Menu Ekspres:

[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]



Showing posts with label tamadun dunia. Show all posts
Showing posts with label tamadun dunia. Show all posts

Friday, 11 March 2011

Piramid Besar di Jawa Barat ?

KOTAWARINGIN, Indonesia - Sepasukan pakar geologi dan sejarah sedang mengkaji sama ada terdapat sebuah piramid besar di dalam sebuah gunung di Jawa Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Mereka melakukan kajian tersebut di Gunung Lalakon yang setinggi 998 meter dari permukaan laut dan terletak di Desa Jelegong, di sini, berhampiran kota Bandung.

Selepas tiba di puncak gunung, pasukan itu memasang alat-alat geologi termasuk 56 sensor dari puncak Lalakon hingga ke lereng gunung itu.

Alat-alat itu berfungsi untuk menganalisis struktur dan kepadatan batuan pada kedalaman beberapa ratus meter ke dalam bumi.

"Tujuan kami adalah untuk mengenal pasti apakah terdapat bangunan yang tersembunyi di dalam gunung itu," kata seorang anggota pasukan tersebut, Agung Bimo Sutedjo.

Sumber: Kosmo

Saturday, 30 October 2010

Tahukah Anda? : Kolar Kuda

Antara salah satu sumbangan penting tamadun China kepada peradaban dunia ialah penciptaan kolar kuda untuk menarik kenderaan serta beban.

Di Barat pada ketika itu, penggunaan kolar padakuda telah menyebabkan kuda kerap tercekik.

Akan tetapi di China kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad keempat Sebelum Masihi ini telah dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan serta mencekik kuda tersebut.

Untuk rujukan dan perhatian:

a) Cara ikatan di Eropah
b) Cara ikatan di China
c) Cara ikatan di China

Perang Kalinga

Perang Kalinga berlaku pada tahun 261 S.M dalam usaha Asoka mewujudkan sebuah empayar yang agung.

Dalam peperangan ini lebih 100,000 telah terkorban sementara 150,000 telah tercedera.

Peperangan ini telah menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan yang membawa kepada penderitaan dan kematian.

Perang ini diingati dalam sejarah dan tamadun India kerana menjadi permulaan penting yang menyebabkan Asoka memeluk agam Buddha dan mengembangkan ajaran agama tersebut.

Saturday, 23 October 2010

The Trojan War

Still seeking to gain entrance into Troy, clever Odysseus (some say with the aid of Athena) ordered a large wooden horse to be built. Its insides were to be hollow so that soldiers could hide within it.

Once the statue had been built by the artist Epeius, a number of the Greek warriors, along with Odysseus, climbed inside. The rest of the Greek fleet sailed away, so as to deceive the Trojans.

One man, Sinon, was left behind. When the Trojans came to marvel at the huge creation, Sinon pretended to be angry with the Greeks, stating that they had deserted him. He assured the Trojans that the wooden horse was safe and would bring luck to the Trojans.

Only two people, Laocoon and Cassandra, spoke out against the horse, but they were ignored. The Trojans celebrated what they thought was their victory, and dragged the wooden horse into Troy.

That night, after most of Troy was asleep or in a drunken stupor, Sinon let the Greek warriors out from the horse, and they slaughtered the Trojans. Priam was killed as he huddled by Zeus' altar and Cassandra was pulled from the statue of Athena.

For more stories, please click here

Wednesday, 4 February 2009

Negara Warisan Dunia: Turkmenistan


1) Ibu negara - Ashgabat

2) Penduduk asal Turkmenistan dengan etnik Russia, Armenia dan Azerbaijan sebagai golongan minoriti.

3) Hanya berada 250 km dari Mashhad iaitu bandar kedua terbesar di Iran.

4) Letaknya di antara padang pasir Kara Kum dan banjaran pergunungan Kopet Dag.

5) Sebelum 1991, bandar raya itu dieja Ashkhabad dalam bahasa Inggeris, perkataan yang diterjemah daripada bahasa Russia. Ia juga dieja Ashkhabat dan Ashgabad.

6) Nama itu dipercayai diambil daripada bahasa Parsi iaitu Ashk-abad yang bermakna `bandar raya Arsaces'.

7) Satu lagi versi mengatakan nama itu diambil daripada bahasa Arab iaitu perkataan 'eshg' yang bermakna cinta dan abad, bermakna `tempat yang bertamadun' atau bandar raya yang mana jika diterjemah menjadi 'bandar raya cinta'.

8) Negara ke-52 terbesar dunia, yang kecil sedikit berbanding Sepanyol tetapi lebih besar dari California.

Wednesday, 21 January 2009

Negara Warisan Dunia: Uzbekistan

SEBUAH institut Islam di Tashkent mengabadikan kemasyhuran nama Imam Al-Bukhari.

1) Ibu negara - Tashkent.

2) Mencapai kemerdekaan pada 1991.

3) Berkeluasan 448,900 km persegi.

4) Ia memanjang sejauh 1,425 km dari Barat ke Timur dan 930 km dari Utara ke Selatan.

5) Negara ke-56 terbesar dunia selepas Sweden.

6) Negara terbesar di Asia Tengah.

7) Berkongsi sempadan dengan empat negara lain iaitu Afghanistan, Iran dan Kazakhstan. Panjang keseluruhan sempadan ialah 6,221km.

8) Mengikut rekod purba, Tashkent dikenali dengan pelbagai nama seperti Yuni, Chach dan Shash.

9) Tashkent menjadi pilihan ramai kerana ia terselamat daripada pelbagai dugaan seperti peperangan, bencana alam dan penjajahan.

10) Lokasi geografi menguntungkan dan iklim yang baik menjadikan Tashkent sebagai satu pusat pertemuan utama laluan yang dinamakan 'Great Silk Road'.

11) Pada pertengahan kurun ke-19, Tashkent hanya dihuni tidak sampai 100,000 penduduk tetapi menjelang abad ke-21, populasi penduduknya bertambah sehingga lebih 2.5 juta orang.

12) Tashkent kaya dengan monumen arkeologi.

13) Sepuluh tahun lalu, Tashkent hanya memiliki 39 monumen arkeologi tetapi ketika ini ia meningkat kepada 240 buah.

14) Samarkand menyimpan banyak peninggalan sejarah keagungan Islam antara 1,200 tahun dan 1,300 tahun lalu.

15) Antaranya keagungan sejarah Islam di Uzbekistan ialah makam Imam al-Bukhari, seni bina dan reka bentuk bangunan yang unik, selain tokoh terkenal pada zaman lampau, termasuk Ibnu Sina, At-Tarmizi dan Imam al-Bukhari.

Sunday, 18 January 2009

Perayaan Kuih Bulan

Salam Sejarah buat semua. Pada minggu depan, kaum Tionghua akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Selain Tahun Baru Cina, ramai yang tidak menyedari bahawa Perayaan Kuih Bulan juga merupakan perayaan terpenting bagi kaum Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari ke-15 pada bulan ke-8 pada
kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September. Ia selalunya hampir dengan ekuinoks musim luruh. Pada waktu ini, bulan biasanya mengambang dan terang, menjadikannya waktu yang sesuai untuk meraikan hasil tuaian musim panas.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin.

Tahukah anda bahawa Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam?

Disebabkan ini, rakyat Cina dengan dorongan pihak Ming bersepakat untuk memberontak

Pemberontakan di bawah pimpinan Xhu Yuan Zhang besama pengikutnya, Liu Bo Wen telah menggunakan kuih bulan sebagai alat sebaran maklumat.

Kuih bulan yang dijual secara meluas di pasaran pada ketika itu telah diselitkan sepucuk nota menyeru rakyat untuk bangkit menggulingkan kerajaan pada malam 15 haribulan, yakni bulan kelapan dalam kalender lunar.

Di tengah-tengah kuih tersebut juga telah diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Pemberontakan itu akhirnya berjaya menjatuhkan pemerintahan Puak Mongol (Dinasti Yuan).

Sejak itu, kuih bulan bukan sekadar menjadi makanan tradisi, ia juga melambangkan nilai dan simbol memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Hingga kini, peristiwa ini dirayakan setiap tahun oleh masyarakat Cina dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Sumber: http://ms.wikipedia.org/

Friday, 9 January 2009

Dinasti Ming adalah Dinasti Islam?


Salam Sejarah buat semua. Kali ini kita akan melihat beberapa catatan para sejarawan tentang kebenaran bahawa sekian banyak dinasti di China, Dinasti Ming telah dikenalpasti sebagai sebuah Dinasti Islam. Adakah ia benar?

Sejarah keIslaman Dinasti Ming ini amat jarang sekali disentuh oleh para orientalis yang mengkajinya mahupun dalam kalangan sejarawan-sejarawan China yang bukan Islam.

Misalnya dalam buku 'The Cambridge History of China' tidak ada langsung menyebut peranan orang Islam dalam menegakkan kerajaan itu, bahkan peristiwa kebangkitan kumpulan Islam seperti Kebangkitan Serban Merah hanya dikaitkan dengan pengikut agama Buddha sahaja.

Dalam bukunya 'Sejarah Islam di China, Jing Chee Tang telah memberikan beberapa alasan yang jelas menunjukkan bahawa Chu Yuan Chang, pengasas kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Ibrahim T.Y.Ma juga telah membuktikan perkara yang sama.

Yusuf Chang dalam sebuah artikelnya menyatakan bahawa Chu Yuan Chang (baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu) seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan. Seorang lagi sejarawan China seperti Muhammad Pai Shou Yi juga menyatakan bahawa selain Chu Yuan Chang, permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui.

Dikisahkan juga setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami'. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud 'Pencerahan Murni'. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu. (Ibrahim T.Y.Ma, 1979:126)

Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam.

Beliau menjelaskan bahawa 'Ming' bermaksud 'gilang-gemilang atau terang-benderang'. Perkara ini mengingatkan kita kepada tindakan Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau 'Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya'. Perkara ini bukanlah satu kebetulan. Ia memang disengajakan kerana pengasas kerajaan Ming adalah seorang Islam (1979:134).

Sumber:
1) Ma, Ibrahim T.Y., Perkembangan Islam di Tiongkok, Bulan Bintang, Jakarta, 1979.
2) Chang, Yusuf, 'The Ming Empire: Patron of Islam in China and Southeast and West Asia', dlm. JMBRAS, Jilid 61, Bahagian 2, 1988.
3) Mote, F.W., Twitchett, D., (ed), The Cambridge History of China, Jilid 7, Cambridge University Press, Cambridge, 1988.

Saturday, 3 January 2009

Eksplorasi Tamadun Warisan Islam

Salam Sejarah buat semua pengunjung sejarah2u yang dihormati.

Pada kali ini sejarah2u ingin mengajak anda semua untuk satu sesi eksplorasi maya tamadun warisan Islam yang bersifat interaktif dan menyeronokkan.

Jika anda telah bersedia, sila klik di sini. Selamat bereksplorasi buat anda semua.

Tuesday, 30 December 2008

Watak Kucing dalam Kehidupan Masyarakat Mesir Purba


Agama dan kepercayaan sangat sebati dengan kehidupan orang Mesir purba. Mereka mempercayai bahawa seluruh alam dikuasai oleh tuhan atau dewa-dewi yang menentukan hidup atau matinya sesuatu kehidupan di alam semesta.

Dewa-dewi dianggap mendatangkan kebahagiaan kepada orang Mesir purba. Oleh sebab itulah mereka memuja semangat tanaman dan binatang seperti kucing.


Orang Mesir purba telah menubuhkan satu kumpulan agama yang bertuhankan kucing yang dikenali sebagai Bast.

Kepentingan watak seekor kucing dalam kehidupan orang Mesir purba dijelaskan oleh Herodotus, seorang sejarawan Greek. Beliau menyatakan bahawa apabila kucing peliharaan mereka mati, mereka sekeluarga akan berkabung dan mencukur bulu kening bagi menandakan kesedihan mereka.

Komentar: Kucing juga merupakan binatang kesayangan Rasulullah Saw. Kasih Rasulullah Saw kepada kucing menyebabkan para sahabat juga menyayangi kucing sehingga seorang sahabat besar Nabi Muhammad Saw terkenal dengan jolokan Abu Hurairah yang bermaksud 'bapa kucing'.