Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label dunia prasejarah. Show all posts
Showing posts with label dunia prasejarah. Show all posts

Monday, 9 May 2011

Fosil Usia 250 Juta Tahun Ditemui

LIPIS - Selepas penemuan fosil di Mentakab dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, yang menjadi berita penting kepada negara, satu lagi kejayaan besar dicapai apabila penyelidik menjumpai fosil cangkerang dianggarkan berusia 250 juta tahun di Lipis.

Penyelidik Sarjana Sains dari LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui di Taman Emas, Lipis, pada satu singkapan batuan yang merupakan tapak cadangan pembinaan perumahan di atas permatang bukit.

Menurutnya, fosil cangkerang itu ditemui dalam pelapisan batu pasir dari jenis cangkerang dwikatup berkulit keras yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

Ahmad Rosli, yang juga Pegawai Kajibumi dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, berkata spesies cangkerang dwikatup tersebut termasuklah Costatoria, Noeschizodus dan Entolium.

“Kawasan Kuala Lipis memang mempunyai banyak kawasan berfosil. Dari kawasan inilah rekod fosil terawal didokumentasikan di Malaysia oleh ahli paleontologi dari British, iaitu Newton pada tahun 1900,” katanya.

Menurutnya, fosil menyimpan banyak rahsia alam dan mempunyai nilai saintifik tinggi dan ia dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau.

“Saya menyarankan tapak penemuan batuan fosil terbabit dapat dipulihara untuk penyelidikan saintifik tempatan dan luar negara menjalankan kajian di kawasan terbabit seperti meletakkan fosil berkenaan di Muzium Warisan Sejarah Lipis.

“Selain itu, tapak berkenaan juga perlu dipelihara agar generasi akan datang dapat belajar sesuatu tentang kehidupan lampau yang sudah lama wujud,” katanya

Sumber: Sinar Harian, Isnin, 9/5/11

Monday, 19 April 2010

Tahukah Anda? - Lembah Bujang

Tahukah anda bila peninggalan arkeologi di Lembah Bujang dijumpai? Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low, iaitu Superintenden di Seberang Prai (Province Wellesly).

Semenjak penemuan tersebut hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenal pasti. Walaubagaimanapun, melalui kajian arkeologi hanya sembilan buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya. Antaranya candi yang dapat dilihat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu Pahat dan di Pangkalan Bujang.

Keluasan Lembah Bujang adalah sekitar 400 kilometer persegi. Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit Choras dan Bukit Batu Pahat.

Lembah Bujang kaya dengan pertanian dan bijih timah. Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud ular tedung atau cobra, dan perkataan ini berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai.

Lembah ini diairi oleh dua sungai utama, iaitu Sungai merbok dan Sungai Muda.

Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agamaHindu dan Buddha, serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah membina sebuah muzium pada tahun 1980.

Muzium yang terletak di Bukit Batu Pahat ini lebih dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Sunday, 7 February 2010

Penemuan Rangka Manusia Zaman Mesolitik di Malaysia

Sekumpulan arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang menjalankan kerja-kerja ekskavasi di Gua Bewah, Tasik Kenyir sejak tiga bulan lepas, menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik.

Timbalan Pengarah Institut Tamadun dan Alam Melayu (Atma) UKM, Prof Datuk Dr. Nik Hasan Shuhaimi Nik Abdul Rahman berkata, rangka manusia zaman Mesolitik yang dipercayai remaja itu dianggar berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.

Rangka manusia tersebut yang disemadikan dalam keadaan meringkuk seperti bayi di dalam kandungan ditemui di Gua Bewah, Tasik Kenyir, November tahun lalu.

Dengan penemuan rangka manusia zaman prasejarah itu, ia membuktikan wujudnya kawasan penempatan manusia zaman Mesolitik di negara kita.

Semasa ditemui, rangka berada dalam posisi yang dipercayai merupakan cara masyarakat zaman tersebut mengkebumikan mayat.

Rangka tersebut ditemui pada kedalaman 75 sentimeter dan ia merupakan penemuan terbesar selepas rangka pertama yang ditemui pada tahun 1975 di Gua Batu Tok Bidan berdekatan gua tersebut

Dengan usaha eskavasi ini, ia menjadi penemuan penting sejarah ketamadunan manusia di Malaysia.

Sila baca juga:
1) Rangka Manusia Zaman Mesolitik di Gua Bewah
2) Rangka manusia berusia 8,000 tahun ditemui
3) Rangka Manusia Zaman Mesolitik Ditemui Di Gua Bewah

Monday, 29 June 2009

Fosil Gajah Prasejarah ditemui di Indonesia

BANDUNG, Indonesia 23 Jun – Sekumpulan saintis Indonesia sedang berusaha mencantumkan semula rangka lengkap seekor gajah gergasi prasejarah yang ditemui di kawasan tropika, penemuan yang akan membawa petunjuk baru dalam misteri terbesar tentang asal usul gajah Asia, yang wujud pada hari ini.

Gajah prasejarah itu dipercayai telah tertimbus di dalam pasir jerlus, selepas ia mati di dasar sungai di Pulau Jawa sekitar 200,000 tahun lalu.

Tulang-tulangnya - yang hampir tidak terjejas - telah ditemui secara kebetulan pada Mac lalu apabila sebuah kuari pasir lama runtuh semasa musim hujan monson tropika.

Haiwan setinggi empat meter, lima meter panjang dan seberat lebih 10 tan itu - hampir sama saiz dengan seekor mamot yang hidup pada zaman itu daripada mamalia terbesar Asia, yang hidup di bumi pada hari ini.

Fosil haiwan tersebut berada dalam keadaan lembap, iklim panas Khatulistiwa berdasarkan proses penguraiannya yang begitu cepat.

Ekoran kerja-kerja penggalian selama sebulan, sekumpulan tujuh pakar paleontologi dari Muzium Geologi di Bandung, Barat Jawa, telah meletakkan tulang tersebut di dalam plaster untuk dihantar balik ke makmal bagi menyambungkan semula tulang-tulang tersebut.

“Kami percaya daripada bentuk gigi haiwan itu, ia merupakan seekor gajah primitif, tetapi hanya sebahagian kecil telah disahkan,” kata pakar paleontologi Fachroel Aziz, yang mengetuai kerja-kerja mencantumkan semula 12 tulang rangka itu. – AP

Sumber:
Utusan Malaysia Online