Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Sunday, 13 July 2014

Panduan Menjawab Tugasan Kajian Kes Sejarah PT3 2014

Tugasan Sejarah PT3
1. Format instrumen pelbagai : kajian kes

2. Panjang tugasan : 300 patah perkataan

3. Tempoh tugasan : 
- Diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
- Ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas   
- Dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru

4. Pelajar tidak hadir : masih tertakluk pada tarikh penghantaran  

5. Markah dimasukkan dalam pelaporan PT3

6. Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes 
Jadual kerja 

1. Objektif kajian
·         Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
·         Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
·         Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan perpaduan kaum di negara ini
·         Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia 

2. Menetapkan kaedah kajian
·         Membaca akhbar tempatan
·         Merujuk buku teks atau rujukan
·         Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

3. Menetapkan tajuk – perpaduan kaum di Malaysia

4. Menyediakan kerangka kasar penulisan

Draf / kerangka awal  

1. Tajuk rencana : Perpaduan Kaum di Malaysia
2. Nama penulis : Nama calon
3. Isi kandungan : bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

(a) Pengenalan – menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum  (cadangan)
·         Dasar pecah dan perintah British
·         Sistem pendidikan zaman British
·         Pendudukan Jepun
·         Peristiwa 13 Mei
·         Isu agama dan budaya- trend terkini
(b) Kepentingan perpaduan kaum (cadangan)
·         mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
·         memelihara kedaulatan Negara
·         mewujudkan perasaan cinta kepada Negara / patriotisme
·         meningkatkan imej Negara di mata dunia
·         membangunkan ekonomi negara
·         mengekalkan kestabilan politik
·         membina masyarakat yang saling menghormati
(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (cadangan)
·         Peristiwa 13 Mei
·         Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
·         Penubuhan parti politik
·         Isu perkauman (bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan)
·         Dasar pendidikan kebangsaan
(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum (cadangan)
·         kewujudan pelbagai aliran sekolah
·         parti politik berasaskan kaum
·         kesan dasar penjajahan british
·         Sikap individulistik dalam masyarakat
·         Penyalahgunaan media sosial – menimbulkan isu sensitif
·         Campurtangan kuasa luar
(e) Langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di Malaysia (cadangan)
·         Kempen kerajaan
·         Program RIMUP
·         Gotong royong
·         Rumah terbuka
·         Sambutan perayaan
·         Program sukan
·         Slogan I Malaysia
·         Aktiviti kokurikulum
(f) Membuat rumusan (cadangan)
Pengetahuan 
·         Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
·         Berdasarkan peristiwa sejarah lama (apa peristiwanya) kita wajar ........
·         Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara
Iktibar
·         Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan (saya berharap agar.....)
·         Sentiasa mematuhi undang-undang / peraturan
·         Tidak terpengaruh dengan anasir luar
·         Menghargai jasa tokoh
 (g) Menyenaraikan sumber rujukan - buku / internet / akhbar / majalah / orang sumber

No comments: