar di mana tempatnya berdiri. Semasa kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dahulu, Bahasa Melayu berkembang kerana kekuatan dan keyakinan penutur-penuturnya bereksperimen dan berpencak dalam memperkayakan perbendaharaan bahasa itu sendiri. Ketika itu Bahasa Melayu seakan air, ia mengalir laju tanpa disekat. Bahasa Melayu dipertuturkan dengan penuh yakin, mesra dan tanpa prasangka oleh semua bangsa sehingga dimartabatkan sebagai 'lingua franca'.

Realitinya, ketika Bahasa Melayu diinjak dan dihumban, ia cuma dibela oleh pejuang-pejuang bahasa kebangsaan, melaung-laung apa yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, ‘bahasa kebangsaan (Malaysia) ialah bahasa Melayu’ yang terdiri di kalangan bangsa Melayu semata-mata.

Bahasa Melayu kita di mana sekarang? Yang boleh berbahasa Melayu semakin tergeliat lidah menuturkannya, bahkan lebih berbangga bila dapat bertutur selain bahasa Melayu. Lebih ironi lagi, bila Bahasa ibunda sendiri dikatakan tidak mampu menyerap istilah-istilah sains dan teknologi. Sudahnya, ia dinisankan di tanah airnya sendiri. Apakah pemimpin-pemimpin negara tidak sedar bahawa bahasa merupakan medium utama mengeratkan integrasi kaum?

Bahasa Melayu di tanah airnya sendiri bagaikan pendekar tua yang ditujah keris, tombak dan parang oleh warganya dan dibiarkan mati perlahan-lahan untuk talqin terakhir.

Teringat penulis kepada satu ungkapan ayat yang bukanlah lahir daripada cendekiawan Melayu, tetapi daripada seorang lelaki asing, Sir Frank A Swettenham, Residen-Jeneral British pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu, dipetik dari bukunya, ‘Malay Sketches’ yang berbunyi:

“Jika kita ingin memahami orang Melayu, kita perlu tinggal di negerinya, bertutur bahasanya, menghormati agamanya, meminati apa yang diminatinya, melayan apa yang disukai dan tidak disukainya, bersimpati dengannya dan menolongnya dalam kesusahan, sama-sama merasai keseronokan dan mungkin juga menanggung kerugiannya. Hanya dengan kepercayaannya inilah kita dapat memahami jiwanya dan pengetahuan seperti ini hanya boleh didapati oleh orang yang diberikan peluang tersebut dan menggunakannya dengan sebaik-baiknya.”

Sama-samalah kita fikir-fikirkan...

Tuesday, 2 December 2008

Salam Putrajaya

Salam Ukhuwwah fillah kepada semua pengunjung weblog Sejarah2u.

Apa khabar kalian semua? Didoakan agar kalian terus dirahmati dalam kemanisan Iman dan Islam serta kekuatan 'amal hanya kepadaNya. Salam sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung non-Muslim yang dihormati.

Perkongsian hari ni adalah sekadar pengalaman penulis yang diberi kesempatan oleh Allah Swt untuk mengunjungi pusat pentadbiran gah negara tercinta kita iaitu Putrajaya pada 18 November lalu. Pemilihan tajuk posting ini sedikit sebanyak kerana penulis agak terkesan dari satu slot drama Melayu sekitar tahun 90-an iaitu 'Salam Taj Mahal' lakonan Sifu M.Nasir dan Aida Rahim.

Percayakah anda bahawa inilah kali pertama penulis ke Putrajaya? Anda bagaimana pula? Sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kan..:).

Kedatangan penulis adalah untuk menziarahi adik yang sedang mengendalikan kem tahfiz cuti sekolah di masjid Putrajaya. Sebaik ziarah singkat, penulis bersama famili menjenguk bazar-bazar berhampiran tasik di samping sempat menjamu selera di restoran mamak di situ. Agak ramai dan sesak..penulis dimaklumkan pada tarikh tersebut ada konvokesyen untuk guru-guru J-Qaf seluruh negara sedang berlangsung di Putrajaya.

Sebaik kaki menjejaki dataran masjid Putrajaya. Rasa syukur dan bangga menyelubungi diri kerana akhirnya berjaya juga berada di sini. Dengan kedudukan bandar dan perumahannya yang begitu terancang (teringat Mohenjo daro dan Harappa dalam tamadun Indus yang diiktiraf tamadun terawal memiliki bandar terancang), dengan seni bina bangunannya yang disaduri campuran kesenian Islam, Parsi, Inggeris dan Graeco Roman agak begitu memukau, jajaran jambatan indah yang menyeberangi tasik Putrajaya dan ribuan pengunjung dalam dan luar yang tidak putus-putus menjadikan panorama di Putrajaya agak sukar dilupakan sampai bila-bila.

Putrajaya yang tersergam gah menggamit ingatan penulis kepada kota-kota hebat Islam suatu waktu dulu seperti Istanbul (Constantinople), Baghdad, Damsyik, Andalusia, Bukhara, Taj Mahal dan banyak lagi yang menunjukkan betapa 'ketuanan Islam' sangat dominan dalam pentadbiran dan sangat diraikan dalam aspek bernegara. Meskipun sebahagian besar kota-kota tersebut kini hanya tinggal kenangan, namun segala iktibar kesan daripada jatuh bangunnya perlu diperhalusi agar 'pisang tidak kan berbuah dua kali'.

Harapan penulis agar Putrajaya menerusi barisan pimpinan negara akan terus gemilang dalam memacu haluan negara dan rakyat agar sejahtera dan berkebajikan, selaras dengan slogan 'Baldatun Thoyyibatun Warabbun al-Ghafuur'.

Menjelang petang, penulis dengan berat hati terpaksa meninggalkan Putrajaya dengan niat akan kembali lagi jika diizinkan Allah Swt. Ada satu catatan yang penulis terlupa sumbernya berbunyi 'megah negara bukan semata hebat dan gah binaannya, tapi megah negara kerana rakyat yang dibangun minda dan jiwanya'. Mengamati Putrajaya dalam perjalanan pulang, terhimbau penulis akan tujuan pembinaan Taj Mahal kerana kasih seorang suami kepada isteri tercintanya, maka artikel 'Salam Putrajaya' tercerna hasil tumpah kasih mendalam dan dedikasi penulis kepada negara yang tercinta ini. Dirgahayu Malaysiaku!

Thursday, 27 November 2008

Syed Sheikh Al-Hadi dan Karya PengISLAHan


Syed Sheikh Al-Hadi

Lahir di Melaka 1867.
Meninggal dunia Februari 1934.

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar ke Riau ketika berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Syed Sheikh Al-Hadi merupakan anak murid kepada reformis terkenal di Kaherah iaitu Sheikh Muhammad Abduh.

Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan fikrahnya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashur (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buiah madrasah tersebut. Rakan seperjuangannya yang turut mempunyai aspirasi yang sama adalah Sheikh Mohd Tahir Jalaluddin Al-Azhari, Sheikh Mohammd bin Salim Al-Kalali dan Haji Abbas bin Mohd. Tahar bergabung tenang untuk mengembangkan fikrah Islam dengan menerbitkan majalah AL-IMAM(1906). Di Pulau Pinang di samping menulis, Syed Sheikh menerbitkan majalah AL-IKHWAN (1927) dan akhbar SAUDARA (1928). Dia menghasilkan HIKAYAT SETIA ASYIK KEPADA MAKSYUKNYA atau terkenal sebagai HIKAYAT FARIDAH HANUM (1925-1926)

Jolokan yang sesuai kepada Syed Sheikh Al-Hadi ialah beliau merupakan seorang "Reformis", "pemikir", dan "novelis dinamis". Syed Sheikh Al-Hadi adalah sinonim dengan HIKAYAT FARIDAH HANUM kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel pertama yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu. Dia juga melahirkan SIRI CERITA ROKAMLBUL (karya adaptasi), TAFSIR JUZ AMMA (1927), TAMAN CINTA BERAHI (1928), TAFSIR AL-FATIHAH (1928), HIKAYAT CERMIN KEHIDUPAN (1929), HIKAYAT PUTERI NURUL AIN (1929) dan KITAB AGAMA ISLAM DAN AKAL (1931)

Peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusasteraan Melayu bukan hanya setakat melahirkan HIKAYAT FARIDAH HANUM bahkan dia turut mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu kepada isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Sebagai reformis dia mengenengahkan kefahaman Islam yang diwara-warakan oleh Sheikh Muhammad Abduh. Dia menggunakan majalah dan akhbar yang dipimpinnya untuk menyebarkan fikrah gerakan ISLAH. Dalam novelnya Syed Sheikh Al-Hadi menyeru agar orang Melayu bersedia untuk menghadapi anjakan perubahan kepada Islam yang syumuliah sifatnya.

Oleh kerana kelantangannya dalam mengutarakan idea pembaharuan, tulisannya tidak disenangi oleh golongan 'establishment' terutamanya Jabatan Agama negeri-negeri di Tanah Melayu. Jawapan kepada kritikan terhadapnya ialah "Saya menulis apa yang saya kira sebagai sesuatu yang benar" (Al-Ikhwan , 16 November 1929).

Segala yang diluahkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi adalah kesinambungan daripada fikrah reformis atau pengISLAHan oleh Sheikh Muhammad Abduh di bumi Mesir dan banyak tulisannya dirujuk daripada reformis Muslim yang lain dan dalam bidang sastera dia berguru dengan Raja Ali Haji Kelana di Pulau Penyengat Riau yang terkenal sebagai pusat sastera Melayu pada zamannya.

Novel-novel lain:-

Faridah Hanum (Cetakan Asal Hikayat Setia Asyik Kepada Maksyuknya atau Hikayat faridah Hanum (1925-1926) . Dicetak oleh Pustaka Antara (1964).

Hikayat Taman Cinta Berahi Mahir Affandi dengan Iqbal Hanum, Penang: Jelutong Press, 1928

Hikayat Pembelaan Dalam Rahsia atau Kasih Saudara Kepada Saudaranya, Penang, Jelutong Press, 1929

Hikayat Nurul Ain, Penang: Jelutong Press, 1929

Tuesday, 25 November 2008

Fenomena 'Ayat-Ayat Cinta' : Biarkan Sejarah Terus Bercerita..


Salam Sejarah buat semua pengunjung setia Sejarah2u. Didoakan semuanya berada dalam nikmat kemanisan Iman dan kekuatan 'amal demi mengharap mardhotillah dariNya. InsyaAllah.

Pada kesempatan kali ini, Sejarah2u berbesar hati berkongsi tentang sebuah novel yang telah menimbulkan fenomena baru, khususnya buat para remaja dan anak-anak muda mudi Islam di Indonesia, Malaysia dan seantero dunia dalam melihat satu perspektif garapan Islam dalam konteks perhubungan sebuah mu'amalah berpaksi Islami yang membangun jiwa dan segar sifatnya.

Mengenali penulisnya, Habiburrahman El-Shirazy atau lebih mesra dengan panggilan Kang Abik, novel Ayat-Ayat Cinta (AAC) yang meletup itu adalah aset utama untuknya berdakwah dengan lebih meluas.

"Malu sama Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah ke Taif, hingga berlumuran darah dilempar batu. Saya dijemput menyampaikan dakwah. Bukannya kita cari, orang yang datang jumpa kita dan minta kita berceramah. Adakah kita patut menolak?".

Ucapan 'malu sama Rasulullah' yang disebutkan Kang Abik itu kerap bergema dan berlegar-legar di dalam fikiran. Ia mengingatkan saya ke atas watak Fahri Abdullah yang sedang mempertahan seorang wartawati Amerika yang sedang memapah ibunya yang keletihan di atas LRT. Ketika warga Amerika itu diserang, Fahri dengan pantas mengucapkan sebuah sabda Rasulullah.

"Kalian telah menyakiti Rasulullah," demikian kata Fahri. Apakah watak Fahri adalah belahan daripada jiwa beliau sendiri? Atau, apakah watak utama itu sebahagian besarnya datang daripada kesan, cetusan ilham melalui kisah rakan-rakannya?

Melihat perawakannya, sosok yang kental spiritual, kukuh pendirian dengan iltizam dakwah ini ternyata masih muda. Usianya sekitar 30-an.

Baginya, AAC yang terus bangkit sebagai suatu fenomena secara tiba-tiba itu telah menjadi landasannya untuk makin kukuh dan giat bekerja dalam landasan dakwah. Dan padanya, lulusan al-Azhari tidak sepatutnya berada dalam pesantren (pondok) dan berterusan menjadi santri-santri (lulusan pondok) sahaja.

Apa takrif Sastera Islam?

Itu merupakan salah satu kes di mana penangan AAC menyebabkan beliau mula kerap diundang menyampaikan ceramah agama. Tapi, beliau kerap merendah diri. Dia tidak banyak mendabik dada ketika membicarakan AAC itu.

Saya tak meletakkan novel itu sebagai sastera Islami. Saya hanya letakkan novel itu sebagai novel pembangun jiwa. Tapi, khalayak ramai kemudiannya meletakkan karya itu sebagai sastera Islam.
"Saya tidak melihat Sastera Islam itu mestilah ciri-cirinya berlatarbelakangkan masjid, Makkah dan Madinah. Ini satu tanggapan yang mesti dibetulkan," katanya lagi

Baginya, penafsiran yang melihat sastera Islam itu cuma terhad kepada latarbelakang Makkah, Madinah, masjid itu akan menyebabkan sastera Islam akan menjadi makin sempit, walhal Islam itu luas dan rahmatnya melimpah ke serata alam. Islam ada pada setiap bangsa dan ia hadir di semua negara.

"Malah sastera Islam itu masuk mengalir ke Indonesia itu serentak dengan kehadiran Islam itu sendiri," kata beliau lagi sambil merujuk kepada tradisi dakwah Wali Songo yang menggunakan elemen, tradisi hiburan.

Mengarang dari hati

"Mungkin kerana AAC berlatarbelakang al-Azhar, maka ia diangkat sebagai sastera Islam. Tetapi, saya ingin katakan bahawa jika saya tak belajar di al-Azhar dan di Timur Tengah sekali pun, saya tetap akan mengarang Ayat-Ayat Cinta."

Dalam usaha cuba mencungkil rahsia resipi Kang Abik dalam menyediakan ramuan novel sebagai hidangan jiwa, santapan rohani dan kini ia menjadi juadah pembuka selera bicara bagi penggemar sastera kini.

"Biasa saja, sesuaikan tema novel dengan judulnya. Malah AAC itu sudah ada berapa buah judulnya dalam fikiran saya sebelum ini," kemudian dia terdiam sebentar.

"Ya, selain itu ada juga kita bertafakur, bermenung sendirian.."

Benarlah seperti kata Prof. Hamka dalam salah satu catatannya, "orang yang mengarang dari hatinya, tulisan mereka itu akan terpancar cahaya dan kesannya terus masuk ke dalam hati manusia lain." Allahu a'lam.

Untuk mendapatkan sinopsis AAC dan versi elektroniknya, sila klik di sini.

Wednesday, 19 November 2008

Asal Usul Nama Negeri Pahang Darul Makmur



Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang.Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’. Dalam catatan Cina pula, mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau ‘Fong-Fong’. Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’. Dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya ialah Pekan.

Menurut cerita rakyat tempatan, asal usul nama Pahang diperolehi daripada nama sebatang pokok mahang yang amat besar, dikatakan tumbuh di tebing Sungai Pahang. Oleh kerana pokok itu amat besar sehingga nampak dari Laut China Selatan dan menjadi pedoman kepada lanun-lanun di laut untuk merompak penduduk negeri itu.Bagi tujuan keselamatan pemerintah Pahang ketika itu telah mengarahkan pokok itu ditebang. Akhirnya seramai tujuh orang batin Orang Asli telah sanggup untuk menebang pokok itu. Setelah pokok itu tumbang, ketujuh-tujuh orang batin tersebut meninggal dunia.

Menurut cerita, ketujuh-tujuh orang batin itu mengambil masa tujuh hari tujuh malam untuk menumbangkan pokok raksasa itu. Setelah tumbang, pangkal pokok mahang itu dikatakan dapat memuatkan sebanyak 40 hidangan. Daripada peristiwa itu, sungai yang mengalir berhampiran dengan pokok itu dinamakan Sungai Mahang dan negerinya pula dinamakan Mahang. Tetapi lama-kelamaan sebutan itu bertukar menjadi Pahang dan kekal sehingga hari ini.

Rujukan
1.Mohamed Roselan Abdul Malek. Negeri Pahang Darul Makmur. Petaling Jaya:Oscar Book International, 1998.
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Negeri_Pahang

Tuesday, 18 November 2008

Cuti sekolah Oh Cuti sekolah!


Salam ukhuwwah buat semua pengunjung Sejarah2u.
Rasanya masih belum terlambat untuk ust ucapkan selamat cuti sekolah buat semua pelajar di Malaysia (kecuali calon SPM & STPM la yer).

Apa rancangan anda dalam cuti ni? Mungkin ada yang merancang untuk melancong bersama keluarga, mungkin ada yang berhajat nak balik kampung, atau mungkin ada yang lebih selesa berehat santai di rumah sahaja. Apa-apa pun rancangan anda, pastikan ianya memberikan banyak manfaat sepanjang tempoh cuti sekolah ini. Satu lagi, jangan 'manjakan'diri melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, sia-sia dan cenderung negatif.

Seperkara lagi yang lazim berlaku dalam keseronokan menikmati cuti sekolah ni ialah buku-buku pun dicutikan juga..:). Inilah masanya untuk anda mula mengulangkaji asas bagi persediaan tahun depan, terutamanya buku Sejarah di peringkat menengah..hehehe. Jadikan budaya membaca amalan kita ok.

Bercakap tentang cuti juga perkara paling penting yang selalu ramai kita alpa adalah tentang mengurus masa. Dalam sebuah hadis Rasulullah Saw yang maksudnya,"Dua nikmat yang selalu ramai manusia alpa dan leka padanya iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang". Sehubungan itu, adalah sangat bijaksana untuk kita merancang terlebih dahulu jadual percutian kita agar kita tergolong dalam golongan mereka-mereka yang tidak berada dalam kerugian...kerugian di dunia dan kerugian di akhirat. Nau'zubillah.

Dan berbahagialan kepada mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Salam perjuangan

Friday, 14 November 2008

Bila Sejarah Berkata-kata...



"Sejarah bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan dihayati bagi membentuk jati diri mulia insani"

"Kegagalan dan ketertewasan anda bukanlah persoalan utama, tetapi kemampuan dan kesungguhan anda merancang untuk mencipta kecemerlangan adalah pokok pangkal segalanya".

"Umat Islam yang terbaik adalah mereka yang tidak jatuh ke lubang yang sama untuk kedua kalinya"...al-Hadis

Tuesday, 11 November 2008

Bisik-Bisik Ibu Kota (Analisis Mutakhir)

Salam Sejarah buat anak-anak didik serta semua calon SPM 2008 yang dirahmati Allah.

Macam mana menjawab Sejarah Kertas 1 tadi? Ust doakan antum semua berjaya menjawab 40soalan yang SANGAT SENANG tersebut dengan penuh ketenangan dan keyakinan diri yang tinggi. Mudah-mudahan la hendaknya yer.

Berakhir pergi kertas 1, besok menjengah pula akan kertas 2. Bagaimana persediaan antum semua? Yang penting antum semua 'maintain' senyum ok.

Dalam analisis mutakhir ini, ust turunkan beberapa petunjuk untuk membantu antum menyediakan persediaan terakhir sebelum bertempur esok. Semua petunjuk ini hasil perkongsian pintar (smart partnership) dengan rakan-rakan guru cemerlang Sejarah di sekitar ibu kota. Diharap dapat diambil manfaat bersama.

(Nota: Analisis ini bukanlah bentuk soalan2 ramalan yg boleh diyakini oleh para calon sbg wajib keluar dlm K2 esok, tetapi hanyalah sebagai panduan utk membantu para calon mengenalpasti serta bijaksana dlm pengamatan terhadap peluang & potensi menjawab soalan2 K2 utk kertas Sejarah SPM sesi 2008)


Tingkatan 4

Tema 7: Tamadun Awal Manusia (Bab 1,2 & 3)

- Tamadun Hwang Ho, Mesir & Indus
- Tamadun China & India (L/belakang, aspek2 peningkatan dan sumbangan2)
- Kerajaan Agraria & Tasik Tonle Sap
- Pengaruh Hindu Buddha, Sanskrit dlm pentadbiran


Tema 8: Tamadun Islam & Perkembangannya (Bab 4,5,6,7 & 8)

- Zaman Jahiliah
- Perjanjian Hudaibiyah & Fathul Makkah
- Kerajaan Umaiyah & Abbasiyah
- Teori Kedatangan & Pengaruh Islam di AT

Tema 9: Perkembangan di Eropah & Kesannya Thdp Ekonomi Negara (Bab 9 & 10)

- Zaman Gelap, Renaissance & Reformation
- Perlombongan & Kedatangan Buruh/ Imigran
- Perbandaran & Perbankan
- Dasar British thdp pertanian
- Kesan Undang2 & dasar ekonomi British


Tingkatan 5

Tema 10: Kemunculan & Perkembangan Nasionalisme Sehingga WW2(Bab 1 & 2)

- Sistem Birokrasi Barat di AT
- Faktor2 penentangan pembesar tempatan
- Gerakan Islah & Persatuan2 Melayu, PASPAM
- Peranan akhbar, majalah, novel
- Faktor2 Pemangkin Nasionalisme
- Pendudukan Jepun di TM

Tema 11: Pembinaan Negara & Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat (Bab 3,4,5,6,7 & 8)

- Ciri2 negara & bangsa dlm KM Melaka
- Undang2 Tubuh Negeri
- PTM 1948 & Perjanjian PTM 1957
- Pakatan Murni & Parti Perikatan
- Badan Perundangan, kehakiman & Pelaksana
- Lambang2 negara
- Dasar2 Pembangunan Ekonomi negara
- Dasar2 & falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Dasar Budaya, Sukan dan bahasa kebangsaan
- Wawasan 2020

Tema 12: Malaysia & Kerjasama Masyarakat Antarabangsa (Bab 9)

- Peranan/sumbangan/faedah Malaysia dlm PBB, Komanwel, OIC, NAM, Negara2 Selatan
- Cabaran masa depan - ICT, K-Masyarakat dll


Selamat terus berjuang buat semua. Semoga pertolongan Allah buat hamba-hambaNya yang sentiasa bertawakkal dan berserah kepadaNya. Ameen

GuRu SeJaRaH '08

Tuesday, 4 November 2008

Obama Presiden baru AS, cipta SEJARAH

BARACK Obama bersama isterinya, Michelle dan anak perempuan mereka, Sasha, 7, melambai ke arah penyokong mereka di Grant Park, Chicago selepas muncul pemenang pemilihan Presiden Amerika Syarikat. - foto AP

WASHINGTON: Sah! Dalam tempoh lima jam pertama selepas pengundian ditutup - Senator Barack Obama, yang memulakan cabaran dua tahun lalu dengan slogan "Change", memenangi pemilihan bersejarah Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam untuk mengetuai White House.

AS pernah memiliki senator dan gabenor masyarakat kulit hitam tetapi ini kali pertama seorang menjadi presiden.

Setakat 12.45 tengah hari tadi Obama memperoleh 338 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 155 undi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia)

Obama hanya memerlukan 270 undi untuk menang jawatan Presiden. Dengan kemenangan itu beliau akan mengangkat sumpah dan memasuki White House Januari depan.

McCain sebentar tadi mengaku kalah dalam pemilihan sambil mengucapkan tahniah kepada Obama yang berganding dengan Joe Biden sebagai calon Naib Presiden.

Kemenangan Obama mendapat reaksi positif daripada negara-negara besar dan maju termasuk China yang mengalu-alukan pemilihannya sebagai Presiden AS yang ke-44.

Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberapa negeri lain, Obama merekodkan prestasi yang 'menarik' untuk mengatasi McCain dengan mudah.

Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.

Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.

Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.

Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.

Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.

Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.

Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.

McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

Sumber: http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/11/5/mstar_mutakhir/20081105063432&sec=mstar_mutakhir

lihat juga: Political Dashboard - 2008 US Presidential Election

Sunday, 2 November 2008

Tiada Yang Mustahil Bila Ada Tekad Untuk Berjaya!

DISABLED Nor Umairah Ahmad Jamhari, who scored 8As in her PMR examination last year, could not have asked for better birthday gifts when she received RM5,000 and a plaque from Perak Mentri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin on Thursday.

The gifts were presented to her by Mohammad Nizar’s political secretary Misbahul Munir Mas Duki at her home in Taman Desa Mulia in Teluk Intan as Mohammad Nizar was away in Kuala Lumpur.


Nor Umairah, who was born with underdeveloped limbs, celebrated her 16th birthday on Friday.

The gritty girl, who uses her foot to write, paint and eat, said since the announcement of the PMR results, she had become a celebrity at her school at SMK Raja Muda Musa.

Overcoming obstacles: Nor Umairah showing Misbahul Munir how she writes with her foot. With her are her parents Sanisah Mohamed and Ahmad Jamhari Daud.

“People whom I do not know at school are now coming up to me to say hello,” said the eldest daughter of a primary school teacher father and housewife mother.


Nor Umairah was also selected as this year’s Tokoh Maulidur Rasul recipient.

Asked what she would do with the prize money, Nor Umairah, who aspires to be a lawyer, said she would save it for her future studies.


Mohammad Nizar, who called her via his mobile phone earlier to apologise for not being able to present the gifts to her personally, advised the girl to continue her fine academic performance.

The Star, Metro Tuesday April 1, 2008

Saturday, 1 November 2008

Pemilihan Presiden AS ke-44. Bakal Terciptakah SEJARAH?

OBAMA tenang mendengar serangan peribadi McCain pada debat 15 Oktober lalu. Kematangan berpolitik rakyat AS masih dihantui isu warna kulit dan tuduhan tidak berasas.

TINGGAL kurang empat hari lagi sebelum pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 4 November depan, saingan di antara calon Demokrat, Barack Hussein Obama dengan John Sydney McCain dari Republikan memasuki fasa kempen peringkat akhir yang semakin sengit, selepas perdebatan ketiga dan terakhir mereka pada 15 Oktober lalu.

Pilihan raya Presiden kali ini bukan saja menyaksikan buat pertama kali dalam sejarah, calon kulit hitam hampir mendiami Rumah Putih, tetapi ia berlaku ketika AS menghadapi krisis ekonomi paling buruk selepas 1930-an.

Kerana itu, sejak menerima pencalonan, mulanya untuk mewakili Demokrat menentang Hillary Rodham Clinton dan kemudian menghadapi saingan sebenar McCain, seluruh dunia memerhatikan dengan penuh minat bolehkah Obama, 47, yang tinjauan terbaru menunjukkan beliau mendahului McCain, 72, kira-kira lima mata, menjadi Presiden AS ke-44?

Malah, berdasarkan debat terakhir mereka Rabu lalu, tinjauan yang dijalankan rangkaian televisyen mendapati pengundi melihat Obama sebagai pemenang apabila McCain mempertahankan diri dengan cara negatif dan menyerang peribadi lawannya.

Walaupun debat itu sepatutnya membicarakan bagaimana calon Presiden bakal menangani kemelut ekonomi yang menjadi kebimbangan rakyat AS sekarang, apabila masuk ke Rumah Putih nanti, McCain tidak menjelaskannya dengan terperinci. Sebaliknya, McCain banyak membuat serangan peribadi termasuk menimbulkan kisah lama hubungan Obama dengan William Ayers, profesor dari Chicago yang membantu menubuhkan kumpulan radikal, Weather Underground, 40 tahun lalu.

Ternyata persaingan politik, walau di negara mana ia berlaku, tidak sunyi daripada taktik kotor dan serangan peribadi. Apabila sesebuah parti atau seseorang calon itu berasakan hujahan lawan lebih meyakinkan, jalan paling mudah untuk mengalih perhatian pengundi ialah serangan peribadi. Tuduhan kem McCain bahawa Obama seorang pengganas dan dilabelkan sebagai 'a potential killer' adalah yang terbaru untuk mengurangkan sokongan kepadanya.

"Kawan-kawan Barack Obama cuba membunuh keluarga saya," kata McCain dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini ketika mengimbau semula penubuhan Weather Underground pada 1970 ketika calon Demokrat itu berusia 8 tahun. Malah, nama tengah calon Demokrat itu – Hussein – dijadikan modal apabila McCain dan regunya, Sarah Palin menyebut nama itu ketika merujuk Obama dalam ucapan mereka di rapat umum Republikan. Itu belum termasuk kempen Republikan melalui televisyen dan internet untuk mencemarkan calon Demokrat itu.

Obama, yang sudah berpengalaman dengan taktik seumpama itu sepanjang 16 bulan menghadapi kempen untuk menjadi calon Demokrat menentang Clinton, bagaimanapun tidak terikut-ikut dengan cara McCain.

Sepanjang 90 minit debatnya dengan McCain pada Rabu lalu, beliau tetap tenang dan menumpukan hujahnya kepada soal ekonomi. "Ayers bukan anggota pasukan kempen saya dan beliau juga tidak akan menasihati saya di Rumah Putih," jelas Obama.

Cara Obama menghadapi serangan McCain pada debat Rabu lalu memberikan kelebihan kepadanya apabila akhbar The Washington Post, dalam ruangan editorial sehari selepas itu, menyifatkannya sebagai mempunyai potensi menjadi pemimpin 'hebat' di sebalik kekurangan pengalaman.

Akhbar berpengaruh itu memberikan sokongan 'tidak berbelah bagi' dan memuji kebijaksanaan serta skil politik Obama dan pada masa yang sama membidas McCain dan Palin.

"Pilihan menjadi lebih mudah, sebahagiannya disebabkan kempen McCain yang mengecewakan, keseluruhannya kerana pilihan tidak bertanggungjawab regunya yang tidak bersedia menjadi presiden," kata akhbar itu sambil menggambarkan Obama sebagai 'lelaki bijak, dengan genggaman berbeza mengenai isu kompleks serta skil yang terbukti terhadap perdamaian'.

Bagaimanapun, sokongan terbuka Washington Post itu tidak semestinya menjamin kemenangan Obama pada 4 November ini. Akhbar berkenaan turut menyokong dua calon Demokrat, Al Gore dan John Kerry dalam dua pemilihan presiden terdahulu tetapi ia akhirnya dimenangi oleh Presiden George W Bush.

Majoriti rakyat AS terutama di luar bandar masih lagi konservatif dan mudah termakan dengan dakyah Republikan terutama apabila ia dikaitkan dengan keganasan dan perkauman.

Lebih daripada itu, impian Obama dan mungkin juga jutaan manusia kulit berwarna di seluruh dunia untuk melihatnya ke Rumah Putih hanya boleh menjadi kenyataan jika pengundi kulit putih atas pagar sudah buta warna dan pengundi kulit hitam memberikan sokongan padu kepadanya.

AS boleh mendakwa memberi peluang sama rata kepada rakyatnya tanpa mengira warna kulit tetapi hakikatnya, isu perkauman khususnya antara warga kulit putih dengan kulit berwarna, masih tebal di negara itu.

Malah, satu kajian oleh Universiti Stanford menunjukkan prejudis kaum menyebabkan sokongan terhadap Obama berkurangan kira-kira enam peratus. Malah, kajian itu meramalkan perkauman kulit putih bakal menjadi satu-satunya sebab jika Obama tewas dalam pilihan raya Presiden kali ini.

Satu kajian New York Times Julai lalu pula menunjukkan kira-kira enam peratus responden kulit hitam tidak akan mengundi calon kulit hitam berbanding hanya lima peratus responden kulit putih. Faktor segelintir masyarakat kulit hitam enggan menyokong Obama pula berbeza – daripada tidak yakin dengan kemampuannya memimpin, rasa rendah diri kerana warna kulit sehinggalah kepada kebimbangan Obama akan mati dibunuh seperti berlaku terhadap Martin Luther King dan Malcom X.

Walaupun sejak dibenarkan mengundi pada 1960-an, antara 80 hingga 90 rakyat kulit hitam AS mengundi calon Demokrat, sejumlah lagi walaupun peratusannya kecil, tetap menyokong Republikan sekalipun parti itu tidak pernah dilihat bersimpati dengan mereka. Bagaimanapun, peratusan yang kecil ini amat penting dalam menentukan kemenangan Obama November ini. Ternyata, warna kulit masih menghantui politik AS dan menyukarkan laluan Obama ke Rumah Putih.

Studi Set Soalan Percubaan Negeri-negeri '08


Salam Ukhuwwah buat semua pengunjung Sejarah2u yg dikasihi sekalian. Untuk makluman, set soalan percubaan 2008 Sejarah negeri2 telah ditambah untuk mempersiap dan memantapkan lagi usaha para calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini. Diharap segala usaha yg tidak seberapa ini dapat diambil manfaat oleh semua dan hanya kpd Allah Swt kita berserah impian (dream) kecemerlangan ini. Ameen..

Thursday, 16 October 2008

PM: Wajibkan Subjek Sejarah di Peringkat Sekolah Rendah

PM cadang pendedahan kepada murid di sekolah rendah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan mata pelajaran sejarah diwajibkan di semua sekolah rendah di seluruh negara bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula daripada peringkat umur rendah.

Perdana Menteri berkata, kaedah pengajaran mata pelajaran itu juga perlu dilakukan secara lebih menarik untuk menanam minat pelajar, manakala kurikulum mata pelajaran diperkasakan.

"Sejarah bangsa dan negara kita amat bernilai untuk difahami... kata orang, kita perlu belajar daripada sejarah, jika tidak kita mungkin mengulangi kesilapan lampau.

"Sejarah adalah elemen penting dalam peradaban bangsa. Generasi muda perlu mendalami pengetahuan mengenai sejarah bangsa dan pembangunan negara," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Sejarah di Jalan Tun Razak di sini, semalam.

Bangunan milik Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yang dibina dengan kos RM20 juta siap dibina pada 2003. Turut hadir pada majlis itu Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal.

Abdullah yang juga Presiden PSM berkata, pembelajaran sejarah di sekolah rendah perlu kerana lazimnya pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah menengah sehingga ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya memasuki alam pekerjaan, tidak terdedah kepada mata pelajaran sejarah.

"Apabila mereka ikuti sains, maka sains yang diikuti sehingga ke universiti dan bekerja... tak terdedah kepada yang lain," katanya.

Hishammuddin yang ditemui kemudian bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, dan berkata pengenalan mata pelajaran sejarah di sekolah rendah adalah sebahagian transformasi pendidikan yang sedang dirintis kementerian menjelang 2010 melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).

"Cara bagaimana mata pelajaran itu disuntik pada peringkat kurikulum sedang dirintis, termasuk perbincangan dengan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dengan mengambil kira kekangan termasuk guru," katanya.

Sumber: Berita Harian, 14 Okt 2008


Berita Mutakhir:

Subjek Sejarah dimasukkan dalam UPSR

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) apabila subjek itu diajar secara khusus bermula pada Tahun 3 pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah yang dijangka akan beroperasi, dua tahun lagi.

Sumber: Berita Harian, 16 Okt 2008

Monday, 13 October 2008

Undang-undang Syariah VS Common Law

Mengecapi negara Malaysia yang merdeka mencapai usia 51 tahun, adalah satu perkara yang patut kita raikan dan banggakan kerana pelbagai kemajuan telah dapat kita capai dan nikmati bersama. Kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang disegani di dunia. Namun, melihat institusi kehakiman kita yang masih di dalam paradigma lapuk kerana merujuk Common Law Inggeris menggambarkan kita seolah-olah masih lagi terjajah walaupun kita sebenarnya sudah lama bebas daripada cengkaman mereka.

Benarlah seperti apa yang dinyatakan oleh seorang bekas Ketua Hakim negara kita iaitu untuk kita memansuhkan rujukan kepada Common Law Inggeris daripada undang-undang sivil kerana ia menggambarkan minda pengamal undang-undang tempatan yang masih terjajah. Begitu juga kita melihat semua penganut agama lain di Malaysia dapat melaksanakan ajaran agama mereka dengan sepenuhnya, berbanding dengan umat Islam di Malaysia yang belum boleh melaksanakan sepenuhnya ajaran Islam kerana salah satu yang menjadi lompong adalah Undang-undang Syariah yang masih lagi berada di taraf yang rendah.

Alternatif terbaik bagi mendapat keadilan adalah dengan kembali merujuk kepada undang-undang syariah yang telah lama bertapak di negara kita semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah dua dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa Undang-undang syariah termaktub dalam sistem perundangan Melaka dan jajahan takluknya serta dikuatkuasakan berdasarkan kepada fakta sejarah.

Melaka menjadi tumpuan dan masyhur kerana ia adalah pusat penyebaran Islam, pusat pengembangan intelektual umat Islam serantau dan sistem pentadbiran yang diasaskan di atas peraturan dan perundangan Islam. Inilah yang menjadikan Melaka tumpuan pedagang,misi- misi diplomatik negara lain dan para ulama.

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah ‘legacy’ peninggalan Kerajaan Melaka yang tak ternilai dan boleh dijadikan asas dalam perlaksanaan syariat Islam di Malaysia masa kini. Ia adalah asas yang kukuh untuk menyemak semula undang-undang barat yang kini dilaksanakan sebagai undang-undang utama di Malaysia. Oleh kerana undang undang syariat telah dikanunkan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, maka syariat Islamlah yang menjadi landasan kepada sistem perundangan yang pertama jauh sebelum Inggeris mengambil alih pentadbiran Tanah Melayu pada akhir kurun ke 19M.

Ini juga bermakna Perlembagaan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1957 harus dilihat semula kerana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mana-mana Undang-undang yang bertulis yang bertentangan yang digubal sebelum hari kemerdekaan dengan sendirinya terbatal.
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka adalah undang-undang bertulis yang wujud lima kurun dahulu, sekaligus memberi justifikasi yang cukup untuk menyemak Perlembagaan Malaysia dengan mengambilkira peruntukan-peruntukan syariat yang pernah dikanun dan digunapakai di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Hukum Kanun Melaka memperuntukan undang-undang yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah dan pegawai kerajaan,larangan ke atas orang ramai,hukuman keatas kesalahan sivil dan jenayah, undang-undang keluarga, isu-isu berkaitan ibadat dan muamalat yang dijelaskan dengan terperinci dan peraturan yang berkaitan dengan pertanian. Undang-undang Laut Melaka pula memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan perlayaran dan perkapalan serta tanggungjawab Laksamana, peraturan pelayaran dan perdagangan, hukuman ke atas kesalahan jenyah atau pelanggaran undang-undang Islam dan juga perkara-perkara berkaitan dengan tindak tanduk ketua-ketua perkapalan.

Dari sudut lain pula peruntukan undang-undang setempat memberi ruang kepada hakim berdasarkan budi bicara untuk memutuskan samada mengikut hukum syara’ atau hukum adat. Dengan ini, hakim akan mengambil kira kesan-kesan sosial yang mungkin timbul jika hukum syariat dilaksanakan sepenuhnya. Penggubal Hukum Kanun Melaka mengambil pendirian berkecuali dengan harapan para hakim menjatuhkan hukuman setimpal berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan.

Apabila Islam datang ke Nusantara, tradisi dan adat mengalami satu proses rasionalisasi dan turut diguna pakai dalam perlaksanaan hukum dan undang-undang. Ungkapan ini jelas tergambar kepada perbilangan di bawah:

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi syarak,
Syarak bersendi Kitabullah
.

Jika Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1424-1444) dan terdapat dalam bentuk manuskrip, ada satu lagi teks undang-undang yang lebih tua iaitu Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303M. Ia wujud sebagai bukti tunggal tanpa sokongan manuskrip.

Bukti sejarah dari Melaka dan Kuala Berang,Terengganu membawa kepada beberapa kesimpulan. Pertama, pemerintahan Islam berdiri bersama dengan Undang-undang Syariah. Samada Undang-undang itu dilaksanakan sebahagian atau bercampur-campur dengan Undang-undang adat, ia tetap membuktikan bahawa hukum-hakam syara’ merupakan aspek perundangan negeri yang penting.

Kedua, peruntukan-peruntukan Undang-undang Islam yang turut meliputi kesalhan jenyah menunjukkan Negeri-negeri di Tanah Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan apabila syariat di daulatkan lebih dari 500 tahun lalu. Kini setelah Tanah Melayu melepasi fasa penjajahan, Undang-undang Syariah dipinggirkan dan diganti dengan Undang-undang Sivil yang diwarisi dari penjajah British. Ketiga, perlaksanaan Undang-undang Islam berlaku dalam sebuah negeri kosmopolitan. Melaka adalah Pelabuhan Utama dan Pusat Perdagangan Antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan agama. Namun, hanya satu Undang-undang yang digunapakai untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pedagang asing. Kuala Berang juga dikenalpasti sebagai pelabuhan penting yang dikunjungi oleh pedagang asing dari China dan Barat.

Ini adalah hujah yang penting bagi menyokong perlaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia. Masyarakat majmuk dan kepelbagaian kaum sama sekali bukan alasan untuk tidak melaksanakan Undang-undang Islam,bahkan ia menjadi sebab yang cukup baik untuk melaksanakannya.

Gombak, Selangor

Baca juga:

#
Mansuh Common Law
#
ISA - Perspektif Islam & Demokrasi

Wednesday, 8 October 2008

Selamat Hari Raya Ei'dulfitri 1429H

Syukur ke hadrat Allah Swt di atas segala limpahan nikmat dan rahmatnya yang tidak putus-putus ke atas kita. Berlalu Ramadhan, kini menjelma Syawal mendatangi kita. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan salam ei'dulfitri buat semua pengunjung sejarah2u yang dikasihi.

Tidak lupa juga buat sesiapa sahaja yang telah menyambut raya selepas berpuasa enam di bulan Syawal yang banyak kelebihannya dalam membentuk diri menjadi insan yang lebih muttaqin, wara', soleh dan musleh selepas berlalunya sesi tarbiyyah di madrasah Ramadhan yang lalu.

Saya juga mengambil kesempatan ini sesuai dengan sambutan hari raya peringkat sekolah di bumi SMIAAG yang akan diadakan pada hari jumaat ini bersamaan 10 Syawal. Kepada semua warga SMIAAG, ibu bapa dan warga alumni walau di mana berada..dengan ingatan tulus ikhlas, sejarah2u mengucapkan Selamat Hari Raya Ei'dulfitri. Semoga sambutan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran diiringi perasaan penuh keinsafan dalam menagih redhoNya. InsyaAllah.

Saturday, 27 September 2008

Sesalan di Hujung Ramadhan....




Aku berdiri di ujung jarum jam tua
yang mengerakkan denyutan nadiku Hina dalam diri yang selalu lupa alpa Terkulai dalam keheningan dunia
Ego dalam selimut hari
Hari ini ...
Walau air mataku mengering
Walau kata tobat dari mulutku menjadi sumbang
Walau usaha kudratku menghapus coretan nafsu
Waktu itu takkan kembali walau sedetik pun

Kutatap kembali Qur'an kecilku
Hanya lipatan kecil pada halaman nipis terbaca
Begitu sibukkah aku...
Begitu kakukah lidahku...
Begitu angkuhkah hatiku...

Hari ini...
Waktuku terbias sia-sia
Tak ada setetes embun pagi pun yang tersisa
Dalam damba kedahagaan hakiki
Menggapai rahmat yang berlagu sepi

Kutatap kembali sajadah lusuh itu
Tak ada sujud malam pun berbekas di sana
Tak ada air mata penyesalan pun menetes di sana
Tak ada ukiran doa khusyu' pun tergores di sana
Tak ada rasa bersyukur pun dari nikmat yang teramat banyak

Hari ini...
Sakit dalam dada
Rasa hina tercabik kemalasan
Menghitam dalam asap kendaraan tua
Tertutup noda basah yang terinjak sepatu berlumpur

Ya... Allah
Adakah waktuku yang tersisa
dari putaran waktu yang terus berlari

Ya... Allah
Mampukah aku berdiri sebagai manusia
Kalau sujudkupun hanya di waktu yang Engkau wajibkan
Mampukah aku di sebut hambamu
Kalau rasa syukurku memudar
Mampukah aku melafazkan kebesaran namaMu
Kalau persekutuanku pada amarahMu menebal
Mampukah aku mendengar takbiran di akhir Ramadhan ini
Kalau tak sebesar biji zarahpun kebaikan yang aku lakukan
Mampukah aku ....Walau hanya melihat kalung taqwa yang Engkau kalungkan pada hamba-hamba pilihanmu

Ya... Allah
Malu aku melangkah lata di bumimu
Malu aku menyuap limpahan dari rizqimu
Malu aku menatap keindahan anugerahmu

Ya... Allah
Berilah aku kesempatan Ya .. Allah
Walau di akhir detik dan saat di bulan sucimu ini
Hanya untuk mengucap satu kata Ya Allah
Kata syukur karena nikmatmu Ya Allah
Agar sesal ni dipertemukan semula...
Dengan Ramadhan yang akan datang. Ameen

al-Ikhwan
Kota Batu. 2008

Angkasawan China cipta SEJARAH berjalan di angkasa lepas


BEIJING: Angkasawan China, yang menggunakan kapal angkasa Shenzhou VII, mencipta sejarah hari ini apabila berjaya berjalan di angkasa lepas, sambil menerima tepukan bergemuruh daripada berjuta rakyat yang menonton siaran langsung misi itu melalui televisyen.
Ketua penerbangan Zhai Zhigang, terapung di angkasa selama 20 minit, di luar kapsul yang membawanya sebelum itu.

Kejayaan itu, yang menguatkan lagi agenda angkasa lepas China, termasuk untuk membina stesen angkasa lepas menjelang 2020, turut disaksikan Presiden Hu Jintao dan beberapa pegawai kanan Parti Komunis. Sebaik saja keluar daripada pintu berbentuk bulat, Zhai, 42, melambai ke arah kamera yang dipasang pada kapsul berkenaan dan berkata: "Salam sejahtera kepada semua rakyat negara saya dan dunia!"

Dengan keadaan tubuhnya terikat oleh dua utas kabel ke kapsul itu, Zhai mengibarkan bendera China yang dihulur kepadanya oleh angkasawan kedua Liu Boming, yang membantunya dari dalam kapsul itu, sebelum mengumpul sampel bahan yang terlekat di luar kapal angkasa berkenaan untuk tujuan penyelidikan.

Zhai memakai pakaian 10 lapis berharga 30 juta yuan (RM13.7 juta) seberat 120kg, yang digelar "Feitian" (pakaian untuk terbang ke langit). Pakaian buatan China ini mengambil masa empat tahun untuk disiapkan.

Misi angkasa lepas ini, yang melibatkan tiga angkasawan dan menggunakan bantuan roket Long March 2F, berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Wilayah Gansu malam kelmarin.
Kapal angkasa berkenaan dijadualkan mendarat di Inner Mongolia esok setelah terlibat dengan perjalanan selama 68 jam, termasuk mengelilingi bumi setiap 90 minit.

Zhai, bekas juruterbang jet pejuang, termasuk dalam senarai mereka yang berpotensi menyertai misi ke angkasa lepas sebanyak dua kali, tetapi tidak terpilih menyertai penerbangan solo pertama pada 2003 dan misi melibatkan dua juruterbang pada 2005.

Kejayaan beliau mendorong China untuk memulakan kerja membina makmal angkasa lepas menjelang 2010 dan mempunyai stesen angkasa lepas sendiri menjelang 2020. China adalah negara ketiga yang menghantar manusia ke angkasa lepas, selepas bekas Soviet Union dan Amerika. Aksi berjalan di angkasa lepas pertama kali dilakukan oleh angkasawan Soviet Alexei Leonov pada 1965.

Sumber: BERNAMA