Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Wednesday 22 September 2010

Di Balik Tirai Besi Bilik Kebal Jabatan Muzium

Pembantu muzium di repositori sedang memeriksa keadaan artifak. - Foto THE STAR

PERANAN
dan fungsi Jabatan Muzium Malaysia (JMM) yang paling utama ialah memulihara bahan-bahan sejarah dan artifak negara.

Ia bagi memastikan kelangsungan kesemua bahan-bahan berkenaan supaya dapat disaksikan atau dikaji bagi mengenal pasti susur galur sosiobudaya tanah air sejak zaman-berzaman.

Kawasan yang paling bernilai di JMM ialah bilik kebal yang menempatkan pelbagai khazanah dan artifak tidak ternilai.

Wartawan Mingguan mStar baru-baru ini secara eksklusif dibawa masuk meninjau di balik tirai besi yang berkeluasan kira-kira tiga gelanggang badminton.

Di balik tirai besi bilik kebal Jabatan Muzium

Fizikalnya saling tak tumpah seperti pintu bilik besi yang biasanya terdapat di bank-bank untuk menyimpan wang tunai, dokumen penting berkaitan aset dan jongkong emas, tetapi pintu besi ini dikenali sebagai Bilik Kebal di repositori milik Jabatan Muzium.

Tiada anggota polis lengkap bersenjata mengawal 24 jam, namun Jabatan Muzium tidak berkompromi terhadap perlindungan dan keselamatan artifak.

Untuk memasukinya, perlu melalui tiga pintu iaitu pintu utama repositori, pintu ke bilik kebal dan pintu besi sekaligus membuktikan keselamatannya adalah pada tahap maksimum.

Kebiasaannya pintu besi memerlukan kod rahsia untuk membukanya merupakan pintu terakhir ke bilik kebal tetapi andaian penulis ternyata silap.

Ini kerana terdapat satu lagi pintu di sebaliknya dengan jeriji besi tidak ubah seperti lokap.

Kamera litar tertutup (CCTV) yang ‘meneropong’ di pintu masuk utama repositori dengan setiap urusan keluar masuk memerlukan mereka yang mempunyai urusan diwajibkan mendaftar sebanyak dua kali.

Apa ada dengan bilik kebal ini sehingga kawalannya diselia rapi sebegitu rupa.

Ia adalah elemen paling utama di Bahagian Repositori dikendalikan oleh penolong kurator kanan, penolong kurator dan pembantu muzium yang bertangungjawab menyelia dan memantau operasi.

Jabatan Muzium mempunyai tiga repositori iaitu dua di jabatan dan satu di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Saiz repositori di Bandar Baru Bangi itu bersaiz gudang menghimpunkan banyak koleksi, kebanyakannya bersaiz besar serta keperluan minimum.

Kewujudan muzium sebagai khazanah penyimpanan warisan negara tidak akan menjadi realiti tanpa himpunan koleksi artifak.

Setiap koleksi yang disimpan dalam bilik kebal ini amat bernilai mencecah jutaan ringgit.

Sebaik sahaja melangkah masuk, kelihatan deretan rak menghimpunkan pelbagai jenis tembikar yang kebanyakannya bersaiz besar.

Ia tidak ubah seperti tembikar perhiasan biasa, namun faktor ia disimpan di sini bukan dipengaruhi nilai wang ringgit tetapi kerana ia sukar didapati lagi pada masa ini.

Difahamkan, bilik kebal tersebut bertujuan menyimpan semua koleksi muzium bernilai tinggi, unik, sukar didapati dan sensitif.

Ini termasuk artifak yang diperbuat daripada emas, perak dan tembaga.

Simpan rapi

Bilik kebal itu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti tembikar, senjata, barangan kemas, pingat kebesaran, matawang dan meriam lama.

Bagaimanapun, jurugambar tidak dibenarkan mengambil gambar barangan kemas itu secara dekat atas faktor keselamatan.

Antara artifak yang terdapat di bilik itu, ialah Keris Besar Madura bersaiz panjang dipercayai digunakan dalam majlis isitiadat kebesaran diraja.

Dikatakan, matanya terdapat motif naga yang dipercayai oleh masyarakat Melayu mempunyai kuasa luar biasa sehingga mampu melumpuhkan pihak lawan.

Antara lain, acuan mata wang yang diperbuat daripada tembaga merah mempunyai reka bentuk tujuh bulatan seperti bunga.

Ia didapati di Kelantan semasa membongkar Istana Sultan Ahmad I yang ditemui tertanam sedalam kira-kira satu meter.

Terdapat juga baju perisai berusia kira-kira 200 tahun sebagai benteng pertahanan daripada tikaman dan tetakan senjata musuh dalam peperangan.

Sebenarnya banyak koleksi yang disimpan di sini dengan label pendaftaran seperti bekas menghidu minyak wangi berantai berusia lebih 200 tahun.

Ini termasuk kotak tembakau atau dikenali celepa yang diperbuat daripada emas berusia kira-kira 200 tahun dipercayai milik sebuah keluarga bangsawan Melayu.

Sumber: mStar Online

No comments: