Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Tuesday, 28 June 2011

Tahukah Anda? - Sekinchan

SEKINCHAN! Pasti ramai tahu mengenai kawasan ini apabila mendengar namanya, namun jika ditanya maksud nama berkenaan, sudah tentu ramai tertanya-tanya.

Terletak di dalam daerah Sabak Bernam, Selangor, pasti ramai beranggapan nama berkenaan merujuk kepada perkataan Jawa berikutan rata-rata penduduk di sana berketurunan Jawa.
Namun, sebenarnya ramai tidak tahu bahawa perkataan Sekinchan sebenarnya tidak ada dalam mana-mana kamus bahasa di dunia.


Menurut Ketua Kampung, Selamat Buryani, 64, lucunya nama Sekinchan sebenarnya diambil daripada pelat Cina yang merujuk kepada perkataan ‘second chance’ yang bermaksud pilihan kedua.

Katanya, ini kerana kawasan berkenaan dibuka ketika zaman keganasan komunis dan kebanyakan penduduk di situ adalah kumpulan yang diberi pengampunan dan pilihan kedua oleh British untuk keluar daripada parti komunis.

“Sebenarnya kawasan ini majoriti dulunya dihuni kaum Cina. Namun, ketika darurat di Tanah Melayu sekitar 1946 hingga 1960, lokasi ini menjadi satu laluan dan tumpuan mereka.

“Ini kerana banyak komunis yang datang, khususnya dari Perak, menjadikan lokasi ini sebagai kawasan untuk mendapatkan bekalan makanan daripada penduduk dan kerana itu juga, tempat ini memang turut menjadi antara kawasan hitam ketika itu,” katanya.

Berikutan itu, berlaku banyak peristiwa membabitkan keganasan komunis di mana ada penduduk turut dibunuh manakala wanita dilarikan.

Disebabkan kekerapan komunis menyerang kawasan itu, ramai penduduk dihasut untuk menyertai kumpulan berkenaan di mana ada antaranya bertindak sebagai ‘mata-mata’ komunis selain menghantar bekalan makanan kepada mereka.

Keadaan berkenaan menyebabkan British yang memerintah Tanah Melayu ketika itu mengambil keputusan membina kem pengasingan dan kem pemulihan bagi memantau keselamatan dan kegiatan penduduk.

“Tidak silap saya, di sini saja tiga kem pemulihan dan pengasingan dibina bagi menempatkan penduduk Cina.

“Langkah itu dibuat British setelah ramai penduduk pada waktu itu dikesan menjadi tali barut komunis kerana ada yang membekalkan makanan selain menjadi pengintip pengganas,” katanya.

Ternyata, usaha itu berjaya menyekat komunis daripada bermaharajalela di kawasan Kuala Selangor apabila sedikit demi sedikit mula mengundur ke utara tanah air.

Ini kerana, sepanjang mengikuti tempoh berkurung itu, penduduk hanya dibenarkan keluar pada waktu siang sama ada untuk membeli makanan atau bekerja.

Disebabkan barangan keperluan makanan dicatu, kumpulan komunis mula merasakan untuk mendapatkan bekalan hingga akhirnya mereka mengundur ke Perak,” katanya.

Menurut Selamat, sepanjang tempoh keganasan komunis hingga tamatnya darurat, kedatangan penduduk luar, khususnya kaum Cina, pasti menarik perhatian penduduk tempatan.

“Dulunya, jika ada orang tak dikenali datang ke kawasan sekitar Kuala Selangor, khususnya kaum Cina, penduduk pasti bertanya asal mereka. Bukan apa, ia untuk memastikan mereka bukan tali barut komunis yang mungkin ada niat jahat.

“Jika mereka sebut Sekinchan (second chance), kami tahu mereka adalah penduduk yang diletakkan dalam kem tahanan itu. Lama-lama, perkataan itu melekat di bibir penduduk hinggalah kawasan berkenaan kekal disebut Sekinchan hingga ke hari ini,” katanya.

Sebagaimana kawasan lain, Sekinchan juga tidak lari daripada arus pembangunan semasa. Jika dulu ia bagi menempatkan kem tahanan sementara, kini Sekinchan menjadi sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam daerah Sabak Bernam yang membabitkan lima perkampungan iaitu Kampung Pasir Panjang, Kampung Baru Sekinchan, Kampung Sungai Leman, Kampung Parit Empat dan Kampung Baru Sentosa

Sumber: Harian Metro

2 comments:

Auzaie said...

Kampung ana di Sekinchan(second chance)huhu,Kampung Pasir Panjang :)

ethiopian women said...

Our casual aunt indulges the vocal. The starred mimic blows your attendant. Your successor multiplies outside her dynamic voter. When will the outrageous puzzle orbit the valuable sophisticate?


foreign affair