Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Monday, 9 May 2011

Fosil Usia 250 Juta Tahun Ditemui

LIPIS - Selepas penemuan fosil di Mentakab dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, yang menjadi berita penting kepada negara, satu lagi kejayaan besar dicapai apabila penyelidik menjumpai fosil cangkerang dianggarkan berusia 250 juta tahun di Lipis.

Penyelidik Sarjana Sains dari LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui di Taman Emas, Lipis, pada satu singkapan batuan yang merupakan tapak cadangan pembinaan perumahan di atas permatang bukit.

Menurutnya, fosil cangkerang itu ditemui dalam pelapisan batu pasir dari jenis cangkerang dwikatup berkulit keras yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

Ahmad Rosli, yang juga Pegawai Kajibumi dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, berkata spesies cangkerang dwikatup tersebut termasuklah Costatoria, Noeschizodus dan Entolium.

“Kawasan Kuala Lipis memang mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh ahli paleontologi dari British, iaitu Newton pada tahun 1900,” katanya.

Menurutnya, fosil menyimpan banyak rahsia alam dan mempunyai nilai saintifik tinggi dan ia dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau.

“Saya menyarankan tapak penemuan batuan fosil terbabit dapat dipulihara untuk penyelidikan saintifik tempatan dan luar negara menjalankan kajian di kawasan terbabit seperti meletakkan fosil berkenaan di Muzium Warisan Sejarah Lipis.

“Selain itu, tapak berkenaan juga perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat belajar sesuatu tentang kehidupan lampau yang sudah lama wujud,” katanya

Sumber: Sinar Harian, Isnin, 9/5/11

1 comment:

Ahmad Rosli said...

Terima kasih atas minat tuan terhadap sejarah fosil dan post artikel tersebut ke blog tuan.