Thursday, 18 March 2010

Rundingan Baling 1955

Setelah gagal melalui perjuangan bersenjata, Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu mengubah taktik perjuangannya ke arah memenangi hati rakyat. PKM meminta rundingan perdamaian bagi mencari jalan supaya PKM dibenarkan bergiat dalam politik negara secara sah.

Sebaik sahaja Parti Perikatan berjaya memenangi pilihan raya tahun 1955, Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Ketua Menteri. Kerajaan telah mengeluarkan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada pengganas komunis. Antara lain tawaran itu berbunyi:

"Anggota komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum. Mereka yang menunjukkan taat setia dan ikhlas kepada negara ini akan dibenarkan hidup bebas sebagai rakyat biasa. Sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka, tetapi bagi mereka yang ingin pulang ke negara China akan diberikan pertimbangan oleh kerajaan". (Sumber: Berita Harian)

Ketua propaganda PKM, Chen Tien keluar dari hutan di Kelian Intan untuk menghantar surat kepada Tunku bagi mengatur pertemuan di antara Tunku dan PKM. Pertemuan telah berlangsung di sebuah sekolah di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955.

Di akhir pertemuan itu, Chin Peng telah menolak tawaran pengampunan kerana kerajaan tidak membenarkan PKM bergiat sebagai sebuah parti politik yang sah. Beliau juga menolak keras syarat yang kesetiaan PKM disiasat terlebih dulu sebelum mereka dibebaskan untuk memulakan kehidupan baru.

No comments: