Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday, 9 November 2007

Kecemerlangan Kini di Depan Mata!!

Salam Sejarah buat anak2 didik yang dikasihi,

Tinggal hanya beberapa hari lagi Spm bakal menziarahi kalian. Di hati ini sentiasa berdebar memikir dan terkenangkan persediaan kalian menempuh badai gelora 'tetamu' yang sentiasa menggamit perasaan kalian sejak sekian lama ini.

Di hati ini terdetik kerisauan..adakah kalian bersedia menggunakan segala bekalan 'senjata' yang telah diberikan untuk sekian lama. Terdetik juga di hati..akan adakah yang 'gugur percuma' sebelum benar2 berjuang.

Pesanan sang guru dari hulu sg pusu ini adalah kalian terus dan terusan berjuang penuh disiplin dan istiqamah hingga saat terakhir. Rendahkanlah diri bermunajat kepada Allah Swt, mohon pertolonganNya agar dibuka pintu hikmat, izin menguasai ilmuNya yg ibarat setitis air lautan ini.

Akhiru kalam, salam sejarah dengan penuh ketulusan hati buat anak2 didik semua. Semoga pertolongan Allah Swt sentiasa bersama kalian dalam menggapai A1 buat Sejarah kelak. Tekad betul2 dalam diri bahawa tiada ruang kompromi selain A1 kerna kecemerlangan kini hanya di depan mata kalian. Hanya kepada Allah Swt jua kita bertawakkal dan berserah diri.

min al faqiru ilaAllah,
GuRu SeJaRaH '07

No comments: