Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Tuesday, 8 November 2016

Rakyat Amerika Mengundi Presiden Baru Pada Hari Ini

Rakyat Amerika hari ini keluar mengundi untuk menentukan siapakah presiden baru mereka mulai tahun depan dengan memilih antara yang bermasalah dengan e-mail atau dengan female.
Hillary Clinton dikatakan berhadapan dengan masalah e-mail yang disiasat oleh FBI manakala Donald Trump pula berhadapn dengan skandal dengan pelbagai perempuan (female).
Namun kajian yang dibuat menjelang pembuangan undi itu, Hillary Clinton dari Demokrat mempunyai kira-kira 90 peratus peluang untuk menewaskan calon Republikan, Donald Trump.
Menurut projek akhir Reuters/Ipsos States of the Nation, bekas setiausaha negara itu mendahului Trump dengan kira-kira 42 hingga 45 peratus dalam undi popular.
"Clinton berada di landasan yang betul untuk memenangi 303 undi dalam sistem kumpulan pengundi berbanding Trump yang hanya menguasai 235 undi.
"Dengan itu, Clinton dapat memenuhi keperluan mendapatkan 270 undi untuk menang, menurut dapatan kajian itu," menurut kajian itu, lapor Reuters.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Presiden Barack Obama memberi amaran bahawa kemajuan yang dimikmati oleh negara tersebut selama lapan tahun yang lalu akan menjadi sia-sia terkebelakang jika Trump menang hari ini, lapor Press Trust of India (PTI).
Obama dan Clinton adalah dari parti yang sama iaitu Demokrat.

No comments: