Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 9 February 2008

Sejarah Hari Kekasih

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Komen muda-mudi

Rosyani Ya’acob, 26, (Pembantu Audiologis)

“Saya tidak ada pengalaman meraikannya sebab tidak pernah menyambutnya. Apatah lagi, ia bukan budaya orang Islam dan orang Melayu. Sambutan Hari Kekasih adalah budaya yang dibawa oleh orang Barat yang memuja seorang paderi Kristian dan umat Islam tidak perlu menyambutnya.

Fatimah Mat Adi, 24, (Pembantu Audiologis)

“Tidak perlu ada hari-hari khas untuk meraikan kekasih atau orang yang disayangi. Apa salahnya setiap hari kita meluahkan rasa kasih-sayang tetapi biarlah menerusi saluran yang menepati syariat Islam.“Ia juga satu budaya yang merugikan kerana terpaksa membazirkan wang ringgit kepada pasangan yang belum tentu jodoh kita.

Mohd. Syahril Rosdi Ahmad Zahudi, 25, (Pegawai Teknologi Maklumat)

“Hari Kekasih kalau kita lihat hari ini macam seperti satu kemestian disambut. Hakikatnya kesilapan ini bukanlah disebabkan sikap remaja yang mudah terikut-ikut tetapi banyak pihak yang bertanggungjawab menyebabkan ia disambut secara berleluasa.“Sedihnya, di kalangan yang menyambutnya adalah umat Islam sendiri. Saya pelik mengapa mereka boleh sanggup merayakan dengan alasan kononnya matlamatnya baik.“Perayaan ini juga ialah jalan ke arah kemungkaran dan membawa lebih banyak kesan negatifnya terutamanya dari segi akidah umat Islam,” katanya.

Sumber: http://utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0213&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_03.htm&arc=hive

No comments: