ARIZONA - Jessica Cox mencatat sejarah sebagai individu pertama di dunia yang berjaya memperoleh lesen juruterbang walaupun dia kudung di bahagian tangan.
Wanita berumur 25 tahun dari Tucson, Arizona itu mengambil masa selama tiga tahun untuk mendapatkan lesen dengan bantuan tunjuk ajar daripada gurunya, Parrish Traweek.
Usaha gigih Parrish dan ketekunan Jessica akhirnya membolehkan wanita itu berjaya mengawal pesawat Ercoupe 415 menggunakan kakinya dengan begitu sempurna.
“Menerbangkan pesawat adalah sesuatu yang menakjubkan dan juga perasaan paling hebat di dunia” kata Jessica.
Akhbar tabloid Jerman, Bild melaporkan bahawa Jessica dibantu oleh organisasi Able Flight yang bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya meningkatkan keyakinan diri mereka dengan melakukan penerbangan.
Jessica dilahirkan tanpa lengan dan mula menanggalkan tangan palsunya ketika berusia 13 tahun untuk menikmati kebebasan hidup.
Biarpun kurang sempurna, Jessica masih mampu berhias, berenang, menaip di komputer dan memiliki tali pinggang hitam dalam seni bela diri taekwondo.
Sumber: Akhbar Sinar Harian
Moral:
Setiap hari Allah Swt memberi kita peluang dalam kesempurnaan penciptaan kita untuk kita mencipta Sejarah buat diri sendiri dan ummat. Ketahuilah bahawa kita adalah 'JUARA' hakikatnya. Buktinya daripada jutaan telur-telur senyawaan yang ingin lahir ke dunia ini, Allah Swt telah memilih kita untuk diberi amanah kehambaan dan khalifah di sisiNya.
Adakah kita bersyukur dengan kesempurnaan ini? Justeru, malanglah jika kita merosakkan diri dan mensia-siakan peluang yang telah sedia terhidang ini. Nah, inilah masanya untuk kita terus mengorak langkah sebagai ummah terbilang dan terbaik demi mencipta sebuah Sejarah yang akan memartabatkan nasib ummah ini di kemudian hari. Allahu A'lam
Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Wednesday, 10 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jessica menyedarkan kita berapa banyak orang 'bertangan' d luarsana yg bernasib baik, tapi tidak mencuba sebaik dia...
jessica cox mengingatkan kita berapa banyak org 'bertangan' di luar sana yg lebih bnasib baik darinya tetapi mnggunakn tangan itu utk keburukan diri sndiri...berbeza plk ngn dirinya, wlu tanpa tng tapi dapat menakluk dan mengatasi keterbatasannya fizikalnya...
Post a Comment