Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Showing posts with label Ingat Sejarah... Show all posts
Showing posts with label Ingat Sejarah... Show all posts
Wednesday, 18 July 2012
Monday, 16 August 2010
Tahukah Anda? : Sistem Pentadbiran Tanah
Sebelum pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, setiap negeri Melayu mempunyai sistem tanahnya sendiri dan dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan.Hanya pada tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens sebagaimana dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk menyelaras dan menyeragamkan perundangan dan peraturan tanah di Negeri-Negeri Melayu.
Undang-Undang Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada 25 November 1913 dan menjadi Enakmen Tanah Simpanan Melayu No. 15 Tahun 1913. Undang-Undang ini mempunyai 16 seksyen kesemuanya.
Monday, 25 January 2010
Rakyat Tak Tahu Sejarah Adalah Rakyat Kasar: Rais
PULAU PINANG, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan membantu sekolah untuk mempertingkatkan pembelajaran subjek sejarah bagi memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar."Subjek sejarah adalah penting kerana rakyat yang tidak tahu sejarah adalah rakyat yang kasar," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika merasmikan Ikrar Gemilang Sekolah Menengah Perempuan St George di sini Selasa.
Beliau berkata subjek sejarah penting untuk memupuk gagasan 1Malaysia dalam kalangan pelajar menerusi kegiatan mengenali sejarah kebudayaan, kesenian dan warisan.
Rais berkata bantuan kementerian akan disalurkan menerusi pelbagai aktiviti sekolah termasuk aktiviti kebudayaan, kesenian dan muzium.
Katanya sekolah-sekolah digalak mempergiatkan aktiviti kesenian dan kebudayaan kerana ia dapat melahirkan masyarakat yang cintakan seni pelbagai kaum.
"Gagasan 1Malaysia memang bermula dari sekolah kerana di situlah bermulanya pergaulan masyarakat pelbagai kaum dan saling kenal mengenali budaya dan warisan satu sama lain," katanya.
Rais berkata, 1Malaysia bukanlah soal politik, ia adalah soal kehidupan rakyat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
Sumber: BERNAMA
Thursday, 9 April 2009
Hari Ini Dalam Sejarah
Subscribe to:
Posts (Atom)
