Sejarah2u mengucapkan tahniah kepada
semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang telah memperolehi
keputusan cemerlang yang diumumkan hari ini (21 Mac).
Semoga dengan keputusan yang cemerlang ini akan menjadi pemangkin untuk berjaya di peringkat yang lebih tinggi lagi.
Sejarah2u juga turut mendoakan agar semua calon-calon SPM 2012 ini berjaya memperolehi tempat di universiti-universiti tempatan dan luar negeri.
Kepada yang kurang berjaya, janganlah berputus asa kerana peluang masih ada dan terbuka pada masa hadapan.
Seramai 15,793 calon SPM memperolehi gred A bagi semua mata pelajaran
yang diduduki berbanding 15,079 calon pada 2011 dengan peningkatan
sebanyak 0.13 peratus.
Namun begitu, pencapaian keseluruhan calon turun sebanyak 0.04 mata
berdasarkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang mencatatkan 5.08 mata
berbanding 5.04 mata tahun sebelumnya.
Calon yang memperolehi gred cemerlang pada tahun 2012 meningkat berbanding pada tahun 2011.
No comments:
Post a Comment