Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Saturday 20 March 2010

Hendak Tengok Malaysia? Datanglah Ke Melaka

Pengunjung ke Melaka akan disambut dengan slogan, "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia" yang tertera pada pintu gerbang memasuki negeri ini di Lebuh raya Ayer Keroh-Jalan Tun Razak.

Apa yang ada di seluruh Malaysia, ada di Melaka. Tidak keterlaluan kata-kata itu jika dilihat pelbagai perkara yang ditawarkan kepada pengunjung dari segi kemudahan awam, tempat kunjungan, pusat membeli belah, hotel, institusi pendidikan, pantai, pulau dan pelbagai lagi.

Dari segi perpaduan dan penerimaan, sejarah membuktikan Melaka sudah lama menerima kewujudan pelbagai kaum, daripada zaman pedagang Cina dan India, hinggalah ke zaman kesultanan Melaka, penjajah dan era sebelum dan selepas merdeka.

Kini, keluarga Baba Nyonya, masyarakat Portugis, Chitti, selain Melayu, Cina dan India hidup dalam suasana aman damai di tengah-tengah kesibukan Melaka dikunjungi pelawat domestik dan pelancong asing.

Melaka yang akan dinobatkan negeri maju pada Oktober ini telah diiktiraf oleh Unesco sebagai Bandar raya Warisan Dunia.

Seramai 8.9 juta pelancong melawat Melaka pada 2009, manakala pada 2008, seramai 7.4 juta orang pelancong telah melawat negeri ini.

Melaka terkenal dengan aset sejarah peninggalan zaman Kesultanan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda, yang terletak kebanyakannya di sekitar Bandar Hilir.

Terdapat lebih 20 muzium termasuk Muzium Baba Nyonya dan Muzium Chitti, yang boleh menceritakan secara terperinci khazanah sejarah ini.

Pelbagai taman disediakan untuk dilawat tetamu negeri ini selain Zoo Melaka, iaitu Taman Mini Malaysia dan Asean, Taman Buaya, Taman Rama-Rama, Taman Botanikal Melaka, Kampung Buku Malaysia Melaka, Muzium Lebah, Taman Seribu Bunga, yang kesemuanya terletak di sekitar Ayer Keroh.

Produk pelancongan lain yang patut dilawati ialah menyusuri sungai Melaka dengan bot Melaka River Cruise, Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Duck Tour, Water Taxi dan Kompleks Planetarium.

Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu meranti,
Dari jauh tuan puan datang,
Orang Melaka sedia menanti.

No comments: