Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Friday 31 July 2009

Peperiksaan Percubaan PMR 2009













Salam kecemerlangan buat semua calon Pmr SMIAAG yang bakal menduduki peperiksaan percubaan pada minggu hadapan. Sejarah2u akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Kini sudah sampai masanya untuk anda membuktikan segala usaha, masa dan wang ringgit yang dicurah selama ini bukanlah satu yang sengaja disia-siakan. Tetapi..akan ditebus dengan hasil yang gilang-gemilang hinggalah saat menghampiri PMR kelak.

Janganlah dihitung berapa banyak pengorbanan yang perlu anda dicurahkan, tetapi hitunglah bahawa adakah itu pengorbanan dan usaha yang terbaik mampu diusahakan oleh anda atau sebaliknya.

Banyakkanlah berdoa, bermunajat, memohon ampun dan bertawakkal kepada Allah Swt, kerana hanya DIA-lah sahaja sebaik-baik penolong di kala susah mahupun senang. Dan mohonlah juga restu ibu bapa dan para guru yang sanggup berkorban demi melihat kejayaan anda.

Akhir bicara, sambutlah salam perjuangan..dan salam kecemerlangan buat anda semua daripada sejarah2u... :)

3 comments:

nurain rodze said...

lega sbb xpaya amik pmr dah.
hehehe

Awau said...

PMR?
Sejarah waktu PMR memang sejarah..
Ma'annajah wattaufiq Calon PMR 2009 Sejarah

Sejarah2u said...

Salam buat Si Pengembara dan ain. Tahniah kerana anda telah berjaya mencipta sejarah buat diri :)

Selepas Pmr ada lagi Spm, lepas Spm ada periksa universiti, selepas tu Spm semula (Sijil pinangan Malaysia), yang terakhir kena periksa depan Allah swt pula di akhirat.

Moga kita semua berjaya peperiksaan di dunia, lebih-lebih lagi peperiksaan di akhirat. Ameen