Jerman meraih Piala Dunia pertama mereka
selepas penyatuan antara Jerman Barat dan Timur dalam perlawanan sengit
di Stadium Macarena, Sao Paolo awal pagi ini.
Jerman hadir dengan reputasi garang sebagai pasukan yang menjaringkan paling banyak gol dalam Piala Dunia edisi ini dengan 17 gol termasuk ketika membelasah tuan rumah, Brazil 7-1 pada perlawanan separuh akhir.

Argentina pula tampil sebagai pasukan paling
kuat pertahananya apabila hanya melepaskan 3 gol sebelum ini dan tidak
dibolosi langsung dalam pusingan kalah mati.
"Supersub" Mario Gotzë menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan akhir ini tujuh minit sebelum masa tambahan berakhir.
Perlawanan ini bermula dengan rancak dan bertenaga di hadapan 74,738 penonton di stadium terutamanya pada separuh masa pertama apabila serangan bertali arus oleh kedua-dua pasukan.
Walaupun Jerman menguasai 63 peratus bola, penyerang Argentina Gonzalo Higuain hampir meletakkan pasukannya di hadapan sebanyak dua kali.

Pada minit ke 11, kesilapan Toni Kroos
menanduk bola kebelakang menghadiahkan peluang apabila Higuain hanya
berdepan satu lawan satu dengan penjaga gawang Manuel Neuer namun
cubaannya tersasar.
Pada minit ke 29 hantaran cantik Lionel Messi disambut Huguain yang menewaskan Neuer namun ditolak pengadil kerana offsaid.

Persaingan sengit kedua pasukan ini turut terbukti apabila beberapa permain tercedera di bahagian kepala.
Paling teruk ialah Christoph Kramer yang berlaga dengan bahu pertahanan Argentina Ezequel Garay pada minit ke 17.
Beliau kemudiannya terpaksa dikeluarkan 14 minit kemudian apabila rebah di padang dengan wajah sugul dan seolah tidak sedar apa yanv berlaku.
Pada separuh masa kedua kepala Huguain pula berlaga dengan lutut Nueuer ketika merebut bola di udara namun masih meneruskan permainan sebelum digantikan.
Pemain tengah Jerman Bastian Schweinsteiger pula mengakhiri permainan dengan muka penuh darah apabila terlibat dalam tiga pertembungan sewaktu merebut bola.
Kemenangan ke atas Argentina merupakan kali ketiga
berturut-turut Jerman menyingkirkan lawannya ini selepas dalam pusingan kalah mati Piala Dunia.
Canselor Jerman Angela Merkel kemudian menyertai perayaan pemain di padang dan menjadi pasukan ketiga selepas Itali dan Brazil memenangi Piala Dunia lebih tiga kali.
Lebih manis cubaan kedua di final selepas 2002 apabila rakyat Jerman mampu dirayakan seluruh rakyat Jerman selepas penyatuan pada tahun 1990.

No comments:
Post a Comment