Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017]



Monday, 27 April 2009

Ujian dan Dugaan

Salam Sejarah buat semua pengunjung dan anak-anak murid yang ustaz kasihi lagi diingati. Apa khabar kalian semua? Moga sentiasa sihat dan ceria hendaknya la yer :)

Lama sungguh rasanya tak mengemaskini weblog ini. Lebih kurang seminggu lebih lamanya. Ini disebabkan masalah pada sistem internet yang ustaz terpaksa lalui dengan pasrah.

Selain itu, sedikit sebanyak kesibukan yang tidak berpenghujung, malah bersilih ganti pada minggu lepas dari bermulanya latihan bola tampar sekolah, Majlis Takrim 2008, bengkel menjawab Sejarah SPM dan yang paling mencabar adalah menanda kertas ujian bulanan yang memerlukan keazaman dan disiplin diri yang cukup tinggi.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk ustaz mengucapkan TAHNIAH buat anak-anak SMIAAG yang naik ke pentas bagi menerima anugerah masing-masing. Tahniah juga buat semua rakan guru yang bertungkus lumus menjadikan hari tersebut sangat istimewa. Persembahan pelajar juga hebat dan penuh keunikan tersendiri. Percayalah bahawa kalian semua telah mengukir kejayaan SEJARAH cemerlang pada hari tersebut.

Bagi anak-anak murid yang kurang berjaya..berusahalah kerana kalian punya potensi besar untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa depan. Moga kita bertemu pula dalam Majlis Takrim 2009 kelak.

Ayat-ayat Cinta:
Bersabarlah menerima segala ujian dan dugaan Allah Swt dengan penuh pasrah dan keimanan yang tinggi kpd-Nya, kerana itu bermakna DIA sangat sayang kepada anda.

8 comments:

-Amin HAR- said...

Terima kasih ust!!
Semoga kata2 ini akan membuatkan diri saya ini lebih bersemangat...!
Amiiiiieen

Izz-Al-Din said...

Syukran ustaz !
Ayat2 ustaz menjadi pengukir senyuman dan pembakar semangat ana untuk terus berjuang.

mas syarep said...

selama ana idup kt alamin..drpd darjah 1 sampai spm..ana dpt anugerah takrim skali jer ustaz..nmpk sgt ana ni anak murid ust yg nakal kn?

Nurazah Fathirah said...

ish3..nakal

salam ustaz! Jazakallah wa syukran kathiran 'ala ayat-ayat cinta ini... Sangat terharu dan menjadi pembakar semangat untuk lebih maju dalam perjuangan...

Si Pengembara said...

mas syarep,samalah kita?
syukran wabarakallahufiik,
insya allah kami akan berusaha untuk melakar sejarah umat pula selepas ini :D

Si Pengembara said...
This comment has been removed by the author.
Mujahid Islah said...

Salam -Amin HAR-, Izz-Al-Din n Nurazah Fathirah.

Moga kalian lebih bersemangat dan terus maju dengan daya juang tinggi dalam mencipta kecemerlangan pada jalan-Nya.

Ust doakan agar kalian terus maju jaya. Bi'iznillah :)

Mujahid Islah said...

Buat mas syarep dan Si Pengembara yang ust kasihi.

Nasihat ust banyakkan bersabor dan terus cekal dalam usaha mencipta sejarah kecemerlangan.

Syukur meskipun sekali, doakan utk kedua kalinya pula. Nakal pun ust tetap sayang akan anak muridnya :).

Moga Allah swt jua menjadi saksi akan iltizam dan ikrar perjuangan kita. InsyaAllah

Mohon terus berjuang tanpa mudah berputus asa, kerana janji Allah swt itu pasti benar!!