Menu Ekspres:
Friday, 9 August 2013
Modul Sejarah Islam Diperkenal di Sekolah-Sekolah Awam di Britain
LONDON - ENGLAND. Pelbagai usaha kini giat dilakukan bagi mengubah persepsi Islamophobia di Britain.
Dipetik Press TV, selepas kejayaan stesen televisyen Channel 4 menyiarkan siaran azan sepanjang Ramadan, kini Setiausaha Pendidikan Britain, Michael Gove mengumumkan untuk memasukkan modul sejarah Islam sebagai subjek baru di sekolah-sekolah awam seluruh Britain.
Perubahan tersebut dibuat selepas draf awal kurikulum baru itu dikritik Muslim Council of Britain (MCB).
Dalam kenyataan sebelum ini, MCB kecewa kerana bahan berkaitan Islam gagal dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah.
Difahamkan, subjek itu akan diperkenalkan awal tahun depan.
Pengerusi Masjid Lancashire, Salim Mulla berkata, perubahan tersebut adalah 'kemenangan' besar kerana semua orang memerlukan pemahaman lebih baik berkaitan agama Islam.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Pendidikan Blackburn Diocese menyambut baik cadangan tersebut.
"Seperti kita ketahui, tamadun awal Islam banyak memberi sumbangan besar dalam sejarah dunia dan ia perlu diperjelaskan kepada umum terutama kepada masyarakat di Britain," katanya.
Sejak insiden pembunuhan askar pada 22 Mei lalu, masyarakat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Britain dilaporkan terus menjadi sasaran keganasan kumpulan pelampau.
Sumber: Sinar Harian
Monday, 19 November 2012
UPSR: 45,054 dapat semua A
Sebanyak 517,139 calon menduduki UPSR tahun ini, iaitu meningkat 3.9 peratus berbanding 497,691 tahun lalu, dan daripada jumlah itu 98.2 peratus atau 507,783 adalah calon sekolah kementerian manakala baki calon sekolah swasta.
"Pada tahun ini peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum berjaya dikurangkan terutama di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.86 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.20 peratus.
Sunday, 22 January 2012
Prof Khoo: Sejarah ditentukan badan eksekutif
Ahli sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata masih ramai di kalangan masyarakat yang tidak memahami peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini kerana sejarah tidak ditentukan oleh sejarahwan berwibawa.Sukatan pelajaran sejarah itu tidak ditentukan oleh ahli bidang berkenaan tetapi sebaliknya oleh badan eksekutif.
Katanya cabang kerajaan itu itu sangat berpengaruh dalam sistem pada waktu ini sehinggalah berhubung gaji yang patut diperolehi sejarahwan sepertinya.
"Kami hanya boleh sampaikan pendirian kita kepada orang ramai tapi bila kita minta sesuatu dilaksanakan, tak semestinya diterima.
"Mereka saja yang ada kuasa, kami tiada kuasa (tentukan perkara sejarah)," tegasnya.
Beliau yang menganggotai lembaga penilaian sukatan matapelajaran sejarah di sekolah berkata, panel berkenaan telah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.
"Tapi akhirnya sukatan pelajaran itu disediakan bukan oleh ahli sejarah yang berwibawa.
"Dalam sistem kita zaman sekarang, orang yang paling kuat berpengaruh ialah mereka yang ada di dalam badan eksekutif," katanya lagi.
Teks baru pada 2014
Khoo berkata, teks baru sejarah yang akan digunakan bermula 2014, antara lain akan memberi penekanan kepada hari penubuhan Malaysia – 16 September 1963.
"Mula-mula kita gunakan Ogos 1957, orang Sabah dan Sarawak protes kerana pada masa itu dan juga tahun 1946 kedua-dua tempat itu adalah tanah jajahan British.
"Orang Sarawak, Sabah sudah menyatakan perasaan mereka yang tak setuju dengan 31 Ogos dipanggil Hari Malaysia," katanya lagi.
Sumber: Malaysiakini.com
Friday, 11 March 2011
Terkini: Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi empat meter (13 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan. Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesy
en televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.
Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika SyarikatSumber: mStar Online, 11 Mac 2011
Friday, 22 October 2010
Musuh Dunia Arab: Israel Atau Iran?
Amerika Syarikat dilaporkan telah mengumumkan jualan terbesar senjata dalam sejarah kepada Arab Saudi bernilai AS$60 bilion (RM192 bilion) bagi menyekat Iran mengancam Riyadh selain memberi jaminan jualannya tidak menggugat keselamatan Israel.Jualan itu termasuk 84 jet pejuang F-15, 70 helikopter penyerang Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan, kata Pembantu Setiausaha bagi Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro.
Jualan itu termasuk 70 pesawat F-15 yang dinaikkan taraf, katanya lagi sambil menegaskan keyakinan Washington bahawa Israel tidak akan membantah.
“Penilaian kami ialah jualan ini tidak akan mengurangkan keupayaan Israel dari segi kelebihan ketenteraan dan sebab itu kami teruskan,” kata Shapiro.
Amerika juga memaklumkan jualan itu kepada Israel, kata Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Alexander Vershbow, Penolong Setiausaha Jabatan Pertahanan mengenai hal ehwal keselamatan dunia.
“Ada perbincangan peringkat tertinggi selain rundingan peringkat kerja. Adalah adil untuk berkata Israel tidak membantah jualan ini,” kata Alexander Vershbow, penolong setiausaha pertahanan bagi hal ehwal keselamatan antarabangsa.
Selain itu, senjata berkenaan akan diberi secara berperingkat dalam tempoh 15 hingga 20 tahun. “Jualan ini akan memberi mesej kuat kepada negara rantau itu bahawa kami komited menyokong keselamatan sekutu utama termasuk di Teluk Arab dan Asia Tengah,” katanya.
Pegawai pertahanan Amerika berkata, perjanjian itu dirunding sejak beberapa bulan lalu selepas Arab Saudi bimbang dengan keupayaan peluru berpandu Iran.
Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata kepada wartawan bulan lalu: “Jika anda sedar, ancaman utama adalah dari Iran.”
Senjata canggih yang dibeli termasuk bom pintar dikawal laser, peluru berpandu JDAMS, peluru berpandu Hellfire dan Sidewinder.
Dalam satu kenyataan, Boeing berkata, ia jangka mendapat upah AS$24 bilion (RM76.8 bilion) daripada urus niaga berkenaan. Seramai 77,000 pekerja Boeing dan kontraktornya terbabit dalam projek senjata itu.
Bulan lalu, jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley berkata jual beli senjata besar-besaran kepada Arab Saudi dan Israel memenuhi kepentingan Amerika bagi menyekat sebarang ancaman Iran.
Sumber: AFP
Sunday, 29 August 2010
Jahil Agama Jadi Punca, Umat Diseru Hayati SEJARAH Islam
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz berkata, isu itu menjadi polemik dalam masyarakat akibat sentimen politik mengatasi kefahaman agama Islam yang murni.
“Oleh kerana hubungan kita dengan Islam semakin jauh, belajar pun tidak, maka bila tiba perkara-perkara macam ini, terus timbul masalah.
“Padahal kalau kita balik dari sejarah asal, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi. Nabi letak dalam masjid, mereka tidur dalam masjid, makan dalam masjid, bahkan ada yang kencing dalam masjid”, katanya kepada HarakahDaily.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama.
"Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," katanya.
“Jadi bila ada orang bukan Islam sekarang ni masuk dalam masjid, tak ada apa pun. Nak ceramah ke, nak apa ke, tak ada masalah apa pun,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, tindakan mempolemikkan isu tersebut juga bukan sahaja akan menjauhkan orang bukan Islam kepada Islam, malah bertentangan dengan sunnah Nabi.
“Menjauhkan orang bukan Islam dengan masjid adalah budaya kita sahaja, bukan ajaran nabi,” ujarnya.
Dalam Islam menurutnya, muaalaf ditafsir dengan tiga golongan iaitu mereka yang baru memeluk Islam, belum Islam tetapi cenderung memeluk Islam dan orang bukan Islam tetapi menghormati dan tidak menentang Islam.
“Jadinya dalam tiga ini hanya satu sahaja yang kita guna. Dua lagi kita biarkan menyebabkan masyarakat kita semakin jauh dengan yang bukan Islam.
"Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam," katanya.
Sumber: HarakahDaily
Sila baca juga:
1) Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo
2) Hukum Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
Friday, 30 April 2010
Terkini: Selepas Pulau Batu Putih, Malaysia Hilang Dua Blok Padang Minyak ?
ADAKAH benar dakwaan bekas Pardana Menteri, (Tun) Dr Mahathir Mohamad dan akhbar The Edge bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran (Tun) Abdullah Ahmad Badawi telah secara diam-diam menyerahkan dua blok padang minyak (oil fields) kepada negara Brunei?Dr Mahathir menulis dalam blognya semalam bahawa Blok L dan M telah secara diam-diam dan tanpa pengetahuan Petronas diserahkan kepada Brunei walaupun Petronas telah menandatangani perjanjian perkongsian pengeluaran dengan syarikat minyak Amerika, Murphy Oil.
Dr Mahathir yang juga Penasihat Petronas berkata dua blok itu dituntut oleh Malaysia berasaskan fakta sejarah dan dianggarkan mempunyai simpanan minyak mentah mutu tinggi sebanyak satu bilion tong.
Laporan The Edge dan The Brunei Times mendakwa dua blok padang minyak itu tidak lagi dimiliki Malaysia.
Akhbar ekonomi The Edge pada 22 April memetik Murphy Oil sebagai berkata Petronas telah menamatkan kontrak perkongsian pengeluaran untuk Blok L dan M kerana padang minyak itu “bukan sebahagian daripada Malaysia lagi".
Murphy Oil berkata Petronas telah memaklumkan kepadanya pada 21 April bahawa “berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009, kawasan penerokaan luar pantai yang diberi nama Blok L dan M bukan lagi sebahagian daripada Malaysia.
”Kerajaan wajib menjawab sama ada dakwaan Dr Mahathir dan laporan media massa itu benar atau sebaliknya. Kalau benar, ini adalah perbuatan menyembunyikan maklumat yang boleh dianggap satu pengkhianatan kepada negara.Kalau benar, kenapakah padang minyak itu tiba-tiba bukan lagi milik kita dan adakah benar pemilik barunya adalah Brunei?
Adakah ini ada kena mengena dengan penyelesaian yang kononnya telah dicapai dengan Brunei mengenai tuntutan negara itu ke atas wilayah Limbang di Sarawak?
Pada 16, 2009 Bernama memetik Abdullah sebagai berkata di Bandar Seri Bengawan bahawa “Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya yang lama ke atas Limbang.”Abdullah berkata pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.
Tetapi dua hari kemudian, pada 18 Mac, Menteri Luar dan Perdagangan Kedua Brunei, Lim Jock Seng, dipetik oleh akhbar The Brunei Times sebagai berkata “isu tuntutan wilayah ke atas Limbang tidak dibincangkan dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang menyelesaikan isu dua-hala yang tertangguh antara Brunei Darussalam dan Malaysia.”
Dr Mahathir dalam blognya berkata Kementerian Luar Negeri Malaysia tidak pernah menafikan kenyataan Brunei itu.
Jadi adakah kita kehilangan dua padang minyak kepada Brunei tetapi Brunei tidak menggugurkan tuntutan ke atas Limbang?
Kerajaan Mohd Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan tanpa sebarang percubaan “cover-up”.
Setelah kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada zaman singkat pemerintahan Abdulllah, kita berhak untuk tahu apakah kepentingan dan kedaulatan kita di Sarawak juga telah disabotaj akibat kedangkalan pemerintah waktu itu.
Kita takut padang minyak yang kita kendong telah berciciran dan pembebasan Limbang daripada tuntutan Brunei yang kita kejar tak dapat.
Kita tidak mahu cerita si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya terjadi kepada kita. Si Luncai tak apalah. Labu-labu itu miliknya. Tapi dua padang minyak dengan potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion itu milik kita. Ia bukan milik mana-mana Luncai.
Saya telah beberapa kali menyuarakan secara terbuka keraguan saya terhadap kemampuan penasihat-penasihat hal ehwal luar dan perundangan Abdullah, khasnya dalam hal Pulau Batu Putih. Keraguan itu terbukti apabila kita kalah perbicaraan menuntut pulau strategik itu pada 23 Mei, 2008.
Soalnya, kalau betul dua padang minyak itu diserahkan kepada Brunei oleh Abdullah, apa yang menteri-menteri (termasuk PM Najib) dan penasihat-penasihat beliau ketika itu buat? Adakah mereka bersubahat (complicit) atau mereka tertidur?
Kita juga ingin tahu kepada siapa kontrak pengeluaran minyak di dua blok itu diberikan oleh pemilik barunya. Bukan apa, tetapi takut-takut si Luncai terjun ke sungai sambil itu minum air. Manalah tahu, di depan kita si Luncai buat bodoh, tetapi di belakang dia sapu.
Sumber: http://kadirjasin.blogspot.com
Wednesday, 28 April 2010
Selesai Segera Isu Beg Sekolah Berat
Sekali lagi masalah beg sekolah berat timbul semula. Ia bukanlah masalah baru. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah hampir sedekad mengulangi gesaan pihak berkuasa pendidikan supaya menangani masalah beg sekolah berat tetapi ia seperti tidak diendahkan.
Pada Februari 2007, CAP menyerahkan satu penemuan daripada sebuah kajian tempatan bertajuk School Bag Load and Its Effect on Erector spinae Muscle and Low Back Pain Among Primary School Children in Malaysia, (diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1 (1) January 2005) kepada Kementerian Pelajaran yang mengemukakan masalah itu dengan jelas dan untuk diambil tindakan segera.
Dalam kajian Universiti Putra Malaysia yang dijalankan oleh Tamrin SBM dan rakannya, mendapati sehingga 58.3% daripada kanak-kanak sekolah yang dikaji melaporkan mengalami sakit pada bahagian bawah belakang yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat.
Penyelidik itu merumuskan bahawa insiden sakit pada bahagian bawah belakang dikaitkan dengan beban yang berat yang boleh dikaitkan dengan fakta bahawa kebanyakan kanak-kanak sekolah yang dikaji membawa beg sekolah dengan berat 15% daripada berat tubuh mereka sendiri. Ini merupakan had bahagian atas yang disarankan oleh kebanyakan pengamal kesihatan.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak perempuan tidak mampu menanggung dalam membawa beban pada bahagian belakang mereka.
Kanak-kanak sekolah yang lebih muda juga didapati tidak mampu untuk membawa beban, dalam bentuk tenaga yang digunakan berbanding dengan kanak-kanak yang lebih tua yang cenderung untuk menggunakan otot-otot mereka lebih mampu untuk membawa beban pada bahagian belakang mereka.
Penemuan ini selaras dengan hasil pengarang lain yang menyatakan kanak-kanak yang lebih muda mempunyai masalah untuk membawa beg sekolah yang berat.
Pada keseluruhannya, dirumuskan bahawa terdapat insiden sakit belakang yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah dan perkara ini perlu dinilai semula sama ada mereka perlu membawa sebarang beban terutama beg sekolah yang berat memandangkan mereka terpaksa berdepan dengan risiko sakit belakang pada masa hadapan.
Beberapa tahun yang lalu, CAP menjalankan tinjauan secara rambang terhadap lebih 200 pelajar sekolah rendah. Kajian kami menunjukkan kira-kira 40% daripada mereka membawa beg sekolah yang lebih daripada 20% atau lebih satu perlima daripada berat tubuh mereka sendiri.
Beberapa garis panduan menyarankan bahawa berat seperti itu tidak seharusnya melebihi 10% daripada berat kanak-kanak.
Beban yang tidak sama dan berlebihan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko masalah belakang dan kecacatan spina. Tekanan daripada berat yang berlebihan ini mungkin menyebabkan bahaya dan mungkin kesan sampingan yang menjejaskan perkembangan sistem musculo-skeletal.
Pihak Kementerian Pelajaran tidak seharusnya memberikan sebarang alasan atau teragak-agak untuk bertindak terhadap masalah beban ke atas belakang kanak-kanak tetapi perlu dengan segera melihat masalah beg sekolah yang berat ini.
Potensi kesan sampingan terhadap kesihatan amat serius bukan hanya kesan segera terhadap kanak-kanak tetapi mungkin juga akan menjadikan mereka berdepan dengan masalah sakit belakang yang kronik apabila dewasa nanti.
SM Mohamad Idris,
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Tuesday, 27 April 2010
Isu Hak Royalti Minyak
" Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya ".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975) -
Tuesday, 6 April 2010
Proses Zionisasi di Malaysia Semakin Rancak??
Apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM), Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar menyifatkan apa yang berlaku itu sebagai semakin rancaknya proses Zionisasi ke atas negara ini.Oleh kerana sesetengah orang mungkin tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Zionisasi tu, ia bolehlah difahami sebagai proses mengIsraelkan jentera-jentera kerajaan yang sudah pun bermula dalam bidang komunikasi melalui pengambilan Apco Worldwide dan juga di dalam pasukan polis.
Sila baca juga pautan berkaitan di bawah:
Anwar: Perisik Israel wujud dalam PDRM (Malaysiakini 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence in Bukit Aman (Free Malaysia Today 6/4/10)
Anwar claims Bukit Aman infiltrated by Israeli spies (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar dakwa ejen Israel 'ceroboh' PDRM (Malaysian Insider 6/4/10)
Anwar: Israeli intelligence worked with Bukit Aman (Malaysian Digest 6/4/10)
Bukit Aman's Israeli connection (Malaysia Today 6/4/10)
KPN minta Anwar kemuka bukti (Malaysiakini 6/4/10)
Agen perisik Israel terlibat dalam projek IT polis (Suara Keadilan 6/4/10)
Portal KDN sahkan APCO terlibat (Harakah Daily 6/4/10)
Sumber: penarikbeca.blogspot.com
Thursday, 24 September 2009
Mutakhir: Isu Tarian Pendet
BANDUNG: Isu tuduhan kononnya Malaysia mengambil tarian Pendet dan Pulau Jemur Indonesia untuk tujuan promosi pelancongan, yang terbukti tidak berasas dan sama sekali tidak tepat, telah dianggap selesai dengan penjelasan bukan saja oleh kerajaan Malaysia tetapi juga oleh pemerintah Indonesia sendiri.Kuasa Usaha Sementara Malaysia di Indonesia Raja Reza Raja Zaib Shah berkata dengan itu, hampir 6,000 pelajar Malaysia di 13 kampus terakreditasi di seluruh negara 17,000 buah pulau ini tidak lagi perlu khuatir atau terbawa-bawa dengan sentimen antiMalaysia sekalipun terus dipancing oleh media massa Indonesia.
"Bagi kita dan untuk semua pelajar di sini, kedua-dua isu ini sudah kita tutup buku sepenuhnya dan tidak perlu dilayani lagi.
"Ini kerana tuduhan-tuduhan itu tidak benar lantaran Malaysia tidak pernah mendakwa tarian Pendet yang berasal dari Bali milik kita," katanya pada sambutan Aidilfitri dengan lebih 200 pelajar perubatan Universiti Padjajaran di sini, malam tadi.
Katanya dalam kes Pulau Jemur pula seperti dijelaskan oleh Menteri Luar Indonesia Hassan Wirajuda dan juga Menteri Luar Malaysia Datuk Anifah Aman, terdapat tiga pulau bernama Pulau Jemur, termasuk satu milik Malaysia di perairan Selangor, yang menggunakan nama yang sama.
Beliau berkata seperti dijelaskan oleh Hassan pada sidang media bersama dengan Anifah di Jakarta pada Khamis lepas, media massa Indonesia terbukti tidak memeriksa terlebih dahulu fakta dan kebenaran sebelum menuliskan beritaberita berkaitan yang mengakibatkan tercetusnya rasa antiMalaysia di kalangan segelintir rakyat tempatan.
Sehubungan itu, Raja Reza yang juga Ketua Canseri di kedutaan, menasihatkan para pelajar supaya menumpukan perhatian penuh kepada pelajaran dan hidup bermasyarakat dengan baik bukan saja sebagai duta kecil Malaysia tetapi juga wakil persahabatan Malaysia dengan Indonesia.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Dr Junaidi Abu Bakar pula berkata para pelajar Malaysia setakat ini telah menunjukkan tahap kematangan yang tinggi apabila mereka tidak memberi reaksi keras terhadap laporan negatif media massa Indonesia, sebaliknya menerimanya dengan tenang sambil memberi penjelasan kepada rakan-rakan sekuliah.
"Majoriti rakyat Indonesia yang rasional memandang tinggi ketenangan rakyat Malaysia dalam menghadapi tuduhan-tuduhan itu yang akhirnya ternyata tidak benar. Namun, seperti yang dijelaskan oleh Anifah, semua pihak pun hairan apa tujuan media massa tempatan tidak mahu menerima penjelasan dan fakta yang tepat," katanya.
Pada majlis itu, para pelajar Malaysia khususnya pelajar tahun pertama, mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dengan rakanrakan berbilang kaum yang turut memeriahkan sambutan hari raya. Sumber: BERNAMA
Sila baca juga artikel-artikel di bawah:
1) 'Tarian Pendet' Bukan Lagi Isu, Kata Muhyiddin
2) Anifah Pelik Media Indonesia Enggan Terima Penjelasan Tarian Pendet
Wednesday, 8 July 2009
Kerajaan Akui PPSMI Banyak Kelemahan
Menteri pelajaran juga berkata laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 turut menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada 2003.
"Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menurut Bernama, beliau berkata kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.
"Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris," katanya dalam sidang media khas mengumumkan pembatalan dasar tersebut mulai 2012.
Tambahnya, berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan bahasa ibunda masing-masing di SJK Cina dan SJK Tamil.
Kerajaan mengambil keputusan itu setelah meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa ia tidak dapat diteruskan seperti dihasratkan, lapor agensi berita itu lagi.
"Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM iaitu guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam dwi-bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia," Muhyiddin dipetik berkata.
Menurutnya lagi, pemantauan kementerian pada tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran Sains dan Matematik.
"Secara purata, peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik," katanya.
Selain itu, tambah Muhyiddin, hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profisiensi bahasa Inggeris pada tahun lalu mencapai tahap kepetahan.
Katanya, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam UPSR tahun lalu telah merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.
"Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus," katanya seperti dilaporkan.
PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.
Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansukan sepenuhnya pada 2012.
Sumber: Malaysiakini.com/bm
Monday, 29 June 2009
Antara Dua Cinta
PEMINAT bersedih dan berpelukan di luar rumah Holmby Hills yang disewa legenda muzik Michael Jackson selepas kematiannya di Los Angeles, Khamis lalu. Mereka meletakkan kalungan bunga serta kad ucapan sebagai tanda takziah dan memperingati pemergiannya. Sehingga hari ini, pengebumian 'Raja Pop' itu hanya akan dilakukan selepas keputusan bedah siasat kedua diperoleh. - Foto AFPPada minggu lepas, dunia digemparkan dengan kematian legenda muzik terkenal, raja pop dunia iaitu Michael Jackson. Kematiannya begitu sangat dirasai oleh para peminat-peminatnya. Mereka tidak menyangka Michael Jackson akan pergi menemui tuhannya dengan begitu pantas.
Kelibat raja pop tersebut dalam konsert-konsert dan album-albumnya begitu dirindui oleh para peminatnya yang tidak sahaja berada di Amerika Syarikat, malah seantero dunia turut menangis akan saat dan detik kematiaannya. Di mana-mana sahaja manusia yang mengenali dan menyelami istilah 'muzik' pasti tidak akan terlepas akan populariti penyanyi terkenal ini.
Mengenang begitu mendalamnya kecintaan jutaan peminat terhadap susuk tubuh yang bernama Michael Jackson ini, mengingatkan penulis akan kesedihan para sahabat semasa mendengar berita kawafatan baginda Rasulullah Saw. Anehnya, umat hari ini khususnya generasi muda Islam tidak lagi terhimbau serta menghayati betapa pemergian Rasulullah Saw wajar direnung dan diamati sewajar mungkin demi kerana CINTA dan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada baginda. Hakikatnya, hari ini kita lebih rela menangis kerana seorang artis atau pelakon pujaan kita berbanding menangis demi Rasulullah Saw yang merupakan kekasih Allah Swt.
Penulis masih ingat akan perihal kecintaan para sahabat yang mendalam terhadap Rasulullah Saw, dalam keadaan bingung dan kesedihan Saidina Umar bangun dengan pedang terhunus di tangan sambil berkata,"Akan ku penggal leher sesiapa yang berkata bahawa Rasulullah telah wafat. Baginda hanya pergi menemui Tuhannya sebagaimana Nabi Musa a.s pergi ke bukit Thur. Tidak lama lagi baginda akan pulang dan akan memotong kaki dan tangan mereka yang menyebarkan berita kewafatan baginda".
Berbanding Umar, Saidina Abu Bakar masih teguh mengawal diri daripada kesedihan dan kecintaan yang begitu mendalam terhadap Rasulullah Saw. Selepas mencium dahi Nabi Saw, kemudian beliau keluar rumah baginda dan mengarah Saidina Umar r.a duduk. Selepas itu beliau berkhutbah. Antara isi khutbah beliau ialah:
Sesiapa yang menyembah Muhammad hendaklah dia mengetahui bahawa baginda Saw telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah ketahuilah bahawa Allah maha hidup dan kekal selama-lamanya". Kemudian Saidina Abu Bakar r.a membaca ayat 144 daripada Surah Al-'Imran.
Tuntasnya, jika perlu diberi pilihan antara dua cinta, maka sewajarnyalah kecintaan kepada baginda Rasulullah Saw selaku kekasih Allah Swt perlu diutamakan berbanding yang selainnya.
Semoga kita beroleh syafaatnya pada hari perhimpunan segala manusia di mahkamah Allah Swt nanti. Ameen
Wednesday, 11 March 2009
Sejarah Kewujudan Akta ISA di Malaysia
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 sebenarnya dirangka oleh R.H. Hickling pada awalnya. Kemudian ia dijadikan undang-undang pada tahun 1960.Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula, akan tetapi sejak itu, ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali dan peruntukan ini telah dikeluarkan. Kuasa mutlak telah diberikan kepada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membolehkan beliau menangkap sesiapa pun, tanpa merujuk kepada mahkamah.
Pernyataan seksyen perundangan yang berkaitan Akta ISA adalah seperti di bawah:
Section 73(1) Internal Security Act 1960: "Any police officer may without warrant arrest and detain pending enquiries any person in respect of whom he has reason to believe that there are grounds which would justify his detention under section 8; and that he has acted or is about to act or is likely to act in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to maintenance of essential services therein or to the economic life thereof."
Sect 8. Power to order detention or restriction of persons. "(i) If the Minister is satisfied that the detention of any person is necessary with a view to preventing him from acting in any manner prejudicial to the security of Malaysia or any part thereof or to the maintenance of essential services therein or the economic life thereof, he may make an order (hereinafter referred to as a detention order) directing that that person be detained for any period not exceeding two years."
Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Lazimnya dikenali sebagai ISA, iaitu akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia.
Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.
Pada tahun 1989, kebolehan mahkamah untuk menyiasat kuasa Menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada Akta ini. Pada masa kini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.
Semenjak tahun 1960 apabila Akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa dahulunya telah ditahan untuk lebih daripada sedekad.
ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), ia amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka.
Akta ini merupakan satu mekanisme pencegahan yang sangat berkesan serta masih dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.
Sila baca juga:
1) Operasi Lalang
Sumber: Wikipedia
Friday, 27 June 2008
Isu Pulau Batu Putih: Kita Berputih Mata!!


