Arahan: Anda sangat digalakkan untuk menjawab soalan-soalan di bawah tanpa merujuk buku teks. Jawapan bagi soalan di bawah akan ditampal di tingkap bilik guru pada hari Isnin (28/7/08) untuk semakan anda. Selamat menjawab. 1) Apakah faktor yang membawa kepada keruntuhan kerajaan di Mesopotamia? A. Penguasaan Parsi B. Perluasan tamadun Indus C. Rampasan kuasa golongan pendeta D. Kemusnahan taman Tergantung Babylon 2) Mengapakah Kod Undang-undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia? A. Menggalakkan mobiliti sosial B. Merekodkan urusan pentadbiran C. Mengukuhkan organisasi masyarakat D. Mencatatkan harta golongan bangsawan 3) Apakah persamaan antara sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi di Malaysia? A. Raja sebagai ketua kerajaan B. Rakyat terlibat dalam pemerintahan C. Dewan Negara meluluskan belanjawan D. Dewan Rakyat menentukan ketua negara 4) Apakah faktor penyebaran agama Kristian secara meluas pada Zaman Rom (280 – 337 S.M.)? A. penulisan kitab Bible B. pengaruh agama lain kurang C. pengiktirafan oleh Constantine D. perkembangan teknologi pencetakan 5) Mengapakah kerajaan Funan berkembang daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim? A. Kekayaan hasil laut B. Peningkatan hasil pertanian C. Perubahan dasar pemerintahan D. Kedudukan Oc-Eo yang strategik 6) Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah? A. Mengawal kaabah B. Menguasai telaga zamzam C. Merebut hak pungutan cukai D. Mengamalkan semangat kesukuan 7) Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Mekah, ramai golongan hamba yang memeluk Islam? A. Bersedia mati syahid B. Mendapat hak yang sama C. Mendapat keizinan tuannya D. Berpeluang menjadi pemimpin 8) Antara berikut keadaan yang manakah membenarkan perang dalam Islam? I. Meluaskan wilayah II. Menguasai ekonomi III. Menjaga harta benda IV. Mempertahankan diri A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 9) Antara berikut yang manakah termasuk dalam golongan al-Riddah yang muncul selepas kewafatan Nabi Muhammad Saw? I. Mengaku menjadi nabi II. Menjadi ketua kafilah III. Memerangi pemberontakan IV. Mengingkari pembayaran zakat A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 10) Pengaruh Bani Umaiyah dalam Kesultanan Melayu dapat dilihat melalui A. bahasa istana B. amalan protokol C. adat kebesaran diraja D. alat perkahwinan diraja |
Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Tuesday, 22 July 2008
Set Soalan Pengukuhan 1/08
Saturday, 19 July 2008
Berita PUI 1
Salam Sejarah buat anak2 didik ust yg dikasihi..
Untuk makluman..pembentangan kumpulan PUI pada Isnin (21/7) akan dimulakan oleh kumpulan2 yg akan membentang tajuk-tajuk tingkatan 4. Diminta kerjasama daripada semua kumpulan utk bersedia sebaik mungkin bagi memberikan hanya yg terbaik kpd diri sendiri dan rakan2 yg lain. Masa utk setiap kumpulan membuat pembentangan adalah antara 7 - 10 minit.
Tuesday, 15 July 2008
Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) 2008
Salam PUI buat semua anak didik ust di 5 Saf & 5 Sar yg dikasihi lagi dirahmati Allah s.w.t.....
Begitu pantas rasanya masa berlalu meninggalkan kita. Kini, kehadiran PUI semakin menghambat kita utk mencongak persediaan dan bekalan yang ada, samada kita benar2 cukup bersedia atau sekadar 'cukup makan' sahaja.
Justeru, tika waktu dan saat ini suka dipesan agar segala persediaan yg perlu wajar diberi perhatian. Ini kerana sesuatu peperiksaan yg bakal dihadapi sering dianalogikan umpama hakikat sebuah peperangan di mana disiplin diri, strategi berkesan dan semangat berjuang (jihad) kental tanpa mudah menyerah kalah bakal menjadi aset utama bagi menggapai misi kemenangan.
Terlintas kenangan kejayaan sebahagian anak2 didik lalu...mereka adalah murid2 yg cekal, sabar, gigih, kuat hubungan dgn Allah Swt serta sentiasa berusaha mendapatkan restu dan redho ibu bapa dan guru2 mereka. Buat anak2 didik kini, contohilah resepi kejayaan mereka dan jadikanlah mereka yg telah berjaya sbg sumber inspirasi krn kalian juga berpotensi besar mencipta Sejarah pada tahun 2008 ini. InsyaAllah
Yakinlah! bahawa kalian sudah tidak punya cukup masa lagi utk bersantai girang krn masa itu adalah kehidupan. Yakinlah! bahawa kalianlah penentu kejayaan masa depan diri dan ummah. Yakinlah! hanya dgn disiplin yg tinggi, strategi yg ampuh, dan kesungguhan berjuang demi kecemerlangan fillah, kalian pasti berjaya.
Akhirnya, marilah sama2 kita berdoa agar segala apa yg telah dirancang dan bakal kita tempuhi bermula drpd proses PUI sehinggalah hampir ke tarikh peperiksaan sebenar akan dikira sebagai 'amal soleh di sisi Allah s.w.t jua. Amiin....

Subscribe to:
Posts (Atom)