Salam Sejarah buat semua. Keputusan SPM 2007 yang lalu telah sama2 kita ketahui. Ada cerita suka dan duka yang melatari peristiwa 'keramat' tanggal 12 Mac tempohari. Sebaik keputusan rasmi diperolehi, Ust telah dihujani dgn panggilan telefon dan SMS, tak kurang juga ucapan melalui emel yg mengucapkan penghargaan di atas jasa2 yg pernah ditabur. Sebagai guru, saat itu bisa saja membuat Ust terharu malah kadang2 sebak apatah lagi dikhabarkan berita gembira bahawa anak2 didik kita berjaya menggapai kecemerlangan yg diidam-idamkan selama ini.
Dalam banyak2 ucapan tersebut Ust begitu tertarik hati dgn kiriman puisi karya SN A. Samad Said pada April 1988 yg bertajuk 'Obor Hemah' yg dikirim oleh bekas anak murid Ust melalui emel. Di sini, Ust suka utk berkongsi bait-bait dalam puisi tersebut untuk tatapan semua:-
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah,
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara insan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.
Guru...atap ganti ketika pondok bocor,
kitab SEJARAh dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia..sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara darma,
memesan angin menghikmahkannya.
Guru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutub khanah,
menyediakan kutub khanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya
atas lambungan laut, merangsang
manusia menyelami rahsia khazanahnya.
Guru...minda segar dan kukuh akar
menghidupkan batin yang bersih,
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan
walau diambilnya kembali semua buku,
sempat ditinggalkannya asas ilmu.
Guru adalah batin suci hati nurani,
penjunjung budi, manusia yang taqwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Monday, 17 March 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment