Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 6 November 2009

Bicara Salam Berjuang

Pada hari khamis lalu, bersamaan tarikh 5 November tercatat sejarah dengan berakhirnya sesi kelas Persediaan Ulangkaji Intensif (PUI) untuk subjek Sejarah Spm bagi sesi 2009 ini.

Penulis merafa'kan setinggi kesyukuran pada-Nya kerana memberi kekuatan kepada penulis untuk melaksanakan amanah sepanjang hampir dua bulan PUI berlangsung untuk memberikan hanya yang terbaik kepada anak-anak didik yang penulis sayangi.

Semakin menghampiri Spm, dapat penulis rasakan bahawa hati ini semakin dekat dengan setiap denyutan mereka sementelah banyak berkongsi perasaan dan masalah mereka dalam memastikan mereka tenang dan berkeyakinan tinggi dalam satu saf yang kukuh demi membuat persediaan terbaik untuk menghadapi Spm kelak.

Jauh di hati kecil ini, penulis sentiasa mendoakan kejayaan mereka dalam Spm dan yang lebih penting kejayaan mereka dalam segala lapangan samada di dunia mahupun di akhirat.

Harapan penulis, agar anak-anak didik asuhan penulis ini terus fokus dengan misi kecemerlangan demi mengharapkan redho-Nya di samping abaikanlah pujukan hati dan nafsu yang selalu merayu ke arah 'kegelinciran' dalam melakukan sesuatu yang sia-sia dan tidak bermanfaat demi masa depan mereka.

Bersabarlah dengan segala susah payah dalam usaha menekuni ilmu, kerana ilmu yang diperoleh dengan sabar dan tekun itulah yang lebih berkat. Betulkanlah niat menuntut ilmu bukan semata-mata lulus dan skor peperiksaan semata (exam orientation) tapi tuntutlah ilmu demi menggapai keredhoan Allah Swt, seterusnya berjaya mengembalikan 'izzah Islam dan tradisi gemilang umat khayr ummah ini.

Akhir bicara, medan peperiksaan itu ibarat sebuah medan perang yang maha dahsyatnya, segala apa latihan yang diberi dan panduan sepanjang PUI ibarat 'senjata' dan kemahiran untuk berperang. Manfaat dan gunakanlah semua kemahiran dan 'senjata' tersebut dengan tangkas dan penuh semangat keperwiraan tulen hingga tercapai matlamat yang dicita. 'Biar putih tulang, jangan berputih mata' 'Pantang perwira berundur, pantang maut sebelum ajal'. Allahu a'lam

2 comments:

Meooo Comicore Club said...

slmt berjuang!

Nabilah-LilyPatel said...

salam, terima kasih ustaz. jasamu terlalu kami kenang. kalau nak dibayar setitik peluh yang jatuh sbb mengajar kami yg lambat paham ni, boleh bankrupt kami... sesungguhnya ilmu yang ustaz wariskan buat kami itu jauh lebih bernilai daripada segala emas,permata,mutiara,duit atau ape je yang bernilai dalam dunia ni...syukran,,,syukran....arigato, muchvas gracias...terima kasih..shesheni..thankyou.....