Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 30 April 2010

Skor A: Siri 3/10

Arahan: Jawab semua soalan di bawah.

(a) Aakah peristiwa yang telah berlaku semasa Parameswara dan pengikutnya sedang berehat di bawah pokok melaka?

(b) Mengapakah peristiwa tersebut dianggap luar biasa?

(c) Mengapakah Parameswara memilih nama Melaka?

(d) Berikan maksud perkataan yang disebut oleh pedagang Arab tentang Melaka.

i- Mulaqah :
ii- Malakat :

(e) Mengapakah buah Amalaka dianggap istimewa berdasarkan Mitos Hindu?

- Selamat menjawab -

Skor A: Siri 2/10

Arahan: Jawab semua soalan di bawah

(a) Nyatakan tafsiran yang dibuat oleh sejarawan tentang perjuangan tokoh-tokoh pejuang tempatan yang telah menentang penjajahan British.

i- Sejarawan Barat
ii- Sejarawan Tempatan

(b) Namakan dua tokoh pejuang tanah air yang menentang penjajahan British di negara kita?

(c) Mengapakah berlakunya perbezaan pendapat antara sejarawan Barat dan sejarawan tempatan?

(d) Apakah tindakan yang boleh diambil oleh para sejarawan untuk memastikan tafsiran sejarah yang dibuat adalah betul dan tepat?

- Selamat menjawab -

Terkini: Selepas Pulau Batu Putih, Malaysia Hilang Dua Blok Padang Minyak ?

ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?

Dr Mahathir menulis dalam blognya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.

Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak satu bilion tong.

Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.

Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".

Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.

”Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan kepada negara.Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?

Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itu ke atas wilayah Limbang di Sarawak?

Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”

Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.

Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?

Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.

Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.

Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.

Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.

Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.

Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri (termasuk PM Najib) dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?

Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu minum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.

Sumber: http://kadirjasin.blogspot.com

Adakah Kau Lupa?



Mengapa Kita Perlu Belajar Sejarah?

Pernahkan anda terfikir mengapa perlunya belajar sejarah? Sewaktu di sekolah menengah dahulu pernah juga ada rakan-rakan yang bertanyakan soalan ini kepada guru sejarah.

Tadi, sewaktu bersembang-sembang dengan murid mengenai hal ehwal sekolah. Ada seorang murid bertanya,... kenapa kita perlu belajar sejarah? Tidakah ia membuang masa sahaja?

Adakah kita membuang masa dengan belajar sejarah?

Sejarah adalah pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita sendiri.

Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini.

Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Jadi adakah membazir masa dengan belajar sejarah?

Tentulah tidak. Jadi ADAKAH KAU LUPA? :)

"Ingat Sejarah..Ingat Sejarah2u"

Thursday 29 April 2010

Dulu Ateis, Sekarang Muslim

LIMA bulan sebelum detik paling bersejarah dalam hidupnya, iaitu hari bakal dinikahkan, Karen Meek hampir-hampir pengsan kerana terkejut mendengar pengakuan tunang kesayangan, Eric.

Pasti sesiapa juga akan terkejut setengah mati apabila insan yang bakal menjadi teman hidup mengaku telah bertukar agama.

Maka sukar bagi Karen mempercayai Eric kini merupakan seorang Muslim. Dahulu bakal suaminya Kristian selepas itu bertukar menjadi seorang yang tidak mempercayai tuhan atau ateis.

"Saya bagaikan disambar kilat dan petir apabila mendengar pengakuan Eric itu. Terlalu sukar untuk saya terima kerana bagaimana dengan saya sebagai tunangnya?

"Saya juga seperti ramai rakyat Rusia yang lain termasuk juga Eric sebelum ini, lebih senang untuk tidak mempercayai sebarang agama mahupun tuhan.

"Saya fikir otak Eric telah dicuci. Tiba-tiba sahaja kini beliau berhenti minum alkohol. Malah tidak pernah meninggalkan solat lima waktu sehari apatah lagi menjamah daging babi," cerita Karen mengenai perubahan perilaku tunangnya itu.

Sementara Eric, dilahirkan sebagai menganut Kristian Baptis.

Tetapi kemudian menjadi seorang ateis. Rupa-rupanya dia sudah berbulan-bulan lamanya mempelajari Islam tanpa pengetahuan Karen.

Sehingga secara rasmi telak memeluk Islam, baharu Eric memberitahu Karen bahawa Islam adalah kepercayaannya kini.

Meskipun terkejut, pengakuan Eric itu tidak membuatkan pasangan ini memutuskan hubungan. Karen tetap meneruskan rencananya untuk bernikah dengan Eric.

Namun, Karen terpaksa mencari pelbagai sumber rujukan terutamanya buku dan rakaman-rakaman video mengenai Islam, semata-mata untuk memahami agama baru anutan calon suaminya itu.

"Tetapi sama sekali saya tidak berharap akan masuk Islam apabila cuba mencari dan mengenali mengenai Islam itu," kata Karen.

Akibat dibesarkan dan meniti usia dewasa dengan pola pemikiran bahawa pegangan agama itu adalah sesuatu yang bodoh menyebabkan Karen langsung tidak mempercayai Tuhan dan agama.

"Saya tidak pernah memikirkan bagaimana dunia dan alam ini diciptakan, siapa yang menciptanya dan untuk apa diciptakan. Terus terang saya tidak pernah ambil peduli semua itu," katanya.

Namun walaupun dalam keadaan terpaksa untuk mempelajari Islam itu, akhirnya Karen menyedari dan mengakui bahawa penjelasan Islam mengenai wujudnya tuhan itu adalah paling logik atau masuk akal yang pernah beliau temui.

"Kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya yang menciptakan mengenai alam semesta ini terlalu sukar untuk saya nafikan kebenarannya lagi.

"Tidak ada alasan untuk saya membantahnya lagi," tegas beliau.

Sumber: Utusan Online, 29/4/2010

Wednesday 28 April 2010

Selesai Segera Isu Beg Sekolah Berat

Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan pihak berkuasa pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.

Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk School Bag Load and Its Effect on Erector spinae Muscle and Low Back Pain Among Primary School Children in Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) January 2005) kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.

Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3% daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.

Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban yang berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15% daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.

Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka.

Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka.

Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.

Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.

Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40% daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20% atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri.

Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10% daripada berat kanak-kanak.

Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina. Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.

Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini.

Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan mereka berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.

SM Mohamad Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Tuesday 27 April 2010

Evangelists Claim to Have Found Noah's Ark - 4000m Up Mountain

A group of Chinese and Turkish evangelical explorers said on Monday (26th April 2010) they believe they may have found Noah's Ark - 4000m up a mountain in Turkey.

The team say they recovered wooden specimens from a structure on Mount Ararat in eastern Turkey that carbon dating proved was 4800 years old, around the same time the ark is said to have been afloat.

"It's not 100 per cent that it is Noah's Ark but we think it is 99.9 per cent that this is it," said Yeung Wing-cheung, a Hong Kong documentary filmmaker and member of the 15-strong team from Noah's Ark Ministries International.

The structure had several compartments, some with wooden beams, which were believed to house animals, he said.

The group of evangelical archaeologists ruled out an established human settlement on the grounds that one had never been found above 3500m in the vicinity, Yeung said.

Local Turkish officials will ask the central government in Ankara to apply for UNESCO World Heritage status so the site can be protected while a major archaeological dig is conducted, Yeung added.

The biblical story says God decided to flood the earth after seeing how corrupt it had become, and told Noah to build an ark and fill it with two of every animal species.

After the flood waters receded, the Bible says, the ark came to rest on a mountain. Many believe that Mount Ararat, the highest point in the region, is where the ark and her inhabitants came aground.

Source: AFP

Isu Hak Royalti Minyak

" Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya ".

- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975) -

Sunday 25 April 2010

5 Great Ways to Study History

HISTORY is a fascinating subject that can challenge students to question everything that has happened before their existence.

It opens up doors to times long ago and lets students know that while there are differences across eras in human history there are also many similarities.

Many students roll their eyes when it comes to history class but with the proper perspective this can be their favorite subject.

Untuk membaca lanjut sila klik di sini..

Resepi Kejayaan

"Saya tidak sesekali menghafal untuk lulus periksa tetapi mentelaah dan memahami pelajaran yang diajar oleh guru secara konsisten"

"Saya tiada resepi rahsia. Untuk berjaya tidak wajib bangun awal pagi atau kerap tidur lewat malam untuk belajar. Yang paling penting kita memberi perhatian yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar,".


Gladys Tan Yee Kim, Pelajar Cemerlang SPM 2009 dengan memperolehi 10 A+

Monday 19 April 2010

Tahukah Anda? - Lembah Bujang

Tahukah anda bila peninggalan arkeologi di Lembah Bujang dijumpai? Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low, iaitu Superintenden di Seberang Prai (Province Wellesly).

Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenal pasti. Walaubagaimanapun, melalui kajian arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya. Antaranya candi yang dapat dilihat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu Pahat dan di Pangkalan Bujang.

Keluasan Lembah Bujang adalah sekitar 400 kilometer persegi. Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit Choras dan Bukit Batu Pahat.

Lembah Bujang kaya dengan pertanian dan bijih timah. Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud ular tedung atau cobra, dan perkataan ini berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai.

Lembah ini diairi oleh dua sungai utama, iaitu Sungai merbok dan Sungai Muda.

Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agamaHindu dan Buddha, serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah membina sebuah muzium pada tahun 1980.

Muzium yang terletak di Bukit Batu Pahat ini lebih dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Kod Undang-Undang Hammurabi

Hammurabi (1792-1750 S.M) merupakan pemerintah Babylon yang terkenal.

Beliau telah berjaya menyatukan seluruh Lembah Tigris -Euphrates di bawah satu empayar.

Hammurabi menjadi masyhur kerana kod undang-undang komprehensif yang telah diperkenalkannya. Undang-undangnya ini menjadi asas perkembangan tamadun Mesopotamia.

Terdapat kira-kira 280 penghakiman (judgements) yang meliputi undang-undang sivil dan jenayah. Undang-undang tersebut diukir di tiang yang tinggi untuk makluman semua rakyat tentang hak mereka.

Kod Undang-undang Hammurabi adalah berasaskan tiga prinsip utama iaitu:

a) Prinsip Pembalasan (law of retaliation in kind) bagi mereka yang mempunyai status sosial yang sama

b) Hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah

c) Orang perseorangan perlu membuat aduan sendiri kepada mahkamah kerana tiada terdapat pendakwa raya.

Antara contoh-contoh prinsip pembalasan adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang anak memukul ayahnya, tangannya akan dipotong.

2] Semasa pembedahan jikalau pesakit mati, pakar bedah boleh dihukum mati.

Antara contoh hukuman yang dikenakan berasaskan status sosial adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.

2] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda satu mina perak.

Saturday 17 April 2010

Kesultanan Melayu Melaka Diasaskan Pada Tahun 1278 ?

MELAKA: Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata tahun 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.

"Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada tahun 1278," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini, Mohd Ali berkata hasil penyelidikan itu dibentangkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini, semalam.

Jawatankuasa penyelidik dengan 15 anggota itu dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Jawatankuasa itu diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenalpasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lepas.

Mohd Ali berkata kumpulan penyelidik berkenaan menolak tahun 1400 sebagai tahun kerajaan Melayu Melaka diasaskan kerana ia hanya berdasarkan kepada kesepakatan sarjana barat, bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.

"Suma Oriental (dunia Timur) yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap, bukan dokumen bertulis, dan menyatakan bahawa Melaka bermula sebagai satu entiti politik pada 1400," katanya.
Diketahui umum, Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara antara tahun 1400 dan 1403.


Berikutan penemuan baru itu, Mohd Ali berkata satu seminar akan diadakan pada tahun ini bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkenaan.

Sementara itu, Dr Abdullah Zakaria berkata mereka menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan di negara ini dan Indonesia.

Beliau berkata tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka adalah berasaskan tempoh pemerintahan Raja-raja Melaka seperti yang dikisahkan dalam Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu.

Katanya mereka juga mempunyai bukti lain yang dapat mengesahkan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278. - BERNAMA

Friday 16 April 2010

Musim Temuduga

Salam Sejarah buat semua pengunjung setia Sejarah2u yang dihormati.

Dalam beberapa minggu ni dan sejak bulan lepas lagi, bolehlah dikatakan ia merupakan tempoh untuk bermulanya 'musim temuduga'.

Ini penulis maksudkan dengan permohonan untuk mendapatkan biasiswa bagi menyambung pengajian, tak kurang juga temuduga untuk kemasukan ke menara gading samada IPTA, IPTS mahupun permohonan untuk menyambung pelajaran hatta ke universiti luar negara.

Bagi calon-calon yang telah selamat ditemuduga, sudah pasti kelegaan jelas terpancar dengan harapan apa yang diimpikan kelak dimakbulkan demi memenuhi sebuah impian menggunung.

Bagi yang belum atau sedang menanti panggilan temuduga, bersedialah untuk memberikan hanya yang terbaik dengan adab dan etika temuduga yang baik, di samping menambah pengetahuan semasa sedia ada bagi memberi nilai tambah semasa berlangsungnya sesi temuduga nanti.

Akhir bicara, Sejarah2u mendoakan kejayaan buat semua yang telah dan bakal menghadiri sesi temuduga. Moga berjaya menjawab semua soalan yang ditanya dengan rasional dan bernas dan selamat maju jaya hendaknya.

Tuesday 6 April 2010

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan di antara bangunan lama yang terdapat di bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslian rekabentuknya.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walau bagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.

Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gah pada ketika itu.

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.


Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.

Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos.

Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner.


Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik dan merupakan di antara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik.

Bangunan ini juga mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.

Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya tiga buah kubah yang menghiasi bangunan ini.


Di peringkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat berwarna hitam, namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengan tembaga. Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.

Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982.


Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

'Kuil Kebanggaan Israel' di bawah Al-Aqsa

Selasa, 06/04/2010 – Dr. Ahmad Abu Halbiyyah, seorang wakil rakyat dan ketua jawatankuasa al-Quds dalam Dewan Perundangan Palestin mengutuk perancangan Zionis baru yang bertujuan membina sebuah kuil Yahudi dengan jarak 200 meter daripada Masjid al-Aqsa di bandar al-Quds. Kuil tersebut diberi nama ‘Kuil kebanggaan Israel’.

Beliau meminta rakyat Palestin agar membela tanah suci itu dengan menghulurkan bantuan berbentuk kewangan, sokongan moral, media dan menyebarkan kefahaman sebenar tentang al-Quds.

Beliau berkata dalam satu kenyataan akhbar bertulis dan diedarkan oleh Pejabat Penerangan HAMAS dan diterima oleh Pusat Media Palestin pada hari Ahad (4/4):

“Perancangan baru itu adalah sebagai siri baru daripada perancangan Zionis yang merbahaya untuk mengyahudikan tanah-tanah suci Islam.”

Beliau seterusnya menambah, perancangan itu amat merbahaya kerana pembinaannya yang amat hampir dengan Masjid al-Aqsa.

Beliau menegaskan sebahagian daripada kuil tersebut termasuk ke bawah laman masjid dari arah barat. Ini akan menyebabkan binaan Masjid al-Aqsa bahagian kiblat dan kubah ‘Batu’ akan dirobohkan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Proses Zionisasi di Malaysia Semakin Rancak??

Apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM), Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses Zionisasi ke atas negara ini.

Oleh kerana sesetengah orang mungkin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Zionisasi tu, ia bolehlah difahami sebagai proses mengIsraelkan jentera-jentera kerajaan yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.

Sila baca juga pautan berkaitan di bawah:

Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM (Malaysiakini 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence in Bukit Aman (Free Malaysia Today 6/4/10)
Anwar claims Bukit Aman infiltrated by Israeli spies (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar dakwa ejen Israel 'ceroboh' PDRM (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence worked with Bukit Aman (Malaysian Digest 6/4/10)
Bukit Aman's Israeli connection (Malaysia Today 6/4/10)
KPN minta Anwar kemuka bukti (Malaysiakini 6/4/10)
Agen perisik Israel terlibat dalam projek IT polis (Suara Keadilan 6/4/10)
Portal KDN sahkan APCO terlibat (Harakah Daily 6/4/10)

Sumber: penarikbeca.blogspot.com

Monday 5 April 2010

Marco Polo

Marco Polo ialah seorang pengembara yang termasyhur dari Venice.

Bersama dengan ayah dan bapa saudaranya, Marco Polo meninggalkan Venice pada tahun 1271, dan tiba di Peking (sekarang, Beijing) setelah mengembara dengan mengalami kesukaran yang mengerikan melalui Asia Tengah.

Maharaja China ketika itu, Kublai Khan sangat tertarik hati kepada Marco Polo yang telah berusaha gigih mempelajari bahasa Cina.

Lalu, baginda menghantarnya sebagai utusan China ke Mongolia, Karakorum, dan Burma.

Setelah 17 tahun menetap di China, beliau dibenarkan pulang ke negerinya dan dalam masa yang sama juga diminta mengiringi seorang puteri China yang hendak dikahwinkan dengan Raja Parsi.

Dalam pelayaran pulang ke negerinya, Marco Polo sampai di Perlak, Sumatera pada tahun 1292 sementara menunggu perubahan dalam tiupan angin untuk kembali belayar. Kemudiaannya bertolak ke Ceylon dan selepas itu ke Ormuz.

Tiga tahun selepas beliau tiba di Venice, Marco Polo telah ditawan dalam konflik peperangan antara Venice dan Genoa. Semasa di dalam tawananlah Marco Polo menceritakan dan mencatat kisah pengembaraannya yang hebat itu.

Bapa Kesusasteraan Melayu Moden

Selain daripada kitab Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang, ada juga disebut dan dikaitkan sejarah Tanah Melayu hasil daripada karya Abdullah Munsyi.

Di bawah pengaruh dan didikan ayahnya Abdul Kadir, Abdullah mulai belajar bahasa Tamil, Melayu dan Arab.

Pada masa umurnya baru 11 tahun dia menjadi guru agama kepada beberapa orang askar India.

Mereka menggelarkan beliau sebagai “Munsyi” yang bermaksud guru, dan nama itu terus terlekat kepadanya sehingga sekarang.

Membicarakan kaitan antara Abdullah Munsyi dan Stanford Raffles, pengasas Singapura, beliau menganggap Raffles sebagai seorang bapa, dan mengikut nasihatnya dan belajar bahasa Inggeris.

Dalam masa yang singkat sahaja Abdullah menjadi seorang penulis yang berpengalaman.

Abdullah telah tinggal di Singapura dan di sana beliau bekerja sebagai seorang penulis yang ternama. Karangannya ‘Hikayat Abdullah’ menceritakan kejadian-kejadian sejarah yang berlaku dalam masa hayat Raffles dan sesudahnya.

Oleh sebab karya-karyanya dalam jurusan sastera, beliau digelar “Bapa Kesusasteraan Melayu Moden” dan kepada ahli sejarah pula beliau adalah penulis riwayat hidup Raffles yang terkemuka.

Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)

Apabila Parameswara mangkat dalam tahun 1414, baginda telah digantikan oleh Sultan Megat Iskandar Syah yang memerintah Melaka sehingga 1424.

Pada peringkat ini perlulah dijelaskan bahawa sebelum ini ramai sarjana sejarah berpendapat Parameswara dan Megat Iskandar Syah adalah orang yang sama. Megat Iskandar Syah telah dikatakan ialah nama Parameswara setelah baginda memeluk agama Islam.

Akan tetapi, kajian lanjutan yang telah dijalankan dengan berpaut kepada sumber-sumber sejarah China membuktikan bahawa Megat Iskandar Syah ialah putera kepada Parameswara.

Rekod catatan China mencatatkan bahawa dalam tahun 1414, Megat Iskandar Syah melakukan lawatan ke negara China dan memaklumkan Maharaja China bahawa ayahadanya Parameswara telah mangkat. Maharaja China pun lalu mengiktiraf Megat Iskandar Syah sebagai Sultan Melaka dan menghadiahkan emas, perak dan sutera kepadanya.

Namun, apabila Melaka menjadi makmur, ancaman daripada Siam mula menjadi ancaman besar. Megat Iskandar Syah berangkat ke negara China sekali lagi dalam tahun 1419 dan menggesa Maharaja China memerintahkan Siam supaya berhenti daripada mengancam kedaulatan Melaka. Dan selepas itu Siam tidak lagi menjadi ancaman kepada Melaka.