Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday, 12 March 2009

Salam Kejayaan, Teruskan Perjuangan

Tahniah! dan syabas diucapkan buat semua anak didik tercinta lagi dikasihi yang telah berjaya mencipta SEJARAH dalam keputusan peperiksaan SPM 2008 yang lalu.

Kejayaan gilang gemilang hari ini merupakan hadiah termahal dan sangat bermakna buat semua warga Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak dan para pendokongnya, samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Buat anak-anak didik di kelas 5 Salman al-Farisi dan kelas 5 Suhaib ar-Rumi sesi 2008..tiada ungkapan terindah mampu dilafazkan melainkan ustaz sangat gembira kerana telah diberi kesempatan untuk mengenali dan mendidik kalian sehingga dapat berkongsi kegembiraan kecemerlangan ini.

Semoga kejayaan gemilang hari ini dapat diteruskan momentumnya hingga ke peringkat menara gading kelak. InsyaAllah.

Doa dan harapan ustaz agar kalian dapat memanfaatkan segala ilmu yang telah dibekalkan dengan sewajarnya buat umat. Semoga kalian terus berjaya dalam segala lapangan kehidupan..di dunia juga di akhirat. Ameen.

Kalam guru Sejarah:

"Sejarah bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan dihayati bagi membentuk jati diri mulia insani"

"Kegagalan dan ketertewasan anda bukanlah persoalan utama, tetapi kemampuan dan kesungguhan anda merancang untuk mencipta kecemerlangan adalah pokok pangkal segalanya".

4 comments:

HafizahNik said...

Tahniah Al-Amin di atas kejayaan yg cemerlang.Alhamdulillah setiap tahun keputusan SPM meningkat.

-anak didik alamin-

Awau said...

Syukran USTAZ!
Dari dulu sampai kini,
Ustaz setia mengajar,
Moga terus thabat dalam mendidik
Alamin untuk lebih menghayati sejarah dan seterusnya melakar masa hadapan

Sejarah2u said...

Salam Izzah (via Coretan Rasa Hati). Tahniah juga buat generasi terdahulu yang memimpin tradisi kecemerlangan Al-Amin hinggalah ke hari ini. Teruskan perjuangan!

Sejarah2u said...

Salam dan Jazakallah Auzaie, generasi pembela ummah.

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk tahun ke-9 berkhidmat di al-Amin.(p/s: masih rasa 'cemburu' dengan guru2 senior yang dah berbelas tahun menabur bakti di al-AMin)

InsyaAllah, demi merealisasikan generasi Soleh dan Musleh dan melahirkan generasi yang celik & menghayati Sejarah, ust akan terus berkhidmat selagi hayat dikandung badan. Bi'iznillah

Doakan agar niat dan azam ust dimakbulkan Allah Swt :). Ameen