Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 22 October 2010

Musuh Dunia Arab: Israel Atau Iran?

Amerika Syarikat dilaporkan telah mengumumkan jualan terbesar senjata dalam sejarah kepada Arab Saudi bernilai AS$60 bilion (RM192 bilion) bagi menyekat Iran mengancam Riyadh selain memberi jaminan jualannya tidak menggugat keselamatan Israel.

Jualan itu termasuk 84 jet pejuang F-15, 70 helikopter penyerang Apache, 72 helikopter taktikal Black Hawk dan 36 helikopter ringan, kata Pembantu Setiausaha bagi Hal Ehwal Politik-Tentera, Andrew Shapiro.

Jualan itu termasuk 70 pesawat F-15 yang dinaikkan taraf, katanya lagi sambil menegaskan keyakinan Washington bahawa Israel tidak akan membantah.

“Penilaian kami ialah jualan ini tidak akan mengurangkan keupayaan Israel dari segi kelebihan ketenteraan dan sebab itu kami teruskan,” kata Shapiro.

Amerika juga memaklumkan jualan itu kepada Israel, kata Penolong Setiausaha Pertahanan bagi Hal Ehwal Antarabangsa, Alexander Vershbow, Penolong Setiausaha Jabatan Pertahanan mengenai hal ehwal keselamatan dunia.

“Ada perbincangan peringkat tertinggi selain rundingan peringkat kerja. Adalah adil untuk berkata Israel tidak membantah jualan ini,” kata Alexander Vershbow, penolong setiausaha pertahanan bagi hal ehwal keselamatan antarabangsa.

Selain itu, senjata berkenaan akan diberi secara berperingkat dalam tempoh 15 hingga 20 tahun. “Jualan ini akan memberi mesej kuat kepada negara rantau itu bahawa kami komited menyokong keselamatan sekutu utama termasuk di Teluk Arab dan Asia Tengah,” katanya.

Pegawai pertahanan Amerika berkata, perjanjian itu dirunding sejak beberapa bulan lalu selepas Arab Saudi bimbang dengan keupayaan peluru berpandu Iran.

Seorang pegawai kanan pentadbiran berkata kepada wartawan bulan lalu: “Jika anda sedar, ancaman utama adalah dari Iran.”

Senjata canggih yang dibeli termasuk bom pintar dikawal laser, peluru berpandu JDAMS, peluru berpandu Hellfire dan Sidewinder.

Dalam satu kenyataan, Boeing berkata, ia jangka mendapat upah AS$24 bilion (RM76.8 bilion) daripada urus niaga berkenaan. Seramai 77,000 pekerja Boeing dan kontraktornya terbabit dalam projek senjata itu.

Bulan lalu, jurucakap Jabatan Negara, Philip Crowley berkata jual beli senjata besar-besaran kepada Arab Saudi dan Israel memenuhi kepentingan Amerika bagi menyekat sebarang ancaman Iran.

Sumber: AFP

No comments: