Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Sunday 22 January 2012

Prof Khoo: Sejarah ditentukan badan eksekutif

Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.

Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif.

Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.

"Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima.

"Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.

Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.

"Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa.

"Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.

Teks baru pada 2014

Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963.

"Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.

"Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.

Sumber:
Malaysiakini.com