Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Wednesday 24 October 2007

Sejarah SPM - Intro

SEJARAH SPM 2007

A. PENGENALAN UMUM

1. Calon wajib menjawab i) Kertas 1 – Objektif
ii) Kertas 2 – Struktur / esei

2. Masa Kertas 1 – 1jam
Kertas 2 – 2 jam

3. Mulai SPM 2005 Kertas 1 terkandung 40 soalan meliputi Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
(40 markah)

4. Kertas 2 terkandung 4 soalan struktur ( 40 markah) dan 5 soalan esei pilih 3
(60 markah) meliputi sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

B. ANALISA SOALAN SPM 2006

Kertas 1

1. 18 soalan Tingkatan 5 dan 22 soalan Tingkatan 4. Soalan daripada Bab 5 tiada dan Bab 3,6 dan 9 ada 1 soalan (Tingkatan 4). Bagi Tingkatan 5 tiada soalan Bab 5, 6 dan 7.

2. Pembahagian soalan seperti berikut :

Tingkatan 4 - Bab 1 - 3 soalan
Bab 2 - 3 soalan
Bab 3 - 1 soalan
Bab 4 - 3 soalan
Bab 5 - Tiada
Bab 6 - 1 soalan
Bab 7 - 2 soalan
Bab 8 - 2 soalan
Bab 9 - 1 soalan
Bab 10 - 6 soalan

Tingkatan 5 - Bab 1 - 5 soalan
Bab 2 - 3 soalan
Bab 3 - 1 soalan
Bab 4 - 1 soalan
Bab 5 - Tiada
Bab 6 - Tiada
Bab 7 - Tiada
Bab 8 - 4 soalan
Bab 9 - 4 soalan

3. Bab 1 dan Bab 2 Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 sangat penting untuk soalan objektif / struktur / esei.

Kertas 2

1. Bahagian A (soalan struktur)
- 2 soalan daripada Tingkatan 4 dan 2 soalan daripada Tingkatan 5
- soalan pecahan a / b / c / d
- meliputi konsep, sebab
- memerlukan jawapan pendek
- markah satu soalan antara 1 / 2 / 3 / 4
- pelajar lemah menjawab soalan struktur

2. Bahagian B (soalan esei)
- soalan tahun 2005 dikeluarkan semula (6c)
- banyak soalan KBKK
- markah sedikit – 1 isi = 1 markah
- pemarkahan berubah – perlukan fakta / huraian / contoh
- fokus memahami kehendak / maksud soalan
- ada soalan mengelirukan (6a)
- skop soalan luas tetapi markah sedikit
- soalan banyak pecahan
- penting memahami kata kunci soalan – Apa / Terangkan / Bagaimana / Mengapa /
Huraikan / Jelaskan
- penting rujuk Tingkatan 4 / Tingkatan 5 dan bahasa
- Skema berubah iaitu 1 tema = 1 markah

3. Soalan SPM 2006
Kertas 2

Struktur
1. Tingkatan 4 Bab 4 – Islam di Mekah a / b / c / d
2. Tingkatan 4 Bab 10 – Kesan ekonomi moden a / b / c
3. Tingkatan 5 Bab 5 – Pembinaan bangsa / negara a / b / c / d / e
4. Tingkatan 5 Bab 9 - Malaysia & antarabangsa a / b / c / d

Esei
5. Tingkatan 4 Bab 1 – Konsep Tamadun / 4 ciri-ciri Tamadun (sumbangan Tamadun Mesopatamia)
6. Tingkatan 4 Bab 8 – (kesan Islam dalam Bahasa Melayu / kesan kesenian Islam / nilai Islam dalam kehidupan)
7. Tingkatan 5 Bab 4 – (6 sebab British isytihar Malayan Union / sebab radikal dan orang dagang sokong MU / kesan Malayan Union)
8. Tingkatan 5 Bab 8 – (4 matlamat DEB / 5 langkah DEB / 3 pencapaian DEB)
9. Tingkatan 5 Bab 9 - Peristiwa yang berlaku sebelum PD 2 / 6 kesan PD2 / cara elak peperangan)

C. CADANGAN KEPADA CALON / GURU

- Guna buku teks sebagai rujukan utama
- Kuasai sukatan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 dengan baik
- Kuasai teknik / tajuk / sub tajuk untuk menjawab soalan
- Hadiri taklimat / ceramah peningkatan prestasi
- Perbanyak ulangkaji, latih tubi dan kumpulan perbincangan
- Rujuk soalan SPM lepas dan tahu analisis soalan
- Penerangan bentuk soalan dan pemahaman kata kunci soalan
- Buat persediaan awal
- Pendedahan soalan KBKK
- Mengadakan bank soalan
- Memahami kehendak soalan dan skema pemarkahan LPM
- Guna ayat yang betul dan tepat
- Jawapan mesti ada fakta, huraian dan contoh.

D. TOPIK PENTING SPM 2007

1. Tingkatan 4 - Bab 1 / 2 – Tamadun awal
- Bab 4 / 5 / 6 / 7 / 8 - Semua Bab Islam
- Bab 9 – Perubahan di Eropah

2. Tingkatan 5 - Bab 1 / 2 - Nasionalisme
- Bab 3 / 6 / 7 – Konsep pembinaan bangsa dan negara
- Bab 9 – Malaysia dalam kerjasama antarabangsa

No comments: