Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Monday, 31 May 2010

Dunia Jadi Saksi Kekejaman Zionis Yahudi di Perairan Antarabangsa

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.


“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa.

Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.


“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam.

Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun.

Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu.

Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap 'Apartheid' Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.


Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”.

Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata. Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.


Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”.

Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.


Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Sumber: Haluan Malaysia

2 comments:

'bradokapak' said...

Salam Ust Isharuddin...

Saya salah seorang anak murid ust...
Macamni ust, sy ada beberapa persoalan yg hendak sy tanyakan kpd ust. Maaflah, tak dapat nk tunggu smpi habis cuti, jd sy tanyakan disini sahaja ya.

Soalan2 sy...

1, Boleh ust ceritakan serba sedikit mengenai Siti Hajar Isteri kepada Nabi Allah Ibrahim AlaihisSalam?

2, Ust sertakan sekali ya nasab dia dari keturunan siapa, ayahnya siapa, dan keturunan dibawahnya siapa?

3, Minta ust ceritakan sedikit mengenai anak2 kepada Nabi Allah Nuh AlaihisSalam.

4, Sertakan sekali ya jurai anak2nya sehingga menyampai kepada Nabi Allah Ibrahim AlaihisSalam.

5, Boleh ust ceritakan serba sedikit mengenai Empayar Temir dan Dinasti Al-Kamil??? Kalau boleh, sila cerita ya ust, ceritakan sekali bagaimana Dinasti Al-Kamil dapat meruntuhkan EMpayar Srivijaya....


Ok ust Ishar, setakat ini sahaja dahulu soalan2 drpd sy.... Saya amat berharap ust menjawab kesemua soalan saya ini secepat mungkin. Sekiranya ada yang ust tak dapat jawab, tak mengapa, sy berterima kasih atas respons yg baik drpd ust. Diharap ust meluangkan masa sebentar untuk menjawabnya, jangan tangguh2 ya ust. Saya menanti2 ni... :)

Ust boleh jawab disini dalam ruangan komen blog ust ini, atau ust juga boleh hantarkan ke blog saya melalui ruangan komen pada blog saya di http://bradokapak.blogspot.com/ atau ust boleh postkan email kepada email sy bradokapak@yahoo.com



Maaflah kalau saya spt mendesak, sudah banyak tempat saya cari, tapi saya tak dapat nak tunggu bukak sekolah, jadi sy tanya kepada ust disini sahaja ya.


Dan mohon maaf juga ya kepada ust, sekiranya saya spt sedikit terburu2 dan mengganggu cuti ust...


Apapun, jasa baik ust dalam menjawab soalan2 sy itu, saya dahului dgn Jutaan Terima Kasih.


WAllahua'lam,
Wassalam...
-ketuakelas4tiz

Pencinta Ilmu said...

http://nurazahfathirah.wordpress.com/

Respon untuk entri ini, ana ingin mengucapkan tahniah kepada ustaz kerana menjadi antara umat Islam yang prihatin tentang isu ini sedangkan masih ada lagi umat Islam yang memperlekehkan usaha kita. Ana pun turut merasai kejadian ini kerana salah seorang dari keluarga ana ada di dalam kapal mavi marmara yang lalu. Itu saja, syukran dan salam ziarah :)