Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Tuesday, 29 December 2009

Tahukah Anda? - Pokok Yahudi

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.

Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya.

Akan tetapi ada satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di negara haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw….namun, disebabkan sifat ego dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya.

Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya, pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita. Allahu a'lam.

http://www.jnf.org/support/tree-planting-center/

5 comments:

Nurina Syazana said...

Wah! Petama kali ana dengar pokok yahudi!! Masya Allah... terima kasih di atas info2 ni... amat bermakna...

Hasnan said...

Salam.

Harap tidak ada pembaca yang membenci pokok ini lalu menyebut pokok ini sebagai 'penolong' Yahudi.

Jika diamati, hadis itu menjelaskan sebaliknya.
Bayangkan ketika berlaku peperangan yang dijanjikan, di mana tentera musuh (Yahudi)ketika itu? Di celah atau barangkali di atas pokok Gharqad.

Bukankah ini gambaran penghinaan Allah terhadap Yahudi? Tentera Yahudi yang terkenal dengan kecanggihan alatan ketenteraan bersembunyi di celah pokok!

Mujahid Islam said...

Salam Sejarah Nurina. Sekadar berkongsi info yang jarang didengari. Alhamdulillah. Smg mendapat banyak manfaat.

Salam tuan Hasnan. Betul tu. tiada diksriminasi terhadap segala yang diciptakan Allah. Jauh sekali untuk membenci. Nau'zubillah

Cuma, sengaja tajuk ini dipilih demi menunjukkan betapa rapatnya kaitan pokok ini dengan yahudi. Jika tidak, masakan Allah menyatakan nama pokok ini dan kepentingan sbg 'mekanisme perlindungan' melalui kalam RasulNya.

Penghinaan Allah adalah jelas dengan pengusiran yahudi tanpa negara buat mereka. Allahu a'lam

p/s: diberitakan kini, yahudi sedang sibuk mengumpul sebarapa banyak dana untuk projek menanam pokok ini besar-besaran di Israel.

-Ҳ·Ҳ̸Ҳ·ҲҲ ·# DoʍιиιqυΣ.Ш™ #·Ҳ·Ҳ̸Ҳ·ҲҲ said...

lol. I appreciate that you are trying to educate the public about history and all its glory. But try to remain less prejudice in your postings, it is not right to focus on one version of history as perceptions vary. Hence write with facts only, don't tokok tambah or add emotions to your postings

-Ҳ·Ҳ̸Ҳ·ҲҲ ·# DoʍιиιqυΣ.Ш™ #·Ҳ·Ҳ̸Ҳ·ҲҲ said...

lol. I appreciate that you are trying to educate the public about history and all its glory. But try to remain less prejudice in your postings, it is not right to focus on one version of history as perceptions vary. Hence write with facts only, don't tokok tambah or add emotions to your postings