Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Wednesday, 3 August 2011

PUI Kembali Lagi

Salam mahabbah fillah selembut bayu buat semua pengunjung setia Sejarah2u yang dikasihi..

Tahun demi tahun berlalu, dan kelas Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) tetap setia menjengah demi usaha berterusan dan gerak kerja lebih padu dalam mempersiapkan para calon yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM yang bakal kunjung tiba.

Bagi para murid, semakin sibuk dengan bebanan tugasan yang semakin bertambah dan lebih serius lagi untuk ditelaah..bagi para guru yang terlibat, sentiasa merancang strategi terbaik bagi digunapakai demi meningkatkan prestasi dan memperbaiki kecemerlangan anak-anak didik masing-masing.

Bengkel, pembentangan, nota, latih tubi soalan adalah resam tradisi menjelang PUI setiap tahun..semuanya bersedia untuk dua kemungkinan yang pasti..menghadapi peperiksaan percubaan (trial) dan peperiksaan SPM sebagai kemuncaknya..sebagai kayu ukur menilai segala persediaan yang telah dibuat selama hampir tiga bulan lamanya.

Diri ini mendoakan agar diberi kekuatan serta ketabahan menempuh segala halangan berliku di samping mengharapkan kekuatan luar biasa, motivasi dalaman anak-anak didik..yang pastinya bertunjang dan bersandarkan hanya kepada-NYA..

Dan terus sabar menanti hari-hari terakhir PUI sehinggalah hari dan saat penamatnya peperiksaan-peperiksaan itu yang acapkali menghadirkan debaran, dititip doa-doa penguat semangat yang akhirnya dizahirkan pada hari kita 'menuai hasil' dengan air muka ceria dan kelapangan hati yang terpapar jelas di wajah mereka yang berusaha demi sebuah kecemerlangan..hakikat dambaan, cemerlang di dunia, cemerlang di akhirat..Allahu A'lam.

Salam Perjuangan..