Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Thursday 18 March 2010

Cipta Sejarah: Antara Gladys dan Nurazlina

"Saya terkejut dan sukar nak percaya bila diberitahu yang saya pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di negara ini," kata Gladys Tan Yee Kim.

Gladys memperoleh semua A+ dalam 10 subjek yang diambilnya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pengetahuan Moral, Sejarah, Matematik, Sains, Matematik Tambahan, Fiziks, Kimia dan Biologi.

Dalam pada itu, Gladys yang gemar bermain piano dan membaca buku memberitahu, mendekatkan diri kepada tuhan merupakan faktor penting yang banyak membantu kejayaannya selama ini.

Beliau yang banyak menghadiri aktiviti keagamaan di Gereja Hope Kuching pada setiap hujung minggu berkata, dia percaya setiap perkara yang dilakukan tidak akan berjaya sekiranya tidak diberkati dan direstui tuhan.

"Tanpa tuhan, sudah tentu saya tidak dapat melakukan perkara ini (10A+) dan saya tujukan kejayaan ini kepada tuhan dan ibu bapa saya. ''

Sumber: Utusan Online, 12/3/2010
.............................................................................................................................................

Sebaik terbaca akan kejayaan Gladys dan rutin kehidupannya yang dinobat sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan membuatkan penulis teringat akan kelibat dan kecemerlangan yang berjaya dicapai oleh seorang anak didik penulis iaitu, Nurazlina yang kini sedang melanjutkan pengajian di Darul Qur'an (pensijilan UIAM).

Bukan untuk terlalu berbangga, tetapi tidak keberatan jika penulis menobatkan Nurazlina selaku pelajar terbaik di hati penulis dengan pencapaian cemerlang memperoleh 13 gred A+ (B.Melayu, B. Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, B. Arab Tinggi, Pendidikan Al-Qur'an dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Perakauanan) serta gred A dalam Biologi.

Mengenali Nurazlina, beliau bukan sahaja agak 'genius' dalam akademik, tetapi turut cemerlang dalam kokurikulum bila mampu menghafaz 30 juzu' Al-Qur'an, prolifik dalam penulisan, serta pernah mewakili sekolah ke pertandingan debat hatta ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sebagaimana Gladys, Nurazlina juga menjadikan ALLAH sebagai inspirasi utama dengan kewajipan bekerja untuk Ad-Deen-Nya dengan cara berdakwah. Selain itu, penulis mengira hubungan kekeluargaan beliau terhadap ibu bapanya yang cukup jitu dan begitu harmonis telah menjadi pemangkin utama dalam merealisasikan kejayaan yang cukup manis dalam peperiksaan SPM sesi 2009 yang lalu buat beliau.

Akhir kata, sekalung tahniah penulis ucapkan buat Nurazlina, Gladys dan semua calon yang telah memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan lalu. Moga kejayaan akan terus dijulang demi kemajuan negara dan umat seluruhnya.

"Ingat Sejarah...Ingat Sejarah2u :)"

No comments: