Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Monday 19 April 2010

Kod Undang-Undang Hammurabi

Hammurabi (1792-1750 S.M) merupakan pemerintah Babylon yang terkenal.

Beliau telah berjaya menyatukan seluruh Lembah Tigris -Euphrates di bawah satu empayar.

Hammurabi menjadi masyhur kerana kod undang-undang komprehensif yang telah diperkenalkannya. Undang-undangnya ini menjadi asas perkembangan tamadun Mesopotamia.

Terdapat kira-kira 280 penghakiman (judgements) yang meliputi undang-undang sivil dan jenayah. Undang-undang tersebut diukir di tiang yang tinggi untuk makluman semua rakyat tentang hak mereka.

Kod Undang-undang Hammurabi adalah berasaskan tiga prinsip utama iaitu:

a) Prinsip Pembalasan (law of retaliation in kind) bagi mereka yang mempunyai status sosial yang sama

b) Hukuman yang dikenakan tertakluk kepada status sosial mangsa dan pesalah

c) Orang perseorangan perlu membuat aduan sendiri kepada mahkamah kerana tiada terdapat pendakwa raya.

Antara contoh-contoh prinsip pembalasan adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang anak memukul ayahnya, tangannya akan dipotong.

2] Semasa pembedahan jikalau pesakit mati, pakar bedah boleh dihukum mati.

Antara contoh hukuman yang dikenakan berasaskan status sosial adalah seperti berikut:

1] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang bangsawan lain, tulangnya akan dipatahkan.

2] Sekiranya seorang bangsawan mematahkan tulang seorang rakyat biasa, bangsawan itu akan didenda satu mina perak.

12 comments:

Anonymous said...

saya baru kenal blog awk..kalau saya buat blog last year n follow awk mesti sejarah saya dpt A...sbb lebih interesting blja mcm ni daripd mengadap buku teks...t awk follow blog saya plak boleh? hehe cian saya tak da sapa nak jenguk blog saya tu..hehe t kalau singgah blog say jgn lupa tggalkan komen n ulasan k...~frens

Syafina said...

So .
Adakah undang2 hammurabbi tidak adil

Unknown said...

adil bagi mereka

Muhammad Mu'az said...

Mengapakah kod Undang-Undang Hammurabi penting kepada masyarakat Mesopotamia?

Unknown said...

Adakah dia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan?

Unknown said...

mengapakah kod hammurabi diperkenalkan?

Unknown said...

Apakah undang2 hammurabi yang terkenal?

Unknown said...

Apakah perkara yang merangkumi kod undang-undang Hammurabi?

MANSOUTH said...

Apakah prinsip undang-undang tersebut?
A
Menekankan konsep kerjasama antara masyarakat
B
Berasaskan adat dan kepercayaan masyarakat
C
Hukuman yang sama untuk semua golongan
D
Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan

Unknown said...

,😊 good news I love it

Unknown said...

Berapakah undang undang Hammurabi

Unknown said...

Hihihi