Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label Cintai Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Cintai Ilmu. Show all posts

Saturday, 30 October 2010

Tahukah Anda? : Kolar Kuda

Antara salah satu sumbangan penting tamadun China kepada peradaban dunia ialah penciptaan kolar kuda untuk menarik kenderaan serta beban.

Di Barat pada ketika itu, penggunaan kolar padakuda telah menyebabkan kuda kerap tercekik.

Akan tetapi di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad keempat Sebelum Masihi ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda tersebut.

Untuk rujukan dan perhatian:

a) Cara ikatan di Eropah
b) Cara ikatan di China
c) Cara ikatan di China

Latihan Ulangkaji Tingkatan 4

Arahan: Sila jawab tajuk-tajuk di bawah dalam bentuk esei.

1) Ciri-ciri Tamadun
2) Tamadun Indus & Mesir Purba
3) Perluasan empayar
4) Sistem Demokrasi di Athens
5) Faktor Pembentukan Kerajaan Agraria dan Maritim
6) Pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara
7) Dakwah Rasulullah Saw di Makkah dan Madinah
8) Piagam Madinah
8) Sumbangan Khalifah
9) Perkembangan Kerajaan Turki Uthmaniyyah
10) Pengaruh Islam di Asia Tenggara & Malaysia
11) Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara
12) Sistem Cukai, mata wang dan perdagangan di Melaka
13) Faktor dan Kesan Peristiwa Hijrah
14) Faktor dan Kesan Pertembungan Tamadun
15) Perkembangan Revolusi di Eropah
16) Kesan Penerokaan dan Penjelajahan Barat ke Asia
17) Renaissance & Reformation - Faktor dan kesan
18) Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu
19) Cara kemasukan Imigran ke Tanah Melayu
20) Perkembangan proses Perbandaran dan Hak Pemilikan Tanah

Jawab dengan tekun dan semoga berjaya dalam peperiksaan akhir tahun. InsyaAllah

Thursday, 29 July 2010

PUI Kembali Lagi...

Mulai tarikh 19 Julai, Program Ulangkaji Intensif (PUI) kembali lagi ke bumi SMIAAG sebagaimana lazim tahun-tahun sebelumnya.

Saban tahun, pelbagai agenda dirancang bagi mencapai tahap akademik terbaik dalam peperiksaan PMR dan SPM, tidak terkecuali subjek Sejarah.

Dengan silibus kebanyakan subjek telah berjaya ditamatkan, maka proses ulangkaji menjadi sesuatu yang agak agresif dalam gerak kerjanya.

Sesi pembentangan tajuk, latih tubi menjawab latihan topikal dan modul, perbincangan dalam kumpulan, bengkel menjawab, menjawab soalan pra/ pasca percubaan, sesi kaunseling dan klinik adalah sebahagian agenda penting yang mewarnai proses PUI pada setiap tahun.

Buat anak-anak didikku di Al-Amin, banyakkanlah bersabar menempuh badai 'ganas' PUI dengan tenang dan keyakinan yang tinggi kepada Allah Swt, kerana di akhirnya nanti bibit-bibit kejayaan menanti, demi sebuah kemenangan yang penuh gilang-gemilang. InsyaAllah.

Sunday, 25 July 2010

Rihlah Ibn Battutah: Ayam Betina Negeri China

"Ayam jantan dan betina di negeri China adalah sangat besar dan lebih besar daripada angsa di negeri kita, Maghribi. Begitu juga telur ayam betina mereka adalah lebih besar daripada telur angsa kita.

Walau bagaimanapun, angsa di negeri mereka tidaklah begitu besar. Kami telah membeli seekor ayam dan mahu memasaknya, tetapi dagingnya tidak muat untuk dimasukkan ke dalam sebiji periuk lalu kami memasukkannya ke dalam dua biji periuk.

Ayam jantan di negeri China adalah sebesar seekor burung kasuari. Adakalanya seekor ayam jantan akan tercabut bulunya dan yang tinggal hanyalah tubuhnya yang merah.

Ayam jantan China pertama yang kulihat adalah di kota Kaulam. Aku menyangka bahawa ayam tersebut ialah burung kasuari dan berasa takjub melihatnya. Akan tetapi pemiliknya memberitahuku, "Di negeri China, ada yang lebih besar daripada itu."

Apabila aku sampai di negeri China, aku mendapati bahawa apa dikatakan oleh pemilik ayam jantan tersebut adalah benar."

Sumber: Pengembaraan Ibn Battutah, terbitan IKIM. Halaman 745

Tuesday, 9 February 2010

Sistem Pendidikan Pondok

Sistem pendidikan pondok merupakan institusi pendidikan atau pusat pengajian formal terawal di nusantara yang memfokuskan kepada aspek ilmu-ilmu Islam.

Di Pattani dan Tanah Melayu, pusat pengajian ini dinamakan sebagai 'pondok'. Sementara di Jawa, dinamakan dengan 'pesantren' dan di Acheh dikenali sebagai 'dayah'.

Mata pelajaran yang diajar di pondok antaranya ialah Feqah, Usuludn, Tasauf, Hadis dan Tafsir. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Keperluan asas di pondok seperti makan minum, lazimnya disediakan oleh pelajar sendiri.

Tuesday, 26 January 2010

Tradisi Intelektual

"Intelektual" adalah orang yang memusatkan diri untuk memikirkan idea dan masalah bukan kebendaan dengan menggunakan kemampuan akaliahnya...Pengetahuan tentang suatu pokok permasalahan tertentu atau memiliki suatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual walaupun hal ini seringkali berdampingan...Sebaliknya, orang yang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pokok bahasan yang diminatinya...Kaum intektual sebagai kelompok sosiologis hendaklah dibezakan daripada kaum inteligensia. Dengan 'Intelegensia' kita maksudkan mereka yang telah mengalami pendidikan tinggi formal dan moden, pakar dan profesional, dan mereka yang memperolehi pendidikan tingkat tinggi dengan cara lain."

(Syed Hussein Alatas 1992. Intelektual Masyarakat Membangun, ms. 10-12)

Sunday, 26 July 2009

Pertandingan Menulis Sejarah Malaysia 2009

Salam Sejarah buat semua pengunjung Sejarah2u yang dikasihi.

Untuk kesekian kalinya, Persatuan Sejarah Malaysia akan menganjurkan pertandingan mengarang esei Sejarah Malaysia 2009.

Antara objektif pertandingan ini adalah untuk:

1. Menggalakkan pelajar menjalankan kajian penyelidikan dan menulis sejarah Malaysia

2. Menggalakkan Guru Sejarah membimbing pelajar menyelidik sejarah Malaysia

3. Menimbulkan kesedaran, minat dan penghayatan dalam kalangan pelajar terhadap sejarah Malaysia

4. Menggalakkan Persatuan Sejarah di sekolah untuk membantu pelajar membuat kajian dan penyelidikan sejarah tanah air

5. Memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar

6. Mendapatkan karya yang bermutu untuk diterbitkan, sebagai usaha memperkayakan sumber sejarah tanah air

7. Memperbanyakkan bahan rujukan sejarah tempatan di Persatuan Sejarah Malaysia

Untuk maklumat lanjut sila klik pada brosur di atas.

Monday, 13 July 2009

Selamat ber'PUI'

Salam Sejarah buat semua pengunjung sejarah2u, khususnya anak2 didik tingkatan 3 dan 5 di SMIAAG yang ketika posting ini ditulis sedang melalui proses pengukuhan dan penghadaman ilmu melalui proses PUI (Persediaan Ulangkaji Intensif) sehingga menjelang hari peperiksaan besar PMR dan SPM 2009.

Cabaran ber'PUI' memang tidak dapat dinafikan, tetapi dengan tekad, kecekalan utuh dan semangat yang penuh bermotivasi untuk muncul yang terbaik dan cemerlang dalam peperiksaan seharusnya mampu menjadikan semua cabaran yang bakal dihadapi sepanjang ber'PUI' dapat diatasi dengan penuh keinsafan dan penuh rasa sedar.

Akhiru kalam, marilah kita ber'PUI' dengan penuh bersemangat demi melakar sebuah kejayaan gilang gemilang pada masa hadapan dan berbahagia di dunia dan akhirat. AMeen :)

Thursday, 25 December 2008

Tahukah Anda? - Terusan Suez


Salam Sejarah buat semua...

Dalam pembelajaran teks Sejarah peringkat Menengah, khususnya dalam silibus tingkatan 4 dan 5, kita telah didedahkan tentang usaha penjelajahan dan penjajahan oleh Imperialis Barat pasca era Renaissance. Kemajuan pengangkutan dan perhubungan menjadi antara 'kunci terpenting' yang mendorong kepada usaha-usaha tersebut.

Tahukah anda bahawa pembinaan Terusan Suez telah menjadi pemangkin kepada pelaksanaan dasar Imperialisme Barat ke Timur? Justeru, marilah sama-sama kita mengamati sejarah pembinaan Terusan Suez yang peranannya cukup relevan dan signifikan hinggalah ke hari ini.

Terusan Suez, 1869

Ia dibina oleh Perancis dengan pimpinan juruteranya yang bernama Ferdinand de Lesseps. Sebaik dibuka, terusan ini dikendalikan oleh syarikat awam yang kebanyakan sahamnya dimiliki oleh Khedif, Gabenor Mesir dan pedagang Perancis yang berpengaruh.

British sangat berminat menguasai Terusan Suez kerana ia menjadi laluan utama sebilangan besar kapal dagangnya serta jalan singkat ke India, Asia Tenggara, China dan Australia.

Pada tahun 1875, akibat banyak berhutang dan hampir muflis telah menyebabkan Khedif terpaksa menjual sahamnya dalam Kompeni Terusan Suez. Kesempatan ini diambil oleh Disraeli, Perdana Menteri British ketika itu untuk membeli 45 peratus jumlah saham dalam kompeni tersebut yang bernilai 4 juta paun sterling (modal besar pada masa itu).

Dengan bantuan pinjaman daripada Rothschilds, iaitu sebuah firma bank antarabangsa yang terkenal, Disraeli mempunyai cukup wang tunai untuk membeli saham tersebut, seterusnya menguasai kompeni dan terusan Suez.

Berikutan dengan ini, Mesir juga telah jatuh ke tangan British dan kemaraan imperialisme Barat tidak dapat dibendung lagi pada kurun ke-19.