Menu Ekspres:
[Nota Ringkas T1: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10, Bab 11] [Nota Ringkas T2: Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8][Nota Ekspres T3][Nota Ekspres T4: Bab 8, Bab 9, Bab 10], [Nota Ekspres T5][Pembentangan Pelajar-T4. Bab 1, Bab 2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9, Bab 10] [Pembentangan Pelajar-T5. Bab 1, Bab2, Bab 3, Bab 4, Bab 5, Bab 6, Bab 7, Bab 8, Bab 9] [Latihan T4: Set 1, Set 2, Set 3] [Latihan Topikal T5] [Analisis Soalan Popular Percubaan Sejarah SPM Negeri2 2016][Analisis Fokus 2016] [Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2016] [Takwim Sekolah 2017] [Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan 2020]
Showing posts with label eropah. Show all posts
Showing posts with label eropah. Show all posts
Friday, 9 August 2013
Modul Sejarah Islam Diperkenal di Sekolah-Sekolah Awam di Britain
LONDON - ENGLAND. Pelbagai usaha kini giat dilakukan bagi mengubah persepsi Islamophobia di Britain.
Dipetik Press TV, selepas kejayaan stesen televisyen Channel 4 menyiarkan siaran azan sepanjang Ramadan, kini Setiausaha Pendidikan Britain, Michael Gove mengumumkan untuk memasukkan modul sejarah Islam sebagai subjek baru di sekolah-sekolah awam seluruh Britain.
Perubahan tersebut dibuat selepas draf awal kurikulum baru itu dikritik Muslim Council of Britain (MCB).
Dalam kenyataan sebelum ini, MCB kecewa kerana bahan berkaitan Islam gagal dijadikan sebagai sumber rujukan di sekolah.
Difahamkan, subjek itu akan diperkenalkan awal tahun depan.
Pengerusi Masjid Lancashire, Salim Mulla berkata, perubahan tersebut adalah 'kemenangan' besar kerana semua orang memerlukan pemahaman lebih baik berkaitan agama Islam.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Pendidikan Blackburn Diocese menyambut baik cadangan tersebut.
"Seperti kita ketahui, tamadun awal Islam banyak memberi sumbangan besar dalam sejarah dunia dan ia perlu diperjelaskan kepada umum terutama kepada masyarakat di Britain," katanya.
Sejak insiden pembunuhan askar pada 22 Mei lalu, masyarakat Islam yang menjadi penduduk minoriti di Britain dilaporkan terus menjadi sasaran keganasan kumpulan pelampau.
Sumber: Sinar Harian
Tuesday, 24 July 2012
Kronologi Revolusi Perindustrian
| Tahun | Peristiwa |
| 1698 | Thomas Saveri telah membangunkan enjim stim untuk mengeluarkan air dari lombong. |
| 1709 | Abraham Darby menjumpai besi dan arang batu. |
| 1712 | Thomas Newcomen memperbaiki enjin Savery. |
| 1733 | John Kay mencipta Flting Shuttle, sejenis alat menganyam. |
| 1742 | Kilang pertama di Birmingham dan Northhampton telah dibuka. |
| 1759 | Terusan air telah dibina untuk membawa arang batu terus ke tengah Manchester. |
| 1764 | James Hargreaves telah mencipta alat menganyam Spinning Jenny. |
| 1769 | James Watt telah mencipta enjin stim yang lebih cangih. Richard Arkwright pula telah mencipta alat memintal benang menggunakan kuasa air. Josiah Wedgwood telah membina tempat pembuatan barang-barang tembikar di Staffordshire. |
| 1779 | Samuel Crompton telah mencipta alat menenun. Jambatan besi yang pertama juga telah dibina pada tahun ini. |
| 1799 | Enjin stim telah digunakan secara meluas dalam mesin membuat kertas, tepung dan kain. |
| 1808 | Richard Trevithick telah mempertontonkan lokomotif stimnya di London. |
| 1811 | Pemberontakan Luddite telah bermula; menentang penggunaan mesin-mesin baru. |
| 1815 | Humphrey Davy telah mencipta lampu keselamatan yang memberitahu pelombong tentang kebocoran gas. |
| 1825 | Jalan keretapi dari Stockton ke Dalington telah dibuka kepada orang ramai. |
| 1842 | Akta yang melarang wanita dan kanak-kanak bekerja dilombong telah diisytiharkan. |
Gerakan Reformation di Eropah
Reformation berasal daripada perkataan "reform" yang bermaksud
melaksanakan perubahan atau pembaharuan terhadap sesuatu untuk
menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru.
Gerakan ini berlaku di Eropah Barat pada kurun ke-16. Gerakan ini
membawa perubahan yang besar dalam agama Kristian.
Gerakan ini bermula dengan penentangan penganut agama
Kristian terhadap Gereja Katolik sejak ke-10 Masihi lagi. Namun,
penentangan ini tidak menimbulkan pengaruh yang mendalam terhadap Gereja
Katolik. Kritikan bertambah kencang apabila pihak Gereja telah
meningkatkan pusat kekuasaan yang terkuat di bahagian tengah Itali.
Usaha ini membawa kepada kekayaan pihak Gereja dengan menyelitkan unsur
rasuah, penyelewengan dan kepincangan berlaku. Ramai rakyat yang telah
mempersoalkan kedudukan dan amalan Gereja Katolik yang bertentangan
dengan ajaran kitab Bible. Penguasa Gereja lebih cenderung mengamalkan
gaya hidup para pemerintah dan bangsawan dan lansung tidak mencerminkan
keagamaan. Selain itu, pihak Gereja turut melakukan banyak penyelewengan
terutamanya dalam penjualan sijil
Indulgences. Amalan ini telah merebak ke seluruh Eropah.
Gerakan Reformation bermula di Jerman. Kejayaan gerakan
ini telah dibantu oleh mesin cetak yang telah dicipta oleh Johann
Gutenberg. Kewujudan mesin ini telah menyebabkan penjualan kitab Bible
dengan harga yang murah. Ini menyebabkan rakyat dapat memahami kitab
Bible dengan lengkap. Martin Luther, seorang profesor teknologi daripada
Universiti Wittenburg di Jerman mula menentang amalan Indulgence; (Sulaiman Noordin.:1999:59). Beliau percaya bahawa manusia seharusnya bergantung kepada kekuatan rohaninya.
Beliau juga telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan
indulgences iaitu penjualan surat pengampunan dosa yang dilakukan oleh
pihak Gereja oleh penganut Kristian yang ingin bertaubat daripada
melakukan perkara yang mungkar. Pendirian Luther ini telah mengancam
kedudukan Gereja dan Institusi Paderi. Pendirian dan ajaran Luther ini
di kenali sebagai mazhab
Protestan. Protestan berasal daripada perkataan
"protesting" iaitu membantah. Tindakan Luther menandakan bermulanya
Zaman Reformation yang didapati berterusan sehingga pertengahan abad
ke-16. Mazhab baru ini telah berkembang ke Sweden, Denmark, Norway dan
England.
Di Switzerland, pemimpin ajaran ialah Huldreich Zwingli.
Selepas beliau meninggal dunia, ia diteruskan oleh John Calvin, pelajar
undang-undang di Switzerland. Beliau berpendapat bahawa sesorang
Kristian hendaklah mengenal TuhanNya. Untuk mengetahui TuhanNya, mereka
hendaklah merujuk kepada kitab Bible sebagai rujukan. Manusia juga
dikehendaki mengamalkan cara hidup berdisiplin dan menolak sebarang
kegiatan yang memberikan keseronokan semata-mata. John Calvin juga tidak
mengharamkan riba tetapi biarlah berpatutan. Ajarannya telah mendapat
sambutan yang hanyat daripada rakyat ketika itu; (Mahdi Shuid dan Muhamad Fauzi Yunus.:2001:97-98).
Di dalam perkembangan ajaran Protestan, masih ada penganut
yang masih mahu mempertahankan Gereja Katolik. Oleh itu, satu Counter
Reformation telah dibuka. Counter Reformation ini bermaksud "menahan
atau bertindak menentang sesuatu yang baru".
Zaman Renaissance
Renaissance bermaksud "kelahiran semula" dalam bahasa Itali
iaitu renisciment. Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada
perhargaaan yang diberikan kepada ilmu yang telah disumbangkan oleh
tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan Renaissance juga
merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan Yunani
di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975:
"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.
Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).
Selain itu, perkembangan intelektal dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur.
"Di Italy Renaissance bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan abad 17 M" (Sulaiman Noordin.:1999:43).
Zaman Renaissance ini meliputi pertengahan abad ke-14 hingga abad ke-17.
Lambang yang agung pada zaman ini ialah perjalanan Columbus mengelilingi dunia untuk membuktikan bumi ini berbetuk bulat dan bukan berbentuk rata. Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau, iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan, yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia; (Wan Abdul Rahman Latif et. Al.:1996:184-185).
Selain itu, perkembangan intelektal dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat sejak kurun ke-12 lagi apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur.
Zaman Gelap Eropah
Zaman gelap merupakan zaman kemunduran Eropah setelah kejatuhan Rom
Barat pada tahun 476 Masihi. Zaman ini berlangsung lebih kurang 1000
tahun iaitu dari abad ke-5 Masihi hingga abad ke-15 Masihi. Zaman gelap
ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu peringkat awal pada tahun
476-1050 M, peringkat kemuncak iaitu pada tahun 1050-1300 M dan
peringkat akhir yang berlansung selama 150 tahun iaitu bermula pada
tahun 1300 sehingga pada tahun 1450 Masihi.
Eropah pada masa itu telah dilanda nasib yang malang dari
segala aspek. Selain itu, Zaman Gelap juga dicirikan oleh perpecahan
politik, kemerosostan ekonomi dan konkongan agama Kristian secara
belebihan kepada masyarakatnya. Pada masa yang sama juga mereka telah
diserang oleh orang gasar (Barbarian) dan dilanda pelbagai penyakit (Jayaudin Jamaudin.:2002:39).
Zaman Gelap ini juga telah mengakibatkan perpecahan Rom
akibat serangan oleh orang-orang gasar. Ini mengakibatkan kejatuhan Rom
Barat ke tangan orang gasar sementara Rom Timur (Byzantium) masih
berdiri teguh sebagai satu empayar yang kuat. Perpecahan empayar ini
bermula ketika pemerintahan Diocletian (284-305M) yang membahagikan
empayarnya kepada dua iaitu Rom Barat dan Rom Timur (Ferguson dan Bruun.:1960:112).
Zaman Gelap ini merupakan permulaan kepada satu zaman yang di kenali sebagai Zaman Pertengahan.
Zaman Pertengahan ini merupakan asas kepada satu anjakan paradigma
kepada bangsa Eropah sehingga ke hari ini. Pada akhir Zaman Pertengahan
ini munculnya Zaman Rennaissance pada tahun 1350-1600 M.
Monday, 16 August 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



