Assalamu 'alaikum Warahmatullah Wbt & Salam sejahtera..
Alhamdulillah, syukur di atas nikmat-Nya kerana dapat bersua kembali setelah agak lama penulis menyepi diri dan dah berhabuk laman sesawang sejarah2u ini.
Tidak bermaksud diri dihimpit dan dihambat masa, tapi mungkin sebagai satu 'protes kecil' di atas apa yang penulis alami sendiri semasa peperiksaan kertas Sejarah SPM 2010 lalu. Pengalaman sebagai pendidik Sejarah dirasakan begitu mencabar dan menguji kesabaran diri. Namun, syukur anak-anak murid turut memahami dan bersetuju dengan penulis.
Apa gunanya berjuang hampir dua tahun untuk menduduki peperiksaan jika segalanya 'tersingkap luas dan jelas' dua hari sebelum peperiksaan berlangsung. Kecewa perasaan ini kerana merasakan subjek ini telah 'dilacurkan' secara hina dan keji nilainya, meski kita berusaha memartabatkannya di persada tertinggi demi membina insan yang utuh jati diri.
Alhamdulillah, diri ini mendapat kekuatan baru untuk tabah dan sabar demi meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini. Moga Allah Swt memberi anugerah kekuatan dan kecekalan berjuang kepada diri ini. InsyaAllah...
Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Showing posts with label Diari Kehidupan. Show all posts

Monday, 31 January 2011
Tuesday, 23 March 2010
Monday, 11 January 2010
Cetusan Rasa 1
Salam Sejarah buat pengunjung setia dan pencinta Sejarah2u yang dikasihi..
Bertemu lagi dengan izinNya kita di alam siber yang tidak bersempadan ini. Didoakan agar para pelawat weblog ini sentiasa komited dan tabah dalam menelusuri segala mihnah dan tribulasi dalam kerangka usaha memantapkan profesion yang diceburi, di samping terus beriltizam memartabatkan ilmu dan penghayatan sejarah dalam kehidupan seharian.
Sepanjang minggu lepas, kita dikejutkan dengan beberapa peristiwa dan situasi tragis yang sukar dikesampingkan. Bukan untuk merayu tindakan melulu, tapi lebih perlu diambil sebagai 'ibrah' untuk kita sama-sama bermuhasabah dan merenung sedalam-dalamnya akan hakikat dan erti sebenar sebuah 'perjuangan' yang jauh daripada sifat egois dan hipokrit serta terpelihara daripada unsur-unsur rasisme dan perkauman sempit.
Peristiwa dan kejadian yang menimpa konvoi rombongan 'Viva Palestina' pimpinan ahli Parlimen Britain, George Galloway yang ditahan sehingga berlaku pertumpahan darah dengan polis sempadan Mesir di Pelabuhan Al-A'Arish masih segar dalam ingatan semua pencinta keamanan, lebih-lebih lagi di hati umat Islam seantero dunia.
Karenah birokrasi, ancaman keselamatan dan provokasi melampau polis Mesir pimpinan Hosni Mubarak menjadikan mereka lebih 'drakonian' daripada penjajah Zionis Israel yang mengepung wilayah Gaza dan menjajah bumi Palestin seluruhnya.
Umat Islam masih tersentak dengan kekejaman Israel dalam perang 22 hari mereka di Gaza, malah ditambah pula sikap 'selfish' Mesir yang mahu dilihat sebagai 'sahabat' Israel dan sekutu Barat yang membina tembok pemisah bagi menghancurkan struktur 'lubang tikus' yang diguna penduduk Gaza bagi mendapatkan keperluan makanan dan ubatan dari saudara seaqidah mereka di Mesir.
Dalam keghairahan mengamati perkembangan konvoi 'viva', senario dalam negara kita sedikit panas dengan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh gereja Katolik dalam terbitan majalah mereka.
Siri demonstrasi oleh kumpulan-kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai NGO's Islam terus berterusan diadakan secara sistematis meski dalam skala kecil pengikutnya. Kemuncaknya pada hari Jumaat lepas, bila di beberapa masjid bertumpu para demonstran dengan pelbagai slogan pada kain rentang dan sepanduk yang diarak.
Rupanya ia tidak berakhir di masjid sahaja kerana pada awal paginya beberapa buah gereja sekitar lembah Klang telah terbakar kerana dibaling 'molotov cocktail' dan diugut. Tak cukup di lembah Klang, terbaru beberapa gereja di Taiping, Perak juga dibakar oleh golongan desperado yang tidak bertamadun. Persoalannya, apakah matlamat dan tindakan susulan golongan desperado 'perosak' selepas semua rentetan peristiwa hitam yang telah berlalu ini?
Hakikatnya, sengaja cetusan rasa ini dizahirkan kerana manusia semakin lupa menjadikan sejarah silam umat terdahulu sebagai guru terbaik untuk diambil iktibar. Semakin zaman berubah, semakin kita cenderung untuk kembali menghayati budaya 'barbarian', lalu pantas meminggirkan usaha merealisasikan pembentukan satu masyarakat madani yang menyantuni setiap umat tanpa prejudis, 'adil dan penuh rasa kepertanggunjawaban yang tinggi selaku khalifah dan hamba Allah swt. Allahu A'lam

Monday, 25 May 2009
Antara Jumaat dan 'Fry Day'...

Bagi yang sedang menekuni dan menelaah pelajaran untuk baki hari peperiksaan yang tinggal, salam kecemerlangan daripada penulis untuk anda sekalian.
Tanggal 22 Mei yang lepas, merupakan hari yang cukup penting dan bermakna buat penulis bila dapat mengamati anak-anak didik kesayangan menjawab kertas peperiksaan Sejarah SPM di sekolah penulis. Seperti biasa, melihat persediaan dan komitmen murid-murid mengulangkaji sentiasa mengundang rasa debaran yang jarang terkawal di hati penulis.
"Ya ALLAH! anugerahkanlah kejayaan kepada anak-anak didikku. Kurniakan kefahaman dan kemudahan buat mereka menjawab semua soalan yang dikeutarakan. Moga kalungan kejayaan buat mereka dengan izinMu. Amiinn..".
Sementelah menanti dan sekali-sekala menjenguk mereka di kelas, penulis dapat melihat pelbagai 'style' atau gaya dan tahap kesungguhan mereka semasa menjawab. Ada yang dah 'lipat baring', ada yang melangut melihat dinding, ada yang mula menongkat dagu, di samping ada juga yang matanya pejam kejap seperti berfikir panjang lagaknya. Namun, ramai juga yang konsisten 'tersenyum' menulis dan menjawab tanpa henti-henti seperti "derasnya air sungai Pusu" bersebelahan sekolah penulis.
Sambil menunggu masa peperiksaan tamat, sempat penulis berbual dengan rakan-rakan sejawatan tentang kelebihan hari Jumaat yang merupakan 'Penghulu segala hari' atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai 'Sayyidul Ayyam'. Seorang rakan penulis sempat bergurau tentang terjemahan hari Jumaat dalam bahasa Inggeris dengan "Fry Day", iaitu sebagai 'Hari Menggoreng'. Gamat juga la kami di bilik guru pada hari itu membicarakan perihal antara hari Jumaat dan 'Fry Day'.
Di sisi lain, penulis cepat menangkap tafsiran lain akan penggunaan ungkapan 'Fry Day' tersebut bila mengenangkan situasi murid-murid kecintaan yang sedang menjawab soalan peperiksaan, khususnya ketika menjawab soalan esei. Persoalannya, adakah mereka fokus menjawab berdasarkan fakta atau sekadar 'menggoreng' fakta? Jika mereka menjawab dengan fakta dan dalil yang sahih, maka lega perasaan penulis, tapi sebaliknya jika mereka 'menggoreng', paling penulis risaukan ialah 'gorengan mereka berhasil sehingga hangus' yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Sehingga hal itu dapat disahkan, penulis tak berhenti-henti berdoa agar hari Jumaat yang baru berlalu memberikan kekuatan 'penghulu' kepada anak-anak murid kesayangan...dan dijauhkan mereka dengan 'pesta acara menggoreng yang tidak rasional' yang jika terus diamalkan, dikhuatiri memberi impak yang tidak kecil kesannya bagi mengadapi peperiksaan SPM sebenar pada hujung tahun 2009 ini.
Antara Jumaat dan 'Fry Day', hakikat kejayaan dan kegagalan bergantung kepada usaha dan keiltizaman anda serta dengan izin dari-Nya jua. Masih ada ruang masa untuk pembaikan dengan keazaman mencipta kecemerlangan yang dinanti-nantikan. InsyaAllah, jalan kemenangan sedang menanti di depan mata kalian. "Bersedialah untuk sebuah perubahan!".
Thursday, 14 February 2008
Coretan Seorang Guru Sejarah: Siri 1
Salam Sejarah buat semua insan di luar sana yang pernah mengenaliku, yg pernah aku sentuh jiwa dan ruhnya dengan ilmu sejarahku yg tidak seberapa ini dan mereka yg pernah jiwaku disentuh dek ketekunan dan iltizam tinggi dalam menuntut ilmu ini yg bagiku, "berbahagialah mereka2 yang dalam dalam sanubari dan minda sedarnya tertancap kukuh ilmu sejarah ini di dunia dan di akhirat. InsyaAllah".
Aku mengenali Sejarah sejak di sekolah menengah, dan aku dipopularkan dalam kalangan rakanku juga kerana ilmu ini. Mereka acapkali, mungkin gurauan bagiku..memanggilku dengan pelbagai gelaran spt 'kitab sejarah', 'hero sejarah', 'ensiklopedia hidup' dan mcm2 lagi yang tak mungkin aku dapat nyatakan semuanya dalam laman ini. Aku hanya redho dan bersyukur dgn apa yg dianugerahkan Allah Swt kpd diriku, asal bukan aku yg 'syok sendiri ' atau 'perasan' atas apa yg digelar rakan2ku kpdku. (salam kasih buat sahabat2 lamaku di SMKA Sheikh Hj Othman, Kuching (1989-90), SMKA Simpang Lima, Sabak Bernam (1990-91) dan SMA Persekutuan Kajang (1992-94)
Menginjak ke alam kemahasiswaan, aku telah memilih kursus Sains Politik pada awal semester. Merasakan ada 'something' dalam wawasanku terhadap politik negara yg aku cintai ini. Namun, bila masuk ke semester ketiga, jiwaku meruntun dipanggil utk cenderung memperhambakan diri dalam kursus Sejarah dan Tamadun. Ia semakin terdorong kuat bila aku dipertemukan dengan 'sang pendeta2' sejarah ummat di kampus UIAM-ku. Di antara mereka yg aku sangat hargai ilmu dan kewarakan mereka, Dr Abd Ghani Yaakob, SHeikh Dr Mohsen Salleh, Dr Ataullah Boghdan Kopanski, Dr Abdullail Ahsan, dan ramai lagi (Ya Allah! rahmatilah guru2ku. Amin)
Antara kata-kata keramat guruku, Sheikh Dr Mohsen Saleh yg masih terngiang-ngiang di cuping telingaku sehingga kini:"Wahai saudaraku Ishar, sejarah dan peradaban ummat hari ini adalah sesuatu yang bersifat 'mati', kewajipan andalah untuk 'meghidupkannya' kembali dan dek krn kealpaan dan kerakusan golongan opurtunis dan orentalis menyeleweng banyak fakta2 dlm sejarah ummat ini, maka tanggungjawab andalah untuk kembali memurnikannya semula".
...................bersambung........................

Subscribe to:
Posts (Atom)