Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label islam itu indah. Show all posts
Showing posts with label islam itu indah. Show all posts

Friday, 22 October 2010

Kedatangan Islam ke Terengganu

Setakat ini tidak dapat dipastikan tarikh atau tahun dari mana kedatangan Islam ke Terengganu. Namun begitu pada Batu Bersurat Terengganu tercatat tahun Hijrah 702, bersamaan 1303. Tahun ini disetujui setakat ini tercatat di Batu Bersurat dan bukan bermakna Islam bermula di Terengganu pada tahun tersebut.

Dengan itu bermakna Agama Islam telah bertapak di Terengganu sebelum tahun 1303. Perkembagan Islam di Terengganu sebelum tahun tersebut membolehkan penulis Batu Bersurat menulis jawi dan golongan tertentu di Terengganu boleh membaca jawi. Satu perkara yang menarik di sini, Terengganu adalah negeri terawal di Malaysia mengkanunkan undang-undang Islam.

Dalam pada itu terdapat bukti pada kurun ke-16, Sharif Muhammad Al-Baghdadi sudah berada di Kuala Berang. Kehadiran beliau ini sudah pasti ada kaitan dengan Agama Islam dan perdagangan. Beliau meninggal dunia di Batu Belah, Kuala Berang. Keturunan beliau, Abdul Malik bin Abdullah ( dikenali sebagai Tuk Pulau Manis ) meneruskan kegiatan keagamaan di Terengganu. Setelah kira-kira 10 tahun menuntut di Mekah dan Madinah, disekitar tahun 1690 Abdul Malik pulang ke Terengganu dan mengajar ilmu agama di Kuala Berang
.

Thursday, 29 April 2010

Dulu Ateis, Sekarang Muslim

LIMA bulan sebelum detik paling bersejarah dalam hidupnya, iaitu hari bakal dinikahkan, Karen Meek hampir-hampir pengsan kerana terkejut mendengar pengakuan tunang kesayangan, Eric.

Pasti sesiapa juga akan terkejut setengah mati apabila insan yang bakal menjadi teman hidup mengaku telah bertukar agama.

Maka sukar bagi Karen mempercayai Eric kini merupakan seorang Muslim. Dahulu bakal suaminya Kristian selepas itu bertukar menjadi seorang yang tidak mempercayai tuhan atau ateis.

"Saya bagaikan disambar kilat dan petir apabila mendengar pengakuan Eric itu. Terlalu sukar untuk saya terima kerana bagaimana dengan saya sebagai tunangnya?

"Saya juga seperti ramai rakyat Rusia yang lain termasuk juga Eric sebelum ini, lebih senang untuk tidak mempercayai sebarang agama mahupun tuhan.

"Saya fikir otak Eric telah dicuci. Tiba-tiba sahaja kini beliau berhenti minum alkohol. Malah tidak pernah meninggalkan solat lima waktu sehari apatah lagi menjamah daging babi," cerita Karen mengenai perubahan perilaku tunangnya itu.

Sementara Eric, dilahirkan sebagai menganut Kristian Baptis.

Tetapi kemudian menjadi seorang ateis. Rupa-rupanya dia sudah berbulan-bulan lamanya mempelajari Islam tanpa pengetahuan Karen.

Sehingga secara rasmi telak memeluk Islam, baharu Eric memberitahu Karen bahawa Islam adalah kepercayaannya kini.

Meskipun terkejut, pengakuan Eric itu tidak membuatkan pasangan ini memutuskan hubungan. Karen tetap meneruskan rencananya untuk bernikah dengan Eric.

Namun, Karen terpaksa mencari pelbagai sumber rujukan terutamanya buku dan rakaman-rakaman video mengenai Islam, semata-mata untuk memahami agama baru anutan calon suaminya itu.

"Tetapi sama sekali saya tidak berharap akan masuk Islam apabila cuba mencari dan mengenali mengenai Islam itu," kata Karen.

Akibat dibesarkan dan meniti usia dewasa dengan pola pemikiran bahawa pegangan agama itu adalah sesuatu yang bodoh menyebabkan Karen langsung tidak mempercayai Tuhan dan agama.

"Saya tidak pernah memikirkan bagaimana dunia dan alam ini diciptakan, siapa yang menciptanya dan untuk apa diciptakan. Terus terang saya tidak pernah ambil peduli semua itu," katanya.

Namun walaupun dalam keadaan terpaksa untuk mempelajari Islam itu, akhirnya Karen menyedari dan mengakui bahawa penjelasan Islam mengenai wujudnya tuhan itu adalah paling logik atau masuk akal yang pernah beliau temui.

"Kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya yang menciptakan mengenai alam semesta ini terlalu sukar untuk saya nafikan kebenarannya lagi.

"Tidak ada alasan untuk saya membantahnya lagi," tegas beliau.

Sumber: Utusan Online, 29/4/2010